Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Ya Allah bagi Engkau sahaja pujian, wahai yang Maha Pengampun dan Maha Pemurah, ya Allah bagi Engkau sahaja segala pujian, wahai yang Maha lemah lembut, wahai yang mencukupkan keperluan, wahai penjaga, wahai penyambut,
wahai yang mempunyai ketinggian dan kemuliaan.
Ya Allah bagi Engkau sahaja sebarang kepujian, wahai yang Maha Pemurah, sesungguhnya Engkau Maha penyayang dan Maha pengasih. Ya Allah salawatkanlah junjungan kami Nabi Muhammad, keluarganya dan sekalian para sahabatnya.
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kehadratMu supaya mendapat keredhaan dan syurga dariMu, dan kami pohon supaya Engkau jauhkan diri kami dari kemurkaanMu dan daripada api neraka.
Ya Allah, Engkau tuhan kami, tidak ada tuhan selain Engkau, kepada Engkau sahajalah kami bertawakkal dan Engkaulah Tuhan Maha Besar yang menguasai ‘arasy yang besar tidak ada daya dan kuasa kecuali dengan kekuasaan Allah yang
Maha Tinggi lagi Maha Besar. ‘
Ya Allah, sesungguhnya kami pahon dari Engkau keampunan dan kesejahteraan di dunia dan a’i akhirat. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon dari Engkau pencapaian rahmat Engkau dan keampunan Engkau yang sesungguh-sungguhnya, kelimpahan kebaikan, selamat dari segala dosa. berjaya mendapat syurga dan selamat daripada neraka.
Ya Allah, jangan biarkan dosa-dosa pada kami kecuali Engkau ampunkan, tidak ada keaiban pada kami melainkan Engkau sembunyikan, tidak ada kekusutan (keserabutan) melainkan Engkau padamkan. Ya Allah, hidupkan hart kaml dengan ketmanan dan ketaqwaan. jadikan taqwa bekal kami. kerana sebnik-baik persediaan ialah taqwa.
Ya Allah, sesungguhnya kami p0h0n kepada Engkau supaya menjauhkan kami dari kekufuran, syirik, nifak dan riya’, dan kami minta jauhkan dari keburukan diri kami dan dari seharang keburukan dan dari keburukan penghasad dengki
Ya Allah, ampunkan kaml dan dua ibu bapa kami dan semua para muslimin clan muslimat serta mukminin dan mukminat sama ada yang masih hidup mahupun yang sudah mati
Ya Allah, Tuhan kami, bcrikanlah kcpada kami kebaikan didunia dan di dan selam-atkan kami daripada azab api neraka; solawat dan salam kepada junjungan kami Muhaammad s.a.w. keluarganya dam “sekalian sahabatnya, segala puji Allah, Tuham mentadbir seluruh alam.