بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
Sedekahkanlah Al Fatihah kpd ibu bapa kita, keluarga dan muslimin muslimat yg masih hidup maupun yang telah kembali ke rahmatullah…
بسم ٱللهِ الرحمن الرحيم
الْحَمْدُ ٱللهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْـمُسْتَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ
غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
آمِين
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَلْحَمْدُ ٱللهِِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
Ya ٱللهِ , perbaikilah bagi kami agama kami sebagai benteng urusan kami; perbaikilah bagi kami dunia kami yang menjadi tempat kehidupan kami; perbaikilah bagi kami akhirat kami yang menjadi tempat kembali kami. Jadikanlah
Ya ٱللهِ kehidupan ini penambah kebaikan bagi kami dan jadikanlah kematian kami sebagai kebebasan kami dari segala kejahatan.
Ya ٱللهِ kami memohon kepadaMu Ya ٱللهِ , berikanlah kami iman yang sempurna, ilmu yang memberi manfaat, berikanlah kami kekuatan, taufik dan hidayahMu kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami. Selamatkanlah kami dari kejahatan dan kemungkaran. Terimalah segala amalan baik kami dan tingkatkanlah pahala dan rahmatMu untuk kami Ya ٱللهِ . Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih dan Mengasihani.
Ya ٱللهِ Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 dan zuriat kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami, jiran2 kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
Ya ٱللهِ haramkan wajah ibu dan bapa kami dari disambar oleh api neraka dan kurniakan buat mereka syurga tanpa hisab.
َ
َ Ya ٱللهِ kami memohon Ya ٱللهِ , kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya ٱللهِ. َ
Ya ٱللهِ Ya Tuhan kami, kurniakan kami anak2 yang soleh dan solehah, rumahtangga yang aman dan bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab dan hayat yang tertunai.
Kurniakanlah kami kejayaan dunia akhirat dan selamatkanlah kami dari azab api neraka. Masukkanlah kami dan keluarga kami dalam golongan orang2 yang beriman dan satukan kami dalam Syurga Firdaus Mu dengan orang2 yang kami sayang semata2 kerana Mu Ya ٱللهِ. Sesungguhnya Engkau Maha Penyayang.
Ya ٱللهِ , Ya Rahman Ya Rahim…. jauhikanlah kami dari segala mala petaka yang mungkin akan menimpa kami dan orang2 yang kami sayang. Selamatkanlah kami dari fitnah dan permudahkanlah kami menghadapi zaman yang sukar ini. Ya ٱللهِ , selamatkanlah kami dari semua kekufuran, putus asa, salah laku, syirik dan tunjukkanlah kami jalan yang lurus dan benar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.
Ya ٱللهِ , izinkanlah kami mengucap dua Kalimah Syahadah sebelum kami menghembuskan nafas terakhir kami dan kurniakanlah kami kematian yang diberkati.
Ya ٱللهِ , kami sedar bahawa sesuatu yang berlaku diatas muka bumi ini adalah diatas ketentuan Mu dan kehendak Mu, maka jadikanlah kami Ya ٱللهِ, hamba yang redha dengan segala ketentuan Mu.
Ya ٱللهِ , berilah kami rahmat Mu Ya ٱللهِ , letakkan kami dalam perlindungan Mu Ya ٱللهِ , dan hindarlah kami dari azab api neraka.
Ya ٱللهِ , kami bersyukur Ya ٱللهِ kerana memberi peluang kepada kami untuk meneruskan kehidupan ini Ya ٱللهِ. Ya ٱللهِ, kami berdoa moga kehidupan kami hari ini adalah lebih baik dari semalam dan sentiasa mendapat redha Mu . Ya لله, tingkatkanlah kecintaan kami kepadaMu dan kepada Nabi Mu Muhammad SAW.
Ya ٱللهِ , Engkau muliakan kami dan ampunlah segala salah dan silap kami. Jika Engkau tidak memberikan petunjuk kepada kami nescaya kami akan meraba-raba dan terjerumus ke lembah kejahilan dan kederhakaan. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Ya ٱللهِ , redhailah dan rahmatilah kami, permudahkanlah urusan kami, lapangkanlah jiwa dan perasaan kami dan lindungilah semua insan yang kami sayangi. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa.
Ya ٱللهِ perkukuhkanlah keimanan kami, tali persaudaraan kami dan terimalah segala amalan kami yang tidak seberapa ini.
Ya ٱللهِ, sesungguhnya Engkau Yang Maha Menyaksikan bahawa kami menerima apa yg telah disampaikan oleh RasulMu Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya tiada daya upaya kami melainkan atas ketentuanMu.
Ya ٱللهِ, tentukanlah kami dalam golongan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat, bukannya orang-orang yang dimurkai dan bukan orang-orang sesat. Ya Allah, sesingguhnya Engkau Maha Penyayang.
Ya ٱللهِ Ya Tuhan kami, kami memohon ke hadrat-Mu, berilah kami kekuatan , taufik dan hidayah supaya kami dapat memperbaiki diri kami, tambahkanlah Ya ٱللهِ kepada kami ilmu, iman dan amalan kami. Ya لله tetapkanlah iman kami, jauhikanlah keraguan dalam kepercayaan kami keatas kewujudan Mu, keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa.
Ya ٱللهِ kami memohon kepada-Mu Ya Allah, berilah kepada kami rezeki yang halal, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Berkatilah hidup kami dengan kesihatan yang baik, agar kami dapat bersujud kepadaMu dengan mudah sehingga hayat kami. Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat, pengikut sahabat dan mereka yang istiqamah menuruti baginda dari masa kesemasa hingga ke hari kiamat.
Segala puji pujian hanya untukMu Ya ٱللهِ .
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى ٱللهِ ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ٱللهِِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ
Mohon copy Dan share smua posting ustaz.trima kasih