SEBAB DOA TIDAK DIKABULKAN

Pernah orang bertanya Ibrahim Adham (seorang ahli tasauf yang masyhur) mengapa doa mereka tidak dikabulkan Allah pada hal mereka selalu berdoa.

Jawapan beliau, adalah seperti berikut:

  1. Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak tunaikan hakNya
  2. Kamu sangka bahawa kamu cinta kepada Rasulullah, tetapi kamu tinggal sunnahnya
  3. Kamu telah membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal denganya.
  4. Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah tetapi kamu tidak tunaikan syukurNya
  5. Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
  6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya
  7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya
  8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya
  9. Kamu bangun dari tidur lalu kamu menceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
  10. Kamu kuburkan mayat, tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *