Amalan Harian

Amalan Harian Yang Perlu Dijaga Secara Istiqamah:

1. Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh- Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yang terdahulu. Jangan ditinggalkan.

2. Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga zikir shj mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan minuman.

3. Kemudian bacalah surah Yasin- Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.

4. Kemudian selepas 26 min naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat- Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu.

5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20 minit selapas Isyraq (di antara jam 8-12 tghari). Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan orang-orang yg lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki.

6. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman- Nabi SAW bersabda: “Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak.

7. Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}

8. Kemudian baca Surah An-Naba’ – Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”

9. Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin-Allah janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya.

10. Kemudian bacalah surah Al-Waqiah-Allah janji sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan menemuinya.

11. Selepas Isya’ bacalah surah Al-Mulk-Allah janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.

12. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis. Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan

13. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.

14. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kpd Allah diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.

15. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah(muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.

16. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’. Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalh perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.

17. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh- Allah janji ‘cahaya’ di hari kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.’

18. Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa jua kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah ‘Lailahailallah’ sebagai amalan tetap dan berkekalan.

19. Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat, mintalah keizinan daripada suami-suami kamu.

20. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’. Sabda Nabi SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar.

21. Tatkala Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan mengeraskan hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati.

22. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga, lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.

Amalkan sedikit demi sedikit yg mana mampu. Semoga kita dpt amal dan sampaikan. Amin!!! Wallahua’lam

 

Solat Sunat Wuduk

Solat sunat Wuduk disunatkan mengerjakan atas seseorang yang apabila telah selesai berwuduk sebanyak dua rakaat

Cara Mengerjakan Solat Sunat Wuduk
a. Niat solat sunat Wuduk

Ertinya:
“Sahaja aku sembahyang sunat wuduk dua rakaat kerana Allah Taala. ”

b. Membaca surah Al-Kafirun pada rakaat pertama setelah Al-Fatihah.
c. Dan membaca surah Al-Ikhlas (Qul huwallahu ahad) setelah membaca Al-Fatihah pada rakaat kedua.
d. Setelah selesai solat Wuduk membaca doa:

Ertinya:
“Allah Maha Besar” (baca 10 kali),

Ertinya:
“Segala puji bagi Allah ” (baca 10 kali),

Ertinya:
“Tiada Tuhan yang wajib disembah selain Allah ” (baca 10 kali)

Ertinya:
“Aku mohon ampun pada Allah ” (baca 10 kali),

Ertinya:
“Maha Suci Allah yang berkuasa lagi yang Maha Suci” (baca 10 kali),

Ertinya:
“Ya Allah, aku berlindung atas kerelaanMu dari kesempitan/kesukaran di dunia dan di akhirat kelak. ” (baca 10 kali)

Kelebihannya

Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“Wahai Bilal, ceritakan kepadaku akan amalan yang paling besar memberi pengharapan yang telah engkau amalkan di dalam Islam. Aku mendengar suara sepatumu di hadapanku di dalam syurga?
Bilal menjawab: Tidak suatu amal yang banyak memberi harapan, (di dalam Islam) selain tiada aku berwuduk, dari bersuci pada setiap saat baik malam ataupun siang, melainkan aku solat wuduk, dengan itu wuduk apa yang ditetapkan bagiku akan solatku. ”
(HR. Bukhari Muslim)

Solat Sunat Hari Raya

Solat Hari Raya yang dimaksudkan ialah solat Hari Raya Fitrah dan solat Hari Raya Adha, bagi semua umat Islam baik yang musafir, hamba sahaya dan sebagainya. Solat ini boleh dikerjakan berseorangan apatah lagi berjemaah.

Dari Ummu Aisyah ra.anha katanya:
“Disuruh kami keluar bersama-sama hamba dan wanita sedang haid, pada kedua-dua hari raya; menyaksikan kebaikan dan mengajak semua orang Islam. Wanita-wanita haid tidak pergi ke tempat solat.”
(Dipérsetujui oleh AI-Bukhari dan Muslim)

Bagaimanapun bagi orang yang mengerjakan haji tidak disunatkan berjemaah kerana kesibukan dengan kerja-kerja haji.

Waktu solat ini bermula dari naik matahari hingga gelincir ke arah Barat. Yang lebih afdalnya selepas matahari naik setinggi galah pada pandangan mata (kira-kira 7 hasta atau lebih kurang jam 8.00 hingga 9.00 pagi waktu Malaysia).

Solat ini dikerjakan sebanyak dua rakaat dengan ditentukan niat, sama ada solat hari raya Aidil fitri atau hari raya Aidiladha.

Lafaz niat solat sunat Aidilfitri:

niat_aidilfitri

Ertinya:
“Sahaja aku solat sunat hari raya Aidil fitri dua rakaat kerana Allah Taala. ”

Dilakukan sebanyak dua rakaat pada hari raya haji dengan berjemaah.
Lafaz niat solat sunat Aidiladha:

niat_aidiladha

Ertinya:
“Sahaja aku solat sunat hari raya Aidiladha dua rakaat makmum kerana Allah Taala. ”

Cara
Caranya sama dengan solat yang lain cuma sedikit berbeza tentang takbir dan bacaan-bacaan serta berkhutbah sesudah solat.

Dari Umar bin Syuib “Sesungguhnya Nabi SAW bertakbir ketika solat hari raya sebanyak 12 kali, 7 kali pada rakaat yang pertama dan 5 kali pada rakaat kedua.”

Sebaik sahaja selesai takbiratul-ihram pada rakaat pertama dikehendaki membaca doa iftitah, selepas setiap kali takbir dan membaca tasbih:

tasbih 1:

tasbih_raya1

@ tasbih 2:

tasbih_raya2

Begitulah diulangi melakukannya sebanyak 7 kali takbir dan 6 kali tasbih. Apabila ketujuh-tujuh takbir itu selesai, dikehendaki membaca Al-Fatihah.

Selepas membaca Al-Fatihah disunatkan pula membaca surah “Qaf” atau “Sabihismarobbikal a’la” (surah al-‘ala) dengan nyaring.

Pada rakaat yang kedua bertakbir sebanyak 5 kali lagi tidak termasuk Takbir Qiam. Amara satu takbir dengan satu takbir yang lain disunatkan membaca tasbih seperti pada rakaat pertama tadi. Setelah selesai kelima-lima takbir itu barulah membaca Al-Fatihah selepas itu surah Al-Ghosiah atau surah A1- Ikhlas/A1-qiyamah dengan bacaan yang nyaring. Setelah selesai solat dibacakan khutbah.

Takbir hari raya

Sama seperti takbir Hari Raya Aidilfitri

takbir_raya

Solat Sunat Tarawih

S0lat Tarawih ialah solat sunat yang dikerjakan oleh umat Islam di sepanjang bulan Ramadan. Waktunya selepas solat Isyak. Solat ini boleh dikerjakan sebanyak 8 rakaat dengan 4 kali salam seperti yang disebutkan oleh hadith Nabi SAW yang bermaksud:

Dari Jabir: “Sesungguhnya Nabi SAW telah bersolat (Tarawih) bersama-sama mereka sebanyak lapan rakaat kemudian baginda solat witir ” (Dikeluarkan oleh Ilmu Hibban)

Lafaz niat:

Ertinya:
“Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat imam/ makmum kerana Allah Taala. ”

Segala rukun, wajib dan sunat bagi solat ini samalah dengan solat-solat yang lain. Dimulai dengan selawat, bilal membaca:

Diikuti makmum :

Bilal membaca  ;

diikuti makmum

Bilal membaca:

diikuti makmum

Solat dimulakan dengan niat:

“Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat (imam/makmum) kerana Allah Taala. “

Bacaan rakaat pertama

Rakaat kedua

Selawat, bilal membaca

diikuti makmum

Bilal membaca

Makmum

Solat rakaat ketiga dan keempat.

Bacaan: Rakaat ketiga

Bacaan : Rakaat keempat

Selawat, bilal membaca:

diikuti makmum

Bilal membaca:

diikuti makmum

Bilal membaca:

Makmum:


Doa, Imam membaca:

Bilal membaca:

Solat rakaat kelima dan keenam.

Bacaan Rakaat kelima:

Bacaan Rakaat keenam:

Bilal membaca:

Solat rakaat ketujuh dan kelapan.

Bacaan Rakaat ketujuh:

Bacaan Rakaat kelapan:

Bilal membaca, Selawat dan doa : (sama seperti lepas rakaat keempat)

diikuti makmum

Bilal membaca:

diikuti makmum

Bilal membaca:

Makmum:

Doa, Imam membaca:

Doa kepada sahabat, bilal membaca:

Solat rakaat kesembilan dan kesepuluh.

Rakaat kesembilan:

Rakaat kesepuluh:

Bilal membaca:

Solat rakaat kesebelas dan kedua belas.

Rakaat kesebelas:

Rakaat kedua belas:

Selawat dan doa sama seperti selepas rakaat keempat

diikuti makmum

Bilal membaca:

diikuti makmum

Bilal membaca:

Makmum:

Doa, Imam membaca:

Doa kepada sahabat, bilal membaca:

Solat rakaat ketiga belas dan empat belas.

Rakaat ketiga belas

Rakaat keempat belas :

Selawat   :

Bilal membaca:

Solat rakaat yang kelima belas dan enam belas:

Rakaat kelima belas:

Rakaat keenam belas:

Bilal membaca Selawat dan doa sama seperti lepas rakaat keempat

This image has an empty alt attribute; its file name is rakaat41.jpg

diikuti makmum

This image has an empty alt attribute; its file name is rakaat11.jpg

Bilal membaca:

This image has an empty alt attribute; its file name is rakaat42.jpg

diikuti makmum

This image has an empty alt attribute; its file name is rakaat11.jpg

Bilal membaca:

This image has an empty alt attribute; its file name is rakaat13-1024x210.jpg

Makmum:

This image has an empty alt attribute; its file name is rakaat11.jpg

Doa, Imam membaca:

This image has an empty alt attribute; its file name is doa1.jpg


Doa kepada sahabat, bilal membaca:

Solat rakaat yang ketujuh belas dan kelapan belas.

Rakaat ketujuh belas:

Rakaat kelapan belas:

Selawat, bilal membaca:

Solat rakaat yang kesembilan belas dan kedua puluh

Rakaat kesembilan belas:

Rakaat kedua puluh:

Selawat, bilal membaca:

Doa imam dibaca apabila selesai solat tarawih sebelum solat witir:

Kemudian bila berselawat, bilal membaca

Solat Sunat Fajar

Solat sunat Fajar ini dilakukan 2 rakaat sahaja dan waktunya ialah sebelum waktu Subuh/pada ketika terbit
fajar sadik.

Cara Melakukan Solat Sunat Fajar
a. Bacaan niat solat sunat Fajar

niat_fajarErtinya:
“Sahaja aku solat sunat Fajar dua rakaat kerana Allah Taala. ”

b. Bacaan pada rakaat pertama surah Al-Kafirun setelah Al-Fatihah.
c. Bacaan pada rakaat kedua surah All-Ikhlas (Qulhuwallah ahad) setelah membaca Al-Fatihah

d. Setelah selesai solat Fajar membaca:

doa_fajarErtinya:
“Ya Allah, ya Tuhan Jibril dan Mikail dan Israfil dan Izrail dan Tuhan Muhammad SAW, selamatkanlah aku dari api neraka. ” (baca tiga kali)

Bahawasanya Rasulullah SAW membaca pada solat Fajar (rakaat pertama) dengan (Qulya ayuhal Kafirun)
dan (rakaat kedua) dengan (Qul huwallahu ahad) dibaca dengan suara perlahan. (HR. Ahmad)

Sabda Nabi SAW yang bennaksud:
“Dua rakaat solat sunat Fajar lebih baik daripada dunia berserta isinya. ”
(HR. Muslim)

SOLAT SUNAT WITIR

Solat Sunat Witir, dilakukan sekurang-kurangnya 1 rakaat, sebaik-baiknya 3 rakaat dengan 2 salam dan seafdhal-afdhalnya 11 rakaat. 3 rakaat itu dilakukan dengan 1 salam atau 3 rakaat dengan 2 salam. Dilakukan sesudah melakukan solat isyak dan sunat ba’diah.

Lafaz Niat :

witir

 

 

 

 

Surah-surah :

witir2

 

Sesudah memberi salam, berdirilah sekali lagi untuk mengerjakan 1 rakaat witir.

Lafaz Niat :

witir3

Surah-surah :

witir4

 

 

 

 

 

Pada bulan Ramadhan, selepas 15 Ramadhan disunatkan kita membaca qunut selepas bangun dari ruku’.

Selepas solat sunat witir bacalah :

doa 1

witir5

doa 2

doa_witir

Ertinya :
” Ya Allah, ya Tuhan kami, kami memohon kepadaMu diberi imam yang kekal, dan kami mohon kepadaMu hati yang khusyuk, dan kami mohon kepadaMu diberi ilmu yang bermanfaat, dan kami mohon kepadaMu keyakinan yang benar dan kami mohon kepadaMu amalan yang soleh, dan kami mohon kepadaMu agama Islam yang tetap, dan kami mohon kepadaMu kebaikan yang banyak, dan kami mohon kepadaMu keampunan dan kesihatan, dan kami mohon kepadaMu kesihatan yang sempurna, dan kami mohon kepadaMu syukur di dalam kesihatan,
dan kami mohon kepadaMu ketergantungan kepada manusia. Ya Allah ya Tuhan kami, terimalah dari kami, solat kami, dan kerendahan kami, serta pengabdian kami, maka sempurnakanlah amal ibadah kami, ya Allah, ya Allah, Wahai Tuhan yang Maha Mengasihi dan Allah berselawat/memuji sebaik-baik makhlukNya Muhammad SAW dan atas keluarganya serta para sahabatnya sekalian. Maka segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. ”

Kemudian Membaca doa 3.

doa_witir2

Ertinya:
“Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang memberi ampun, dan Engkaalah Tuhan yang suka memberi ampun,
maka ampunilah hamba, (dibaca tiga kali)

Ya Allah, hamba memohon kepadaMu kerelaanMu atas syurgaMu, dan hamba berlindung dengan Engkau
dari murkaMu dan dari api neraka. ” (Dibaca tiga kali)

Rasulullah SAW membaca setelah solat sunat Witir sebagai berikut:

Ertinya:
“Maha Suci Allah Tuhan yang Maha Berkaasa Sangat Suci. ” (Dibaca tiga kali)

doa_witir3
Kemudian baginda membaca:
doa_witir4
Ertinya:
“Allah yang memiliki pada malaikat dan jiwa. ”

Setelah itu baginda membaca:

doa_witir6Ertinya :
” Wahai Tuhanku, aku berlindung dengan kerelaanMu, dari kemarahanMu, dan dengan kemaafanMu
dari seksaMu. Aku berlindung denganMu dan daripadaMu, tak dapat aku menghitung/hinggakan puji untukMu sebagaimana Engkau telah memuji diriMu sendiri. ”

Dan baginda membaca:
doa_witir7
Ertinya:
“Wahai Tuhanku, jadikanlah cahaya yang gemilang pada jiwaku dan jadikanlah cahaya yang gemilang pada penglihatanku, dan jadikanlah cahaya yang gemilang pada pendengaranku, dan dari sebelah kananku cahaya, dan dari sebelah kiriku cahaya, dan di atasku cahaya, dan bawahku cahaya, dan di hadapanku cahaya, dan di belakangku cahaya dan jadikanlah bagiku cahaya pada hari bertemu Engkau, dan jadikanlah cahaya yang gemilang pada urat sarafku, daripada dagingku cahaya, dan pada rambutku cahaya, dan pada kulitku cahaya, dan pada lidahku cahaya dan jadikanlah cahaya yang gemilang untukku, dan banyakkanlah cahaya yang gemilang bagiku. Tuhanku, limpahkanlah cahaya yang gemilang kepadaku. ”

 

 

 

 

 

Solat Sunat Musafir

PANDUAN MUSAFIR DAN SOLAT DI DALAM PERJALANAN

Setiap orang yang ingin melakukan perjalanan atau bermusafir dengan tujuan yang baik dan dituntut oleh Islam seperti bermusafir kerana menuntut ilmu, melaksanakan sesuatu urusan keagamaan seperti mengerjakan Ibadat Haji, menziarahi keluarga, kenalan atau mencari rezeki yang halal untuk memenuhi keperluan keluarganya, mereka tergolong di kalangan orang-orang yang menempuh perjalanan yang diredhai Allah, atau dikira beribadat kepada Allah S.W.T . Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

” Barangsiapa yang bermusafir kerana menuntut ilmu pengetahuan, maka ia adalah dalam perjalanan Allah, sehinggalah ia kembali “.

Solat Sunat Musafir

Sunat melakukan sembahyang sunat musafir sebelum berangkat.

Dilakukan sebanyak 2 rakaat.

1. Lafaz niat ketika takbiratul ihram ialah seperti berikut :

musafir1

Surah-surah

musafir2

Selepas salam berdoalah meminta agar Allah memberikan keselamatan, kemudahan serta memberkati perjalanan yang hendak dilakukan :

musafir3

PANDUAN BERMUSAFIR

NIAT

Hendaklah niat bermusafir dengan tujuan melaksanakan sesuatu hal yang baik semoga sentiasa diberkati oleh Allah. Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud:

” Tidak seorang pun yang keluar dari rumahnya kecuali ada dua panji-panji, salah satu di antaranya berada di tangan malaikat sedang yang lainnya di tangan syaitan. Maka jika keluarnya itu untuk sesuatu urusan yang disukai Allah S.W.T, ia akan diringi oleh malaikat dengan panji-panjinya. Demikianlah ia akan selalu berada di bawah panji-panji malaikat sampai ia kembali ke rumahnya. Sebaliknya jika keluarnya itu untuk sesuatu hal yang dimurkai Allah, maka orang itu akan diiringi oleh syaitan dengan panji-panjinya. Dan demikianlah ia akan selalu di bawah panji- panji syaitan sampai ia pulang kembali ke rumahnya “.

( Riwayat Ahmad dan Tabrani )

SUNAT-SUNAT MUSAFIR

1. Sunat memulakan musafir pada hari Khamis.. Diriwayatkan oleh Bukhari:
” Bahawa Rasulullah S.A.W jika ia bermusafir, jarang ia berangkat bukan pada hari Khamis ”

2. Sunat membawa teman ketika bermusafir. dari Ibnu Umar r.a:
“Bahawa Rasulullah S.A.W melarang bersendiri, ertinya bila seseorang itu menginap atau bermusafir seorang diri “. ( Riwayat Ahmad )

Baginda juga selalu membawa barang-barang berikut semasa bermusafir iaitu sebotol minyak, sikat rambut, celak, gunting, kayu sugi dan cermin.

3. Sunat meminta kaum keluarga atau sahabat yang ditinggalkan memohon supaya bertawakkal kepada Allah supaya mendoakan keselamatan kita dalam perjalanan dan musafir.

4. Sunat berdoa ketika keluar berangkat dari rumah.

” Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah dan tiada daya maupun tenaga kecuali dengan izin Allah ”

5. Jika bermusafir dengan menaiki kenderaan maka sunat pula berdoa :

” Segala puji bagi Allah, maha Suci Allah yang telah menjinakkan( memudahkan ) bagi kami kenderaan ini, padahal sebelumnya kami takkan mampu menguasainya dan sungguh kami nanti akan pulang kembali kepada Tuhan kami “.