Solat Sunat Rawatib ialah solat-solat sunat yang dilakukan sebelum dan sesudah solat fardhu lima waktu iaitu Maghrib, Isya’, Subuh, Zohor dan Asar.
Solat sunat rawatib terbahagi kepada dua bahagian :
A. Sunat Muakkad iaitu sunat duanjurkan sekali dan dikuatkan untuk diamalkan dan terdiri dari :
- Dua rakaat sesudah Maghrib
- Dua rakaat sesudah Isya’
- Dua rakaat sebelum Subuh
- Dua rakaat sebelum Fardhu Zohor, dan
- dua rakaat sesudah Fardhu Zohor
B. Sunat Ghair Muakkad iaitu terdiri dari :
- Dua rakaat ringan sebelum fardhu Maghrib
- Dua rakaat sesudah Isya’ dan dua rakaat sesudahnya (selain muakkad)
- Dua rakaat (selain muakkad) sebelum Fardhu Zohor, dan
- Dua rakaat sesudah Fardhu Zohor (selain muakad)
- Empat rakaat sebelum Fardhu Asar dengan dua salam, tidak ada sesudahnya.
Cara mengerjakan Solat Sunat Rawatib itu, serupa juga dengan Solat Subuh.
Bezanya hanya :
- Qunut tidak dibaca
- Dilakukan sendirian, tidak berjemaah
- Tidak didahului dengan Azan dan Qamat
- Suara tidak dikuatkan
- Keutamaan solat sunat rawatib adalah dirumah.
Solat-solat tersebut yang dikerjakan sebelum solat fardhu dinamakan “Qabliyah”, dan yang dikerjakan sesudah solat fardhu dinamakan “Ba’diyah”.
Pedoman melakukan Solat Sunat Rawatib :
- Niatnya menurut jenis solat
- Tidak dengan Azan dan Qamat
- Tidak dengan berjemaah
- Bacaannya tidak dinyaringkan
- Jika lebih dari dua rakaat, tiap-tiap dua rakaat satu salam
- Diutamakan, sebaiknya berubah sedikit dari tempat mengerjakan solat fardhu.