Doa waktu sujud

5 BACAAN DOA MUSTAJAB KETIKA SUJUD

Antara doa yang ma’thur seperti yang disebutkan di dalam kitab-kitab fiqh, antaranya:

DOA 1

اللهم لك سجدت و بك آمنت و لك أسلمْت سجد وجهي للذي خلقه و صوّره و شّق سمعه و بصره تبارك الله أحسن

الخالقين

Maksudnya: Ya Allah, hanya kepada Engkau aku bersujud, hanya kepada Engkau aku beriman dan hanya kepada Engkau aku menyerah diri. Telah sujud wajahku kepada Yang Menciptanya, Yang Membentuknya dan Yang memberikannya pendengaran dan penglihatan. Maha Suci Allah yang merupakan sebaik-baik pencipta.

DOA 2

Boleh ditambah doa yang dibaca oleh Nabi SAW dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa beliau berkata:

أنَّ رَسولَ اللهِ ﷺ كانَ يقولُ في سُجُودِهِ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لي ذَنْبِي كُلَّهُ دِقَّهُ، وجِلَّهُ، وأَوَّلَهُ وآخِرَهُ وعَلانِيَتَهُ وسِرَّهُ

Maksudnya: Bahawasanya Rasulullah SAW berdoa ketika sujudnya, “Wahai Tuhan-ku, ampunkanlah dosaku kesemuanya sama ada yang kecil atau besar, yang di awal dan juga di akhir, serta yang jelas dan yang tersembunyi.”

Boleh juga dibacakan doa-doa lain seperti:

DOA 3

ٱللّٰهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ حُسْنَ ٱلْخَاتِمَة

“Allahumma Innii As-aluka Husnal Khootimah”.

Maksudnya : “Ya Allah! Aku memohon kepada-MU husnul khotimah”.

DOA 4

ٱللّٰهُمَّ ارْزُقْنِيْ تَوْبَتًا نَصُوْحَا قَبْلَ ٱلْمَوْت

“Allahummar Zuqnii Taubatan Nasuuha Qoblal Maut”

Maksudnya: “Ya Allah! Berilah aku rezeki taubat nasuha (atau sebenar-benarnya taubat) sebelum mati”

DOA 5

ٱللّٰهُمَّ يَا مُقَلِّبَ ٱلْقُلُوْبِ ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلَى دِيْنِكَ

“Allahumma Yaa Muqollibal Quluub Tsabbit Qolbii ‘Alaa Diinika”.

Ianya bermaksud: “Ya Allah! Wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah hatiku pada agama-MU”.

Doa Kekayaan Nabi Sulaiman

Doa Nabi Sulaiman itu dalam Al Quran surah Shaad ayat 35, yang berbunyi:

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَهَبْ لِي مُلْكًا لَا يَنْبَغِي لِأَحَدٍ مِنْ بَعْدِي إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

Lafal latin: Rabbi ighfir lii wahab lii mulkan laa yanbaghii li-ahadin min ba’dii innaka an tal wahhaab.

Doa Nabi Musa

Rabbi inni lima AnZalta ilaiya min khairin fakir

Artinya : Wahai Rabbku sesungguhnya aku memerlukan kebaikan yag Engkau turunkan kepadaku

  • Amalkan setiap hari

Doa khusus Hari Jumaat

Baca doa khusus 70 X setiap hari Jumaat

Doa untuk Ibu

Kepenatan seorang insan bergelar ibu yang telah mengandung dan melahirkan cahaya mata tidak dapat dibalas dengan wang. Sebagai anak, anda boleh membaca doa untuk ibu agar sentiasa dilindungi oleh Allah SWT.

Doa pendek yang dikongsikan ini mudah sahaja dan boleh dibaca setiap kali selepas selesai menunaikan solat. Ikuti perkongsian lanjut di bawah.

Baca juga: Sedih Kematian Bayi, Ini Cara Solat & Doa Jenazah Anak Lelaki Serta Perempuan

DOA UNTUK IBU BOLEH DIBACA SETIAP HARI

DOA UNTUK IBU

Doanya adalah:

اللهم ارزق أمي
بركة في عمرها
ونورا في قلبها
وضياء في وجهها
وسعة في رزقها
ورضا في نفسها
واصرف عنها كل سوء ومرض

  • Allahummarzuk ummi,
  • Barokatan fi ‘umurihaa
  • Wa nuuron fi qalbihaa
  • Wa dhiyaa an fi wajhiha
  • Wasi’atan fi rizqihaa
  • Waridhon fi nafsiha
  • Wasrif ‘anha kulla suuin wa maradh

Maksudnya: “Ya Allah kurniakanlah ibuku keberkatan pada umurnya dan cahaya di hatinya serta cahaya di wajahnya dan keluasan pada rezekinya dan keredaan pada dirinya dan palingkanlah darinya pelbagai kejahatan dan penyakit.

Amalan Murah Rezeki

Baca doa ini 3X siang @malam

Bacaan Sebelum Tidur

Di anjurkan amalan sebelum tidur sebagai berikut :

1. Bacalah Surat Al-Ikhlas tiga kali, dengan begitu seakan-akan kau mengkhatamkan seluruh Al-Qur’an.” [Bismillaahir rahmaanir rahiim, Qulhuallaahu ahad’ Allaahushshamad’ lam yalid walam yuulad’ walam yakul lahuu kufuwan ahad’ (3x)].

2. Bacalah sholawat untukku dan para Nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafa’at di hari kiamat“. [Bismillaahir rahmaanir rahiim, Allaahumma shallii ‘alaa Muhammad wa aali Muhammad (3x)].

3. Beristighfarlah (memohonkan ampunan) untuk para Muslimin, maka mereka semua akan meridhaimu“.(Astaghfirullaahal ‘adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum, dzul jalaali wal ikram wa atuubu ilaih (3x)

4. Perbanyaklah bertasbih (menyucikan Alla), bertahmid (mensyukuri Allah), bertahlil (mentauhidkan Allah) dan bertakbir (mengagungkan Allah), maka seakan-akan kau telah melaksanakan ibadah Haji dan Umrah“. (Bismillaahir rahmaanir rahiim, SubhanAllaahi alhamdulillaahi walaa ilaaha illa Allahu wAllaahu akbar (3x)