doa akhir Ramadhan

Assalamualaikum…
*Doa Akhir Ramadan*

Ya Allah, jangan Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati2 kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa keampunan dosa2 kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan jejak2 ke syurga untuk kami.

Ya Allah, janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi sebelum Kau tutup rapat pintu azab dan neraka Mu daripada tergelinciran kaki kami.

Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dalam Ramadhan maupun selepas Ramadhan.

*Ya Allah, sebelum mentari akhir Ramadhan berlalu pergi, Kau ampunilah kami dan Kau terimalah taubat kami.*

Ya Allah, Kau sempatkanlah kami bertemu lagi dengan Ramadhan Al Mubarak yang akan datang.

Ya Allah, lindungilah semua anggota keluarga kami dari tipu daya dan fitnah dunia. Selamatkan setiap seorang dari kami dengan Iman dan taqwa.
Jadikan kami calon syurgaMu. Sempurnakan akhlak kami dan lindungi kami dari godaan syaitan dan hawa nafsu.

Ya Mujibbasailin.
Limpahilah kami dengan sifat2 kebaikan dan terpuji.
Jadikan kehidupan kami di dunia ini tenang dan penuh rahmah dan mawaddah.

_*Aamiin Ya Rabbal Alamiin.*_

doa

Assalamualaikum.

Malam ini, malam 27 Ramadhan..
Sudahkah kita membuat senarai doa?
Di bawah ini beberapa contoh doa yang boleh dimasukkan ke dalam senarai doa anda,, In shaa Allah:

1. Ya Allah kurniakanlah padaku kejayaan terbesar selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku ke dalam golongan orang yang beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan

3. Ya Allah kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkanlah aku mengucapkan Syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku Syafaat Rasulullah SAW

4. Ya Allah masukkanlah aku di dalam kalangan Rasulullah SAW, keluarganya baginda dan para sahabat di Syurga Firdaus

5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakanku yang bukan Islam dari neraka. Kurniakanlah mereka hidayah Islam

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu

7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku

8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkanlah pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahkanlah rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman

11. Ya Allah masukkan aku ke dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu

12. Oh Tuhanku! Tingkatkanlah keyakinan dan tawakkalku pada Mu. Janganlah ada keraguan dalam akidah dan kepercayaanku terhadap keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu

13. Ya Allah! Tingkatkanlah kecintaanku pada Mu dan Nabi Muhammad SAW

14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurniaan Rahmat dan Rezeki Mu

15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu

16. Ya Allah ya Rabb! Sucikanlah niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk-nunjuk dan mengungkit-ungkit nikmat

17. Oh Penciptaku dan Tuhanku! Jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku

18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku

19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka

21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah

22. Ya Allah, berkatilah hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku

23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini

24. Tuhanku, berkatilah hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, dan terbaik juga di akhirat nanti, seterusnya selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah!

25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan

27 Ya Allah, izinkan aku, isteri, dan ahli keluargaku menjadi antara jemaah menunaikan Haji dan Umrah sebelum kami dijemput olehMu..

28. Ya Allah lindungi kami dari iblis, syaitan dan jin. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka

29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil

30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripada Mu untuk mengurniakan bimbingan kepada belia, pemuda dan umat Islam seluruh dunia. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik

31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan Solat Subuh setiap hari

dan doakan untuk kami juga ya…

#cnp#