Kepenatan seorang insan bergelar ibu yang telah mengandung dan melahirkan cahaya mata tidak dapat dibalas dengan wang. Sebagai anak, anda boleh membaca doa untuk ibu agar sentiasa dilindungi oleh Allah SWT.
Doa pendek yang dikongsikan ini mudah sahaja dan boleh dibaca setiap kali selepas selesai menunaikan solat. Ikuti perkongsian lanjut di bawah.
Baca juga: Sedih Kematian Bayi, Ini Cara Solat & Doa Jenazah Anak Lelaki Serta Perempuan
DOA UNTUK IBU BOLEH DIBACA SETIAP HARI
Doanya adalah:
اللهم ارزق أمي
بركة في عمرها
ونورا في قلبها
وضياء في وجهها
وسعة في رزقها
ورضا في نفسها
واصرف عنها كل سوء ومرض
- Allahummarzuk ummi,
- Barokatan fi ‘umurihaa
- Wa nuuron fi qalbihaa
- Wa dhiyaa an fi wajhiha
- Wasi’atan fi rizqihaa
- Waridhon fi nafsiha
- Wasrif ‘anha kulla suuin wa maradh
Maksudnya: “Ya Allah kurniakanlah ibuku keberkatan pada umurnya dan cahaya di hatinya serta cahaya di wajahnya dan keluasan pada rezekinya dan keredaan pada dirinya dan palingkanlah darinya pelbagai kejahatan dan penyakit.“