Month: November 2020
Amalan Zikir Murah Rezeki
4 Amalan Zikir Murah Rezeki
1.Membaca 100 X sebelum solat subuh dan sebelum solat sunat subuh
Maha Suci Allah dan dengan puji-pujian kepadaNya. Maha Suci Allah Yang Maha Besar. Aku meminta ampun kepada Tuhan yang Maha Besar,
2. Baca 100 X setiap hari / Selepas solat subuh
لَا إِلَـهَ إِلَّا اللهُ الْمَـلِكُ الْحَـقُّ الْمُبِـيْنُ،
مُحَمَّدٌ رَّسُوْلُ اللهِ صَادِقُ الْوَعْـدِ الْأَمِـيْنِ.
Bacaan Latin: “La ilaha illallah al malikul haqqul mubin muhammadurrosulullah shodiqul wa’dil amin.”
Artinya: “Tiada Tuhan selain Allah Yang Maha Menjadi Raja, Maha Benar, Maha Menjelaskan. Nabi Muhammad utusan Allah Yang benar, menepati janji dan terpercaya.”
3. Baca 100 X setiap hari
4. Baca 1000 X setiap pagi dalam keadaan suci / hari
Doa Selepas Solat 7
Seorang sahabat Rasulullah SAW dan ahli ibadah yang terkenal dengan nama Abu Darda’ telah mengamalkan doa di bawah ini setiap lepas Subuh dan Maghrib.
Doa ini bertujuan untuk memohon perlindungan dan keselamatan daripada Allah SWT bagi diri, ahli keluarganya dan harta bendanya dari gangguan dan kejahatan jin, syaitan, haiwan dan manusia.
Menurut riwayat, beliau mengamalkan doa di bawah ini yang didapatinya daripada Rasulullah SAW.
Berikut adalah doa tersebut:
Segala puji hanyalah bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas tuan kami, Nabi Muhammad semulia-mulia nabi dan rasul, (selawat dan salam ini juga dilimpahkan) ke atas ahli keluarga Baginda, dan para sahabatnya sekalian.
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada tuhan (yang layak disembah melainkan Engkau). Aku hanya bertawakkal kepadaMu , dan Engkaulah Tuhan bagi ‘Arasy yang besar. Apa yang dikehendaki oleh Allah pasti akan berlaku, dan apa yang tidak dikehendakinya pasti tidak akan berlaku.
Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Aku mengetahui bahawa Allah Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu, dan bahawa ilmu Allah meliputi segala perkara. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada kejahatan diriku dan kejahatan setiap binatang yang melata yang Engkau memegang ubun-ubun mereka (berkuasa ke atas setiapnya). Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus.
Semoga Allah melimpahkan selawat ke atas tuan kami, Nabi Muhammad, ahli keluarga Baginda, para sahabatnya, dan berilah kesejahteraan (kepada mereka). Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Doa Selepas Solat 6
Doa 2
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam atas semulia-mulia para nabi dan rasul, junjungan kami Muhammad dan ats keluarga dan sahabat Baginda seluruhnya. Ya Allah, ya Tuhan kami! Terimalah solat dan doa kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Berilah keampunan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Ya Allah, jadikanlah agama kami agama Nabi Muhammad. Keislaman kami, Islam yang sebenar-benarnya. Keimanan kami, iman yang sempurna. Solat kami, solat yang khusyuk. Amal kami, amal yang soleh. Niat kami, niat yang ikhlas. Jadikanlah dosa-dosa kami, dosa-dosa yang terampun.
Jadikanlah hidup dan kehidupan kami, hidup dan kehidupan para ulama. Mati kami dengan mati syahid. Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam syurga bersama dengan para Nabi.
Ya Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat. Jauhkanlah kami daripada seksaan neraka. Semoga Allah mencurahkan kesejahteraan ke atas sebaik-baik makhluknya, junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Maha suci Tuhan yang Maha Mulia daripada sebarang kekurangan. Salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Wirid Harian
- WIRID SEPULUH
- Pengakuan Tauhid
Tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Allah yang Esa , tidak ada sekutu bagiNya. BagiNya pemerintahan dan bagiNya segala puji-pujian yang menghidupkan dan yang mematikan dan Dia hidup, tidak mati, ditanganNya kebajikan dan Dia atas tiap-tiap sesuatu amat berkuasa.
2.
Tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Allah yang memerintah, yang benar dan yang nyata.
3.
Tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Allah yang Esa serta gagah, Tuhan segala langit dan bumi dan apa yang ada diantaranya. Yang Maha Perkasa dan Maha Pengampun.
4.
Maksudnya:Maha Suci Allah, dan segala puji bagi Allah, tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Allah yang Maha Besar, dan tidak ada keupayaan dan kekuatan melainkan dengan kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar.
5.
Yang Maha Suci, Yang Maha Qudus, Tuhan kita dan Tuhan bagi segala malaikat dan Jibril.
6.
Maha Suci Allah dan dengan puji-pujian kepadaNya. Maha Suci Allah Yang Maha Besar.
7.
Aku meminta ampun kepada Tuhan yang Maha Besar, yang tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Dia, yang hidup dan yang tidak berhajatkan pertolongan makhluk, aku bertaubat kepadaNya dan aku minta daripadaNya taubat dan keampunan.
8.
Ya Allah, tidak ada yang boleh mencegah jika Engkau memberi dan tidak ada memberi jika Engkau mencegah. Tidak ada yang dapat menolak apa yang Engkau telah takdirkan dan tidak bermanfaat orang yang mempunyai kemuliaan daripada Engkau oleh kemuliaaan nya.
9.
Ya Allah selawatkanlah atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda dan sahabat-sahabat baginda dan sejahterakanlah.
10.
Dengan nama Allah yang tidak mudarat dengan berkat menyebut namaNya apa pun
didalam bumi dan langit, dan Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.
** Ulang-ulangilah setiap zikir, tasbih dan do’a itu sebanyak seratus (100) kali, atau tujuh puluh (70) kali, atau sekurang-kurangnya sepuluh (10) kali, supaya jumlahnya menjadi seratus (100) kali.
3. PENGHULU ISTIGHFAR / SAYYIDUL ISTIGHFAR
Maksudnya: Ya Allah,tiada tuhan yang sebenar melaikan Engkau.Engkaulah yang menjadikan aku, Aku adalah hamba-Mu dan aku berjanji mentaati-Mu semampuku, aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan kelakuanku. aku kembalikan kepada-Mu segala nikmat yang kau berikan dan aku kembali kepada-Mu dangan dosa yang dilakukan. Ampunkanlah aku kerana tiada siapa yang dapat mengampuniku selain Engkau”.
4. ISTIGHFAR
5. SALAWAT TAFRIJIYYAH
Maksudnya: “Ya Allah limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad sallallahu Alaihi Wassalam yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta husnul khatimah (bagus akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung [hujan] lantaran keagungan baginda. [Dan limpahkanlah rahmat dan salam] kepada keluarga baginda, dan sahabat baginda didalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh Mu , wahai Zat yang menguasai seluruh alam”.
8. WIRID MENGIKUT HARIAN – 100 KALI SETIAP HARI. Menurut Imam Al Ghazali
1.Jumaat
Ya Allah
2. Sabtu
Tiada Tuhan melainkan Allah
3. Ahad
Ya Allah, Tuhan Yang Maha Hidup lagi Berdiri dengan sendirinya (tidak perlu kepada penolong)
4 Isnin
Tidak ada keupayaan dan kekuatan melainkan dengan kekuasaan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Besar
5. Selasa
Ya Allah rahmatilah ke atas Nabi Muhammad saw
6. Rabu
Aku memohon ampun kepada Allah Tuhan Yang Maha Besar
7. Khamis
Maha suci Allah Yang Maha Besar dan Puji-pujian kepadaNya