Doa Selepas Solat 2

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani; Segala puji bagi Allah Tuhan Pemkrintah Alam.
Salawat dan salam ke atas semulia-mulia Nabi dan Rasul dan keluarganya dan sahabat handai keseluruhannya.

Ya Allah sesungguhnya kami memohon kepadaMu kemaafan dan kesihatan yang kekal baik dalam perkara agama. dunia dan juga akhirat.

Ya Allah ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibubapa kami. Rahmatilah mereka sebagaimana mereka memelihara kami sejak kecil. Begitu juga kesemua muslimin muslimat, mukniinin dan mukminat baik yang hidup dan juga yang mati. Dengan
rahmatMu jua Ya Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Ya Allah tambahilah kami (kurniaan dan pembertanMu) dan janganlah Engkau kurangkan, muliakanlah kami dan janganlah hina kami, berilah kami dan jangan menahan sesuatu kebaikan buat kami. Lebihkanlah kami dan (jangan kalahkan kami daripada musuh kami) redhailah dan redhakanlah daripada kami.
Ya Allah tolonglah kami supaya senantiasa berzikir kepadaMu. bersyukur terhadapMu, dan melakukan ibadatl yang baik rerhadapMu. Ya Allah akhirilah kesudahan kami dengan kebaikan pada semua urusan, peliharalah kami daripada kehinaan di dunia dan daripada azab akhirat.

Ya Allah herikanlah kepada kami perasaan takut dan gerun terhadapMu supaya dapat mendindingkan kami daripada melakukan maksiat terhadapMu.
(Berikanlah kami) Szfat ketaatan supaya dengan itu dapat menyampaikan kami ke dalam syurgaMu. Berikanlah kami (keyakinan) sehingga kami dapat merasa mudah menerima musibat dunia ini. Manfaatkanlah pendengaran, penglihatan dan kekuatan kami selama mana Engkau hidupkan kami. Jadikanlah ini sebagai warisan daripada kami. Balasilah orang yang menzalimi kami. Tolonglah kami menentang orang yang memusuhi kami. Dan janganlah Engkau jadikan dunia itu sebagai cita-cita kami yang utama dan jangan jadikan dunia ini sebagai matlamat ilmu kami. Janganlah Engkau serahkan kami kepada orang yang tidak mengasihani kami.

Ya Allah kami memohon kepadaMu perkara-perkara yang membawa rahmatMu (mengasihani kami) dan mendapat keampunan daripadaMu, keselamatan daripada segala dosa, mengccapi segala kebaikan, kejayaan untuk memasuki syurga dan kelepasan daripada api neraka.

Ya Allah janganlah Engkau tinggalkan kepada kami dosa melainkan Engkau ampunkan, ataupun dukacita melainkan Engkau lepaskan, atau hutang melainkan Engkau tunaikan, atau keperluan dunia dan akhirat yang Engkau redhai akannya
melainkan Engkau tunaikan, wahai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Salawat Allah dan asalamNya kepada junjungan kita Nabi Muhammad (S AW. ) dan ke atas keluarga dan sahabat handai kesemuanya. Segala puji untuk Allah Tuhan Pemerintah Seluruh Alam ini. Amiiin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *