Solat Sunat Taubat

Solat Sunat Taubat (1)

Boleh dilakukan bila-bila masa. Selepas tiap-tiap dua rakaat dideri salam.

Rakaat sebenarnya tidak terbatas.

taubat1-1

Surah-surah

taubat1-2

Ertinya:
“Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang
yang menzalimi diri sendiri. ” (40 kali)

Solat Sunat Taubat (2)

Boleh dilakukan bila-bila masa. Selepas tiap-tiap dua rakaat dideri salam.

Rakaat sebenarnya tidak terbatas.

taubat1-1

Surah-surah

taubat2-2

Ertinya:
“Aku memohon keampunan dari Allah Yang Maha Besar, yang tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha
Hidup, Maha Berdiri dengan sendiriNya dan aku bertaubat kepadaNya, dengan taubat seorang hamba yang menzalimi dirinya sendiri, aku tidak memiliki kuasa untuk memudaratkan ataupun memanfaatkan orang lain, atau memberi kematian atau menghidupkan mahupun membangkitkan manusia yang telah mati. ”

Solat Sunat Taubat (3)

Boleh dilakukan bila-bila masa. Selepas tiap-tiap dua rakaat dideri salam.

Rakaat sebenarnya tidak terbatas.

taubat1-1

Surah-surah

taubat3-1

Didalam sujud akhir baca:

taubat3-2

Ertinya:
“Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang
yang menzalimi diri sendiri. ” (40 kali)

Selepas salam bacalah doa berikut

taubat3-3

Ertinya:
“Aku memohon keampunan dari Allah Yang Maha Besar yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang Maha
Hidup dan Berdiri dengan sendiriNya dan aku bertauhat kepadaNya dari setiap dosa yang telah
aku lakukan secara sengaja ataupun dalam keadaan tersilap sama ada dalam keadaan rahsia atau
terang-terangan, sama ada kecil ataupun hesar.
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dosa-dosa, membuka hati-hati dan menutup segala
keaiban, pelepas segala kesempitan dan aku bertaubat kepadaMu dari segala dosa yang aku
ketahui dan dari dosa-dosa yang tidak aku ketahui.
Sesungguhnya Engkau mengetahui yang ghaib. Tiada keupayaan dan kekuatan melainkan dengan
izin Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar dan Allah herselawat ke atas penghulu kami Muhammad
dan ke atas ahli keluarga, para sahabarnya dan segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. ”

Solat Sunat Tahajjud

Dilakukan selepas jam 12.00 mlm. Selepas duarakaat, salam. Rakaat yang sebenarnya tidak terbatas.

Solat ini  mempunyai kelebihan yang istimewa iaitu makbul doa, masin perkataan, tenang hati dan fikiran, mendapat beberapa kemudahan, murah rezeki, dihormati maysrakat, tiada sampai khianat manusia.

Bagi orang yang hendak melakukan solat ini, jika terdapat, sebaik-baiknya ia terjaga dari tidurnya selepas 12 mlm.

Mendapat kelebihan Tuhan, dengan syarat diamalkan setiap malam.

tahajjud

Ertinya:
“Ya Allah, hanya bagi Engkau puji-pa/ian, Engkau penegak langit dan bumi, serta apa yang ada di dalamnya. Dan bagi Engkau puji- pujian bagi Engkau kerajaan langit dan bumi, serta apa yang ada di dalamnya dan bagi Engkau puji-pujian, Engkau yang hak, dan janji Engkau yang hak, dan bertemu dengan Engkau adalah hak, dan firman
Engkau yang hak, dan syurga itu adalah hak, dan neraka itu aa’alah hak, dan para nabi itu adalah hak, dan Nabi Muhammad SAW adalah hak, dan hari kiamat itu adalah hak (benar). Ya Allah, bagi Engkau aku menyerahkan diri, dan dengan Engkau aku beriman dan kepada Engkau aka berserah diri/tawakal, dan kepada Engkau aku kembali, dan dengan Engkau aku menghadapi mengalahkan musuh, dan kepada Engkau aku berhukum/diadili, maka ampunilah aku (atas kesalahan/dosa) yang telah lalu dan yang akan datang, dan dari apa yang tidak terlihat, dan yang terlihal. Engkaulah Tuhan yang terdahalu dan terakhir, tidak ada Tuhan (yang disembah) kecuali Engkau, dan tidak ada daya upaya serta kekuatan kecuali dengan pertolongan Engkau. Maka Allah berselawat memuji bagi
pemimpin kami (Nabi) Muhammad, dan para keluarganya, serta para sahabatnya kesejahreraan, dan segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. ”

 

SOLAT KHUSUS

Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan

 Bil  Jenis Solat Bilangan Rakaat Surah-surah Lazim yang dibaca selepas Al-Fatihah
        B. Solat Khusus
 1 Sunat Tasbih(Jika ada kelapangan dirikan pada malam dan pagi jumaat) Siang – 4 rakaat satu salamMalam – 4 rakaat 2 salam 1. At Takathur/Ad Dhuha2. Al Asri / Al Insyiraah

3. Al Kaafirun / al Khauthar4. Al ikhlas / An Nas

 2 Sunat Hajat (Bila perlu) 2/4/6/8/10/12 1. Ayat Kursi & 11 kali Al Kaafirun2. Ayat Aa manarrasul …. (Al Baqarah 285-286) & 11 kali al Ikhlas
 3 Sunat Istikharah (bila perlu) 2 1. Al Kaafirun2. Al Ikhlas
 4 Sunat Taubat (bila perlu) 2 1. Ayat Kursi – 11 kali2. al Ikhlas – 11 kali
 5 Sunat Tahiyattul Masjid 2 Bebas
 6 Sunat Jenazah (Maiyit) 4 Takbir Bacaan selepas setiap takbir :

1. Al Fatihah

2. Salawat ke atas nabi

3. Doa

4. Salam

 7 Sunat Musafir 2 1. Al Kaafirun

2. Al Ikhlas

 8 Sunat Perhentian (apakala singgah di satu tempat dalam musafir) 2 1. Al Kaafirun

2. Al Ikhlas

 9 Sunat Qudum (apakala sampai di tempat bermusafir) 2 1. Al Kaafirun

2. Al Ikhlas

10 Sunat Hari Raya ‘Idul Fitri 2 mengikut imam
11 Sunat Hari raya ‘Idul Adha 2
12 Sunat Ihram (apakala memakai ihram untuk mengerjakan Umrah atau Haji) 2 1. Al Kaafirun

2. Al Ikhlas

13 Sunat Tawaf di Masjidil Haram (kalau boleh di belakang maqam Nabi Ibrahim) 2 1. al kaafirun

2. Al Ikhlass

14 Sunat (mutlak) di Hijr Ismail, Masjidil Haram 2 1. Al Kaafirun

2. Al Ikhlas

PADA HARI JUMAAT
15 Sunat Jumaat (Qobliyatan) 2 (TM) Bebas
16 Fardhu Jumaat 2 1. Al A’la

2.Al Ghasiyah

17 Sunat Jumaat (Ba’diyatan) 2 Bebas
 TM – Tidak Muaakad – Kurang dikuatkan

M – Muakkad – Sangat digalakkan

SOLAT HARIAN

Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan

 Bil  Jenis Solat Bilangan Rakaat Surah-surah Lazim yang dibaca selepas Al-Fatihah
        A. Solat Harian
 1 Sunat Subuh/Fajar 2 (M) 1. al Insyiraah2. al Fiil
 2 Fardhu Subuh 2 1. As Sajdah   [ pagi Jumaat ]2. Al Insaan
 3 Sunat Isyrak 2 (M)  5 minit selepas naik matahari
 4 Sunat Dhuha ( 24 minit selepas naik matahari sehingga tergelincir matahari 2/4/6/8 (M) 1. As Syams / Al Kaafirun / Ayat Kursi2. Ad dhuha / al Ikhlas / al Kaafirun
 5 Sunat Zuhur (Qobliyatan) 2 (M) Bebas
 6 Sunat Zuhur 2 (TM) Bebas
 7 Fardhu Zuhur 4 (TM) Benas
 8 Sunat Zuhur (Ba’diyatan) 2 (M) Bebas
 9 Sunat Zuhur 2 (TM) Bebas
10 Sunat Asar (Qobliyatan) 4 (TM) sedikit sangat pendapat yang menggalakkan 2 rakaat
11 Fardhu Asar 4 Bebas
12 Sunat Maghrib (Qobliyatan) 2 (TM) Bebas
13 Fardhu Maghrib(Tanpa bercakap-cakap) 3 1. al kaafirun [pada malam jumaat]2. Al Ikhlass
14 Sunat Maghrib (Ba’diayatan) 2 (M) Bebas
15 Sunat Awwabin (Diantara Maghrib dan Isya’) 6 1. al Ikhlas 6X/Al Falaq 1X/An Nas 1X [Rakaat pertama]2. Al Kaafirun & Al Ikhlas [bagi rakaat seterusnya]
16 Sunat Isya’ 2 (TM) Bebas
17 Fardhu Isya'(Tanpa bercakap-cakap) 4 Al Jumu’ah & Al Munafiqun [pada malam jumaat]
18 Sunat Isya’ (Ba’diyatun) 2 (M) Bebas
18 Sunat Tahajjud (Selepas tengah malam sehingga masuk Subuh) dengan syarat tidur dahulu Tiada had, sekurang-kurangnya 2 1. ayat Kursi / Al Kaafirun2. al Ikhlas
18 Sunat Witir(Selepas Isya’/Tahajjud dan sebelum masuk waktu subuh)(TIDUR) 1/3/5/7/9/11 (M) 1.  Al A’la [Rakaat ke 1]2. Al Kaafirun [Rakaat Ke 2]3. Al Iklas/AlFalaq/An Nas [Rakaat ke 3]
18 Sunat Wudhu'(Selepas tiap-tiap kali mengambil wudhu’) 2 1. At Takathur2. Al Ikhlas

 

Bacaan selepas berwudhu’

image-09

Maksudnya:

“Aku mengaku bahawasanya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, Yang tiada sekutu bagiNya dan aku mengaku bahawasaya Nabi Muhammad itu hambaNya dan pesuruhNya.

Doa ketika keluar tandas

image-07

Maksudnya:

“Aku memohon keampunan daripadaMu”.

Doa ketika masuk tandas

image-06

Maksudnya:

“Dengan nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina”.

Doa ketika memakai pakaian baru

image-03

Maksudnya:

“Ya Allah bagiMu segala pujian, Engkaulah yang memakaikannya padaku. Aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan tujuan ia dicipta dan aku memohon perlindungan denganMu daripada kejahatannya dan kejahatan tujuan ia dicipta”.

Doa ketika memakai pakaian

image-02

Maksudnya:

“Segala puji bagi Allah yang memakaikan aku (pakaian) ini, dan memberi rezeki kepadaku tanpa daya dan kekuatan dariku”.

Doa ketika bangun dari tidur

image-01-1

Maksudnya:

Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.”

 

image-01-2

Maksudnya:

” Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya kekuasaan dan bagiNya pujian dan Dia berkuasa atas setiap sesuatu . Maha Suci Allah, Segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan upaya melainkan degan keizinan Allah. Ya Allah ampunilah daku.”