1. Dipalingkan daripada azab Jahanam
Surah Al-Furqaan, 25:65
“Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengerikan.”
2. Kegembiraan daripada keluarga dan imam bagi orang-orang bertakwa
Surah Al-Furqaan, 25:74
“Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa”.