Doa Taubat 1

p_doaselsyifa

Ya Allah, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia, kebaikan diakhirat dan lindungilah kami daripada seksa api neraka.

Ya Allah, ampunilah aku, kasihanilah aku, berilah petunjuk kepada ku selamatkanlah aku dan berilah aku rezeki.

Ya Allah, perbaikilah agamaku yang menjadi perkara paling penting padaku. Perbaikilah akhiratku yang menjadi perkara paling penting padaku, perbaikilah duniaku yang menjadi kehidupanku. Perbaikilah akhiratku yang menjadi tempat aku kembali. Jadikanlah hidup ini sebagai tambahan segala kebaikan bagiku. Jadikanlah kematian itu sebagai istirahatku daripada segala kejahatan.

Ya Allah, sungguh aku banyak menganiayai diriku sendiri. Tiada lain yang dapat mengampuni dosa-dosaku, kecuali engkau, ya Allah. Maka ampunilah aku dengan keampunan yang langsung datang daripada Mu. Kasihanilah aku, ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku, kebodohanku, dan keterlampauanku dalam apa yang aku kerjakan, dan apa sahaja yang Engkau lebih ketahui daripada diriku sendiri.

Ya Allah,ampunilah segala kesalahanku yang datang daripada kesungguhanku dan daripada senda gurauku, dan daripada apa yang aku tidak sengaja dan daripada sengajaku dan segala sesuatu yang datang daripadaku.

Ya Allah, ampunilah kesalahan-kesalahanku yang lalu, dan yang akan datang, yang aku rahsiakan dan yang aku pamerkan dan segala sesuatu yang engkau lebih ketahui daripada diriku sendiri. Engkaulah yang maha mendahulukan dan maha mengakhirkan dan Engkau maha berkuasa atas segala-galanya.

Ya Allah, kepada Mu kuserahkan diriku, kepada-Mu aku beriman, kepadaMu aku serahkan segala urusan ku, dengan bantuan Mu aku berjuang, kepada Mu aku merujuk berkaitan hukum-hakam. Maka ampunilah kesalahan-kesalahanku yang lalu dan yang akan datang, yang aku rahsiakan dan yang aku pamerkan. Engkau yang maha mendahulukan dan maha mengakhirkan, tiada Tuhan melainkan engkau. Tiada upaya, melainkan dengan pertolongan allah.

Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu sebaik-baik yang diminta oleh Nabi Muhammad. Dan lindungi aku daripada apa yang Nabi Muhammad minta perlindungan daripada Mu. Engkaulah tempat meminta bantuan dan engkaulah yang memberikan kecukupan. Dan tiada daya, tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah.

Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu, segala yang mendatangkan rahmat daripada-Mu, segala yang menyebabkan pengampunan-Mu, yang menyebabkan terselamat dari semua dosa, yang menyebabkan mendapatnya semua kebaikan, berbahagianya dengan syurga dan terselamatnya dari api neraka.

doa1-8

80 thoughts on “Doa Taubat 1”

  1. saya ni mudah tergugat daulat x kuat senang terjebak dlm kancah maksiat dan lain2 tp dlm hati ni nk taubat x larat lagi dh nk mcm2 kesian kt anak2 isteri pun satu hal xleh nk tegur apa melawan ayah dia pun berat sebelah x reti tegur anak dia bg jd elok benda dok jd jadi lagi semua sbb pak mertua wallahualam

    1. Berdoa sambil membuang semua perkara dosa, hanya Allah saja tempat kita bergantung. Banyakkan sembahyang malam. Allah maha penyayang lagi pengampun.

  2. semua yg x kenal mahu pun kenal dgn sy ni tolong lah doa kan sy supaya brubah lebih sihat dan kuat maju dlm dunia dan paling penting mendapat rezeki yg berkat lagi jenuh dan berjaya dunia akhirat amin

    1. Amiiin, Berdoalah kepada Allah. Banyakkan istighfar. Kami doakan semoga tuan akan mendapat hidayat dari Allah jua. Amiin

      1. Assalamualaikum admin….Saya pun minta izin…saya nak simpan dan amalkan doa ini…terima kasih atas perkongsian….

    2. Inshallah … Selalu la berdoa dan niat dalam hati untuk berubah. Niat utk bangun malam untuk solat taubat dan tahajud.. mula2 mmg akan rasa susah. Tapi bila dah mula buat kita akan rasa macam something missing bila nk tinggalkan. Saya doakan agar saudara istiqomah utk meninggalkan segala maksiat dan kejahatan yg saudara lakukan. Dan semoga kehidupan saudara akan lebih baik dan dipermudahkan lps ini. Insha Allah..

  3. Saya mau bertanya ..boleh kah membaca doa selepas wudhu di bilik air yg sekali dengan jamban kt situ ..ataukah sya kene membaca nya di luar setelah selesai wudhu ..atau cukup dlm bilik air tdi tpi cuma lafas dlm hati tanpa percakapan mulut ..mohon penerangan…
    dan apakah kita di wajibkn sembahyang taubat dlu sebelum kita hndak melaksanakan sembahyang sunat lainya ..mohon pencerahan ..terimakasih ..

    1. mintak izin ye untuk save doa ni .. puan/tuan .. semoga dipermudahkan segala urusan semua di dunia & akhirat .. dipermudahkan jln utk istiqomah .. aamiin

  4. Apa jua ayat al quran tak boleh dibaca dlm bilik mandi yg berkongsi dgn tandas. Boleh rujuk ustaz Fawwaz.. Kena baca d luar. Bacaan bismillah, niat pun dlm hati tak boleh lafazkan. Dah keluar baru boleh, doa. Bg bilik air yg tak berkongsi atau asing asing tiada masalah. Tapi wuduk d bilik mandi lah jgn wuduk dlm tandas. Wallahualam

  5. Mohon doakan agar iman sy terus kuat dlm.menghadapi dugaan ibu sy yg terusan x menerima kelahiran sy ngan memfitnah dsb sejak Dr kecil. Sy sentiasa memanjatkan doa kpd Allah agar keadaan ini berubah seblm sy kembali menemui penciptaNya. Segalanya berpunca dr perceraian ngan bapa sy

    1. Semoga puan tabah,kalau puan mampu..pekakkan telinga.walau bagamanapun dia ibu puan,jd apa yg kluar dr mulutnya anggap je nasihat Dan penguat semangat..buat kbaikan,jgn pernah hampiri kejahatan,bersihkan hati..Allah maha mengetahui segala niat Kita,insyaAllah suatu Hari,Allah lembutkan hati ibu puan..jgn putus berdoa.

  6. Assalamualaikum admin….Saya pun minta izin…saya nak simpan dan amalkan doa ini…terima kasih atas perkongsian….

      1. Assalamualaikum admin….Saya mohon izin nak simpan dan amalkan doa ini…terima kasih atas perkongsian….

        REPLY

  7. Assalammualaikum admin
    Terima kasih atas doa yg dititipkan. Mohon dikongsi sebagai amalan dan doa selepas setiap solat.
    Moga yuan diberkati Allah
    Amin YRA

  8. Alhamdulillah .. rezeki Allah berikan..berjumpa doa ini. Mohon saya gunakan dia ini supaya lebih khusyuk dihati. Terima kasih

  9. Assalamualaikum. Saya nak minta izin amalkan doa ini.

    Terima kasih ya.

    Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan kita dan melindungi kita semua dari perkara maksiat. Amiinnn.

  10. Mohon izinkan sya kongsi Dan amalkan ya… Semoga Allah permudahkan segala urusan Kita di Dunia Dan akhirat… Aamiin ya Allah…

  11. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
    Izinkan sy copy dan share doa ini yer tuan. Mintak halal ilmu yg berkat utk akhirat dan dunia. Terima Kasih.

      1. Assalamualikum wtb.Terima kasih atas perkongsiaan doanya.mohon halalkan ilmunya untuk keberkatan dunia dan akhirat..Aamiinn.

  12. Assalam..sy nak minta izin until simpan doannie Dan jadikan amalan lepas solat 5 waktu…mudahan Allah ampunkan dosa2 aku…aamiin amiin

  13. Assalamualaikum
    Saya juga minta izin utk simpan doa ini buat saya bacakan dlm doa saya. Terima kasih admin.

  14. Salam admin. Izinkan saya save dan amalkan doa ini ya. Pagi ni baru saya jumpa doa ni. Doa yg agak panjang tapi sangat baik sekali maksudnya. Alhamdulilah

  15. Assalamualaikum..mohon share doa ni ye..terima Kasih admin..semoga dipermudahkan segala urusan Kita mendapat khusnul khotimah

  16. Assalamu’alaikum tuan Admin..
    Mohon izinkan utk saya amal dan kongsikan. Semoga Allah permudahkan segala urusan Kita di Dunia Dan akhirat… Aamiin ya Allah…

  17. Sesungguhnya Aku manusia yg Leka Dan lalai dlm hukum hukum Allah SWT..terlalu Banyak dosa Dan penganiayaan diri sndiri dgn sedar mahu pon tidak sedar..ya Allah ampun Aku pimpinkan Aku untuk terus mengejar agamamu…Mohon izin utk sy amalkn dia ini Dan semoga Allah terus terima taubat sy

  18. Assalamualaikum, mohon pada admin. Sy mahu copy dan amal doa ni. Semoaga admin sentiasa diberkati.
    Amin🤘🤲

  19. Assalamualaikum admin.terima kaseh stas perkongsian foa ni..idzinkan saya amal dan share .doakan saya semoga saya sihat.semvuh dari penyakit dan dpt beramal ibadah.

  20. Assalamualaikum.. minta izin utk sy share dan amalkan doa ini. Semoga admin dikurniakan dgn segala kebaikan. terima kasih.

  21. salam. mohon simpan n share doa ini utk amalan. semoga admin dn kita smua diprmudahkn urusan dunia akhirat. Aamiin yrb alamiin.

  22. Assalamualaikum admin..saya mohon izin .. mengamalknya doa taubat ini..
    terima kasih dengan perkongsian doa…

  23. Assalamu’alaikum tuan Admin..
    Mohon izinkan utk saya amal dan kongsikan. Semoga Allah permudahkan segala urusan Kita di Dunia Dan akhirat… Aamiin ya Allah…

  24. Syukur Alhamdullillah, semoga diberkati Allah SWT. Mohon izin agar DOA ini dpt dibaca dgn rahmat Nya. Semoga taubat ku diterima OLEH ALLAH SWT.
    Alfatehah.

  25. Assalamu’alaikum tuan Admin..
    Mohon izinkan utk saya amal dan kongsikan. Semoga Allah permudahkan segala urusan Kita di Dunia Dan akhirat… Aamiin ya Allah…

  26. assalamualaikum..Mohon izinkan saya dan keluarga untuk amalkan doa ini..semoga Allah ampuni saya sekeluarga dan permudahkan segala urusan dunia akhirat..kepada admin semoga Allah limpahi RahmatNya kepada Tuan|Puan..terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *