Doa Selepas Solat 1

doa1-1

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Iagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan (yang mentadbir) sakalian alam, sebagai pujian yang menyempurnakan nikmat-Nya dan menyanggupi pertambahannya. Wahai Tuhan kami bagi Engkau pujian seperti mana yang selayaknya bagi kemuliaan Zat Engkau dan kebesaran pemerintahan Engkau.

selsyifa

Wahai Tuhan kami, berilah rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w yang ummi dan atas keluarganya dansekalian sahabat-sahabatNya.

This image has an empty alt attribute; its file name is selawattafrijiyyah.jpg

Ya Allah ya Tuhan kami, terimalah daripada kami solat kami dengan sempurna dan ampunilah kami segala dosa kami sekaliannya dan janganlah Engkau menyeksa kami pada hari kiamat nanti, sesungguhnya Engkau amatlah berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu.

Wahai Tuhan kami. sejahrerakanlah kam: dan sejahlerakanlah uguma kami. dun sejahterakanlah iman kami dan sejahterakanlah tauhid kami dan sejahterakanlah roh kami dan sejahterakanlah segala tubuh kami, dan sejahterakanlah segala
rezeki kami dan sejahterakanlah sekalian saudara kami daripada sekalian muslim lelaki dan perempuan dan sekalian mukmin Ielaki dan perempuan yang hidup dan yang sudah mati.

Ya Allah, hidupkanlah kami dengan iman dan matikan/ah kami dengan iman dan himpunkanlah kami dengan iman dan masukkanlah kami ke dalam syurga berserta iman, dengan rahmat-Mu wahai Tuhan yang amat pengasih dan penyayang.

Wahai Tuhan kami, lemah lembutkanluh kami pada memudahkan tiap-tiap pekerjaan ‘yang payuh. bahawasanya memudahkan tiap-tiap yang payah itu atas Engkau amat mudah. Wahai Tuhan kami mudahkanlah sekalian kerja kami beserta
kesenangan bagi hati kami dan badan kami serta kesejahteraan dan afiat pada agama dan dunia kami.

Wahai Tuhan, kami telah mendengar penyeru-penyeru supaya heriman; maka kami telah percaya, oleh itu ampunilah dosa dosa kami, hapuskanlah kesalahan-kesalahan kami, matikan kami bersama orang-orang yang baik-baik, wahai Tuhan berilah apa yang telah Engkau janjikan melalui Rasul-Rasul Engkau dan janganlah Engkau hinakan kami di hari kiamat. sesungguhnya Engkau tidak pernah menyalahi janji,
Wahai Tuhan kami. kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri dan kepada Engkaulah kami rujuk berlaubat serta kepada Engkau jualah tempat kembali. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah bagi kami dan bagi saudara-saudara kami, ampunkanlah bagi kami dan bagi saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dan dendam terhadap orang yang beriman.
Wahai Tuhan kami, fiésungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan Maha Mengasihani.

doa1-5

Ya Allah, kami pohon kepada-Mu keselamatan pada agama,kesihatan pada badan, pertambahan pada ilmu, keberkatan pada rezeki, dapat bertaubat sebe/um mati, mendapat rahmat ketika mati dan mendapat keampunan selepas mati. Ya Allah permudahkanlah ke atas kami sakaratulmaut dan terlepas daripada api neraka dan mendapat keampunan ketika hisab.

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon keredaan Engkau dan syurga, dan kami berlindung dengan Engkau daripada kemurkaan dan api neraka.

doa1-2

Ya Allah kurniakanlah kesejahteran dan keselamatan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad sebagai rahmat yang dengannya menyelamatkan kami daripada segala ketakutan dan kerosakan, dan Engkau tunaikan bagi kami dengannyalsegala hajat, dan Engkau bersihkan kami dengannya daripada segala kejahatan, dan Engkau angkatkan kami dengannya di sisi Engkau setinggi-tinggi darjat, dan Engkau sampaikan kami dengannya segala kesudahan daripada segala kebaikan sama ada pada masa hidup dan sesudah mati, dan juga ke atas keluarganyai dun sahabatnya, dan selamatkanlah sebagai keselamatan yang banyak dengan rahmat-Mu wahai pengasih daripada segala yang pengasih penyayang.

Ya Allah ampunilah bagi kami dosa—dosa kami, dua ibu bapa kami dan kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka mendidik kami pada waktu kami kecil dan bagi sekalian orang Islam Ielaki dan perempuan dan bagi sekalian orang yang beriman lelaki dan perempuan sama ada yang masih hidup dalam kalangan mereka mahupun yang sudah mati.

doa1-3
Ya Allah ya Tuhan kami, terimalah daripada kami solat kami dengan sempurna dan ampunilah kami segala dosa kami sekaliannya dan janganlah Engkau menyeksa kami pada hari kiamat nanti, sesungguhnya Engkau amatlah berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon keredaan Engkau dan syurga, dan kami berlindung dengan Engkau daripada kemurkaan dan api neraka.

Ya Allah ampunilah bagi kami dosa—dosa kami, dua ibu bapa kami dan kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka mendidik kami pada waktu kami kecil dan bagi sekalian orang Islam Ielaki dan perempuan dan bagi sekalian orang yang beriman lelaki dan perempuan sama ada yang masih hidup dalam kalangan mereka mahupun yang sudah mati.

Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan sekiranya Engkau tidak mengampuni kami dan mengasihani kami, nescaya jadilah kami daripada golongan orang yang rugi.

Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau gelincirkan hati-hati kami sesudah Engkau berikan petunjuk kepada kami dan kurniakanlah bagi kami rahmat daripada-Mu, sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami, berilah kepada kami daripada isteri-isteri kami dan anak cucu kami pendingin pandangan mata dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertakwa.

doa1-6

Ya Allah, kami berlindung dengan-Mu daripada perasaan keluh kesah dan dukacita, dan kami berlindung dengan-Mu daripada sikap Iemah dan malas, dan kami berlindung dengan-Mu daripada sifat takut dan bakhil dan kami berlindung dengan-Mu daripada tekanan hutang dan kekerasan Ielaki.

Ya Allah ya Tuhan yang Maha Kaya, wahai Tuhan yang Maha Terpuji, wahai Tuhan yang Maha Pencipta, wahai Tuhan yang Maha Mengembalikan, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang, kayakanlah kami dengan perkara-perkara yang Engkau halalkan daripada yang Engkau haramkan dan dengan kelebihan atau kurniaan Engkau daripada mereka yang selain daripada Engkau.

Ya Allah Ya Tuhan kami, turunkan  rezeki kepada kami , dan sebelum kami mati kami sempat bertaubat, dan ketika kami mati kami mendapat kesyahidan, dan lepas kami mati kami mendapat syurga dan nikmat syurga.

Ya Allah, baguskanlah kesudahan segala urusan kami sekaliannya dan elakkanlah kami daripada kehinaan dunia dan azab akhirat.

doa1-8

Wahai Tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada azab api neraka.

Ya Allah, khatamkanlah bagi’ kami (matikanlah kami) dengan sebaik-baik kesudahan dan janganlah Engkau tamatkan kami dengan sehodoh-hodoh kesudahan.

Dan semoga Allah mengurniakan kesejahteraan dan keselamatan ke atas Penghulu Kami Nabi Muhammad, dan ke atas keluarganya dan para sahabatnya. Maha Suci Tuhanmu Tuhan yang empunya kemuliaan daripada apa yang mereka sifatkan, dan selamat sejahtera ke atas para rasul, dan segala pujian bagi Allah Tuhan (yang mentadbir) sekalian alam.

Doa Penutup

doapenutup1

Perkenankanlah! Perkenankanlah! Perkenankanlah wahai Tuhan (yang mentadbir) sekalian alam.
Wahai Tuhan kami, terimalah segala doa kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar Iagi Maha Mengetahui. Dan terimalah taubat kami wahai Tuhan, sesungguhnya Engkau penerima taubat Iagi Maha Penyayang.
Seruan mereka pada-Nya: ”Maha Suci Engkau ya AIlah” dan penghormatan mereka pada-Nya ialah selamat sejahtera dan akhir seruan mereka bahawa segala pujian itu adalah bagi Allah Tuhan (yang mentadbir) sekalian alam.
Semoga Allah menerima segala amalan kamu: Daripada kami dan juga daripada kamu terimalah ya (Allah) Yang Maha Mulia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *