1. Tidak menjadi orang bodoh
Surah Al-Baqarah, 2:127
“Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)”.
2. Doa Nabi Ibrahim ketika membina Rumah atau Kaabah
Surah Al-Baqarah, 2:127
“Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;
3. Surah Al-Baqarah, 2:128
Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani”.
4. Yang baik di dunia dan di akhirat
Surah Al-Baqarah, 2:201
“Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”.
5. Ketika bertemu musuh dalam peperangan
Surah Al-Baqarah(2), Ayat : 250
“Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, & teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yg kafir”
6. Tidak dihukum kerana terlupa atau tersilap, dan beban diringankan
Surah Al-Baqarah,Ayat : 286
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.
Assalamualaikum
Maaf ..izinkan Saya bertanya
Ayat No 1.
Ayat tersebut bukan ke
Surah Al-Baqarah 2:67