Sayyidul Istighfar

LAFAZ SAYYIDUL ISTIGHFAR : اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ ، خَلَقْتَنِى وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَىَّ ،وَأَبُوءُ بِذَنْبِى ، فَاغْفِرْ لِى ، فَإِنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلا أَنْتَ ، ALLAHUMMA ANTA RABBI LAA ILAAHA ILLA ANTA KHALAQTANI WA ANA ABDUKA WA ANA ALA ADHIKA WA WADIKA MASTATHA’TU A’UUDZU BIKA MIN SYARRI MAA SHANA’TU ABUU’U LAKA BINI’MATIKA ALAYYA WA ABUU’U BIDZANBI FAGHFIRLI FA INNAHU LAA YAGHFIRU ADZ DZUNUUBA ILLA ANTA Maksudnya : Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam gengganman-Mu dan di dalam perjanjian setia (beriman dan taat) kepada-Musekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau. WAKTU DIBACA : Selepas subuh dan selepas asar. KELEBIHAN SESIAPA YANG MENGAMALKANNYA : مَنْ قَالَهَا مِنَ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا ، فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ ، قَبْلَ أَنْ يُمْسِىَ ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ ، وَمَنْ قَالَهَا مِنَ اللَّيْلِ ، وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا ، فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ ) Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari ( pagi) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam ( petang ) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga. ( riwayat Imam al-Bukhari ).

Istighfar

15 Muharam 1438H (Hari Putih)

🌿Lets zikir for Sunday🌱

⛅ يا حي يا قيوم 🍃

<Sayyidul Istighfar>

Syaddad bin Aus radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ أَنْ تَقُولَ
Sayyidul Istighfar ialah engkau membaca:

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ ،
Ya Allah, engkau Tuhan ku, tiada yang layak disembah selain engkau.

خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ ،
Engkau telah menciptakan aku, dan aku hamba Mu.

وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ،
Aku berusaha untuk memenuhi sumpah dan janji ku semampu kemampuanku.

أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ،
Aku berlindung dengan Mu daripada kejahatan perbuatan ku.

أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ ،
Aku mengakui dengan segala nikmat Mu ke atas ku.

وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي
Aku mengakui kepada Mu tentang dosa ku.

فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
Ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa-dosa selain Engkau.

قَالَ : وَمَنْ قَالَهَا مِنَ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ قَبْلَ أَنْ يُمْسِيَ ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ ، .
Sesiapa yang membacanya pada waktu siang dengan penuh keyakinan, lalu dia meninggal pada hari itu sebelum masuknya malam, maka dia adalah ahli syurga.

وَمَنْ قَالَهَا مِنَ اللَّيْلِ وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ
Sesiapa yang membacanya pada waktu malam dengan penuh keyakinan, lalu dia meninggal sebelum masuknya waktu siang, maka dia adalah ahli syurga.

صحيح البخاري»كِتَاب الدَّعَوَاتِ»بَاب أَفْضَلِ الِاسْتِغْفَارِ
[Sahih al-Bukhari, Kitab Doa, Bab Kelebihan Istighfar, hadis no: 5858]

DO’A LEPAS SOLAT

DO’A  LEPAS SOLAT  DLL
=================
جوامع  الكوامل –
( فاليغ  لغكف ،  فاليغ سمفرنا )
رسول الله اجر كفد عاءشة

بسم  الله  الرحمن  الرحيم .

(( اللهم انى اساءلك من الخير كله
ALLAAHUMMA  INNI AS-ALUKA  MINAL  KHAIRI KULLIHI.
“Yaa  Allaah,  Yaa Tuhanku, Sesungguhnya aku memohon kepada Engkau daripada Kebaikan  semua- nya”.

عاجله  وءاجله ،
‘AAJILIHII  WA  AAJILIHII,
“Cepat  dan  Lambat”

ما  علمت  منه ، وما  لم  اعلم ،
MAA  ‘ALIMTU  MINHU, WAMAA  LAM  A’LAM.
“Apa  yang  aku  Tahu daripadanya  dan Apa Yang  aku  Tidak  Tahu”

واعوذ  بك  من  الشر  كله ،
WA  A’UUZU  BIKA MINA  SSYARRI  KULLIH,
“Aku  memohon Perlindungan  Engkau, daripada  Kejahatan semuanya”

عاجله  وءاجله ،
‘AAJILIHII  WA- AAJILIH,
“Cepat  dan  Lambat”

ما  علمت  منه  وما  لم  اعلم ،
MAA  ‘ALIMTU  MINHU, WAMAA  LAM  A’LAM,
“Apa  yang  aku  tahu daripadanya  dan  apa Yang  aku  tidak  tahu”

واساءلك  الجنة
WA  AS-ALUKAL  JANNAH,
“Aku  pohonkan   masuk Ke Syurga”

وما  يقرب  اليها ،
WAMAA  YUQORRIBU ILAIHAAN.
“Dan  apa  yang  membawa kepadanya”

من  قول ، وعمل ، ونية ، واعتقاد ،
MING  QAULING, WA ‘AMALING, WANIYYATING, WA’TIQAAD
“Daripada  Perkataan, Perbuatan/’Amalan, Niat  dan I’tiqaad  Kepercayaan”

واعوذ  بك  من النار ،
WA  A’UUZU  BIKA MINA  NNAARI,
“Aku  memohon Perlindungan  Engkau, daripada  Masuk ke Neraka””

وما  يقرب  اليها
WAMAA  YUQARRIBU ILAIHAA.
“Dan  apa  yang Membawa Kepadanya”

من  قول ، وعمل ، ونية ، واعتقاد .
MING  QAULING, WA  ‘AMALING, WA  NIYYATING, WA’TIQAAD.
“Daripada  Perkataan, Perbuatan / ‘Amalan, Niat  dan I’tiqaad  Kepercayaan”

واساءلك من خير  ما  ساءلك منه
WA  AS-ALUKA  MIN  KHAIRI MAA  SA-ALAKA  MINHU
“Aku  pohonkan  Kebaikan Yang  dipohonkan oleh”

عبدك  ورسولك محمد  ،
صلى  الله  عليه  وسلم .
‘ABDUKA,   WARASUULUKA MUHAMMADUNG  SAW.
“Hamba-Mu,  Rasul-Mu, Muhammad  SAW.”

واعوذ  بك من  شر
ما  استعاذك  منه ،
WA  A’UUZU  BIKA  MING SYARRI  MA  STA’AAZAKA MINHU
“Aku  memohon Perlindungan  Engkau Daripada  Kecelakaan yang  dipohonkan Perlindungan  oleh”

عبدك  ورسولك محمد
صلى الله عليه وسلم .
‘ABDUKA  WARASUULUKA MUHAMMADUNG  SAW.
“Hamba-Mu,  Rasul-Mu, Muhammad  SAW”

اللهم  وما قضيت علي من امر
ALLAAHUMMA  WAMAA QODHAITA  ‘ALAYYA MIN  AMRING,
“Yaa  Allaah,  Yaa  Tuhanku, Apa  yang  Engkau  telah tetapkan  keatasku sasuatu Perkara”

فاجعل  عاقبته  رشدا ))
FAJ’AL  ‘AAQIBATAHU RUSYDAA.
“Maka  Jadikanlah Akhirnya  SEBAGAI HIDAYAH”

KEGEMBIRAAN WAKTU SUBUH

“KEGEMBIRAAN WAKTU SUBUH – JANGAN TINGGALKAN 10 PERKARA”

Kita sebagai umat Rasulullah ﷺ diberi banyak keistimewaan dengan ganjaran pahala yang tidak diberikan kepada umat terdahulu…betapa besarnya rahmat dan kasih sayang Allah kepada kita.

Waktu subuh mempunyai ganjaran yang begitu besar jika seseorang itu mengetahui kelebihannya. Kita wajib mensyukuri dan akan ketahui akan nikmatnya ketika menutup mata, berada di Padang Mahsyar dan di hari Kiamat kelak.

JANGAN TINGGALKAN 10 PERKARA….

1. Solat sunat sebelum subuh (selepas fajar sadiq).
#Rasulullah ﷺ bersabda yang bermaksud:  “Dua rakaat fajar (solat sunat sebelum Subuh) lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (Riwayat Abu Daud, Muslim dan al-Nasa’i)

Malah disebabkan nilainya yang begitu tinggi, disunatkan mengqada solat sunat fajar itu sekiranya terlewat waktunya, sama ada setelah selesai solat Subuh atau setelah terbit matahari.

2. Ketika solat sunat fajar isi dengan bacaan surah. Saiyidina Umar ketika bertamu di rumah Rasulullah ﷺ “aku selalu mendengar Rasulullah ﷺ membaca surah al Kafirun (rakaat pertama) dan al-Ikhlas  (rakaat ke-2). Surah ini berkaitan dengan aqidah, maka hendaklah dipasakkan dalam diri agar dapat mengukuhkan keimanan kita.
Di samping itu, boleh juga baca surah al Insyirah dan al Fiil sebab ulama berkata “tidak akan terkena padanya yang menyakitinya hari itu.” Membaca kedua-dua surah tersebut sebagai pendinding di awal pagi.

3. Solat subuh (samada berjemaah atau tidak).
Rasulullah ﷺ bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang solat pada dua waktu yang dingin, maka dia akan masuk syurga.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ibn Hibban). Dua waktu yang dingin yang dimaksudkan dalam hadis itu ialah solat Subuh dan Asar.

4. Sesiapa yang solat Isyak berjemaah ( sekurangnya 2 orang) baginya pahala seumpama membangunkan ibadah separuh malam.

Diriwayatkan dari Uthman bin Affan r.anhu bahawasanya Nabi ﷺ bersabda:
“ Sesiapa yang solat Isyak secara berjemaah akan mendapat pahala seolah-olah bangun separuh malam dan sesiapa yang solat subuh berjemaah akan mendapat pahala bangun sepenuh malam.[ HR Imam Muslim]

5. Sesiapa yang solat Subuh berjemaah kemudian berdoa,
اللهم زقنا الإستقامة
“Allahumma zugna istiqamah”
Ya Allah rezekikan kami istiqamah

Umpama beribadah sepenuh malam mulai daripada waktu Maghrib hingga Subuh.

5. Selepas memberi salam solat Subuh,  jangan dirongkai kaki (duduk tawaruk) dan jangan bercakap lalu membaca zikir tersebut.
Rasulullah ﷺ bersabda, sesiapa yang membaca zikir berikut 10 kali sesudah solat Maghrib dan Subuh:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ
لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ بِيَدِهِ الْخَيْرُ
يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ.

Tiada Tuhan melainkan Allah yang tunggal tiada sekutu bagi-Nya,
Bagi-Nyalah kerajaan dan puji-pujian, ditangan-Nya kebaikan,
Yang menghidupkan dan mematikan serta Dia berkuasa membuat segala sesuatu.

Maka akan dicatat baginya ganjaran untuk setiap kali bacaan 10 pahala, dihapuskan 10 dosa, diangkat 10 darjatnya, di samping itu menjadi perlindungan dari syaitan.

6. Jangan tinggalkan membaca:

اَللّهُمَّ اَجِرْنَا مِنَ النَّارِ (×7)

Siapa yang selesai solat Subuh dan Maghrib lalu membaca “Allahumma ajirna minannar (Ya Allah, lindungilah kami dari api neraka)” 7 kali, jika meninggal pada malam itu nescaya Allah menulis baginya perlindungan dari api neraka.” (HR Nasa’i dan Abu Dawud dari al Harist bin Muslim)

Dengan membaca doa ini, api neraka akan berkata kepada Allah, “Ya Allah, jauhilah orang itu daripada aku Ya Allah.”

7. Sebelum ke masjid/surau, selepas solat sunat Subuh, rebahkan badan di rusuk sebelah kanan lalu baca doa “Allahumma robba Jibril wa robba Mikail wa robba Israfil wa robba Muhammad, ajirna minnar ”

اللَّهُمَّ رَبَّ جَبْرَائِيلَ وَمِيكَائِيلَ وَإِسْرَافِيلَ …اَجِرْنَا مِنَ النَّارِ

“Ya Allah, Rabb Jibril, Mikail, Israfil dan Muhammad, lindungilah kami dari api neraka.”
**Perbuatan merebahkan badan sebagai 1. Sunnah Nabi 2. Kedudukan badan dalam kubur 3.  Kedudukan jantung 4. Menunjukkan betapa lemahnya kita –

tidak mampu melakukan apapun tanpa kekuatan dari Allah.

8. Jangan lupa bawa dan masukkan duit dalam tabung masjid/surau. Jika tidak sempat sediakan “Tabung Subuh” di rumah, dikumpulkan setiap hari dan disedekahkan kepada masjid/surau.
Dari Abu Hurairah, dia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,

مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلاَّ مَلَكَانِ يَنْزِلاَنِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا ، وَيَقُولُ الآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا

“Ketika hamba berada di setiap pagi, ada dua malaikat yang turun dan berdoa, “Ya Allah berikanlah ganti pada orang yang suka berinfak.” Malaikat yang kedua berdoa, “Ya Allah, berikanlah kebinasaan bagi yang enggan bersedekah (memberi nafkah).” (HR. Bukhari dan Muslim)

9. Jangan tinggal selepas solat Subuh membaca zikir ini dengan ucapan “Subhanallahi wa bihamdihi ‘adada khalqihi, wa ridhoka nafsihi, wa ziinata ‘Arsyihi, wa midada kalimatihi ” (HR Muslim).
Maknanya: Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya sebanyak bilangan makhlukNya, dan sebesar redha diriNya, dan seberat ‘Arasy-Nya,dan sebanyak hitungan kalimatNya).’ (HR Muslim)

10. Baca ” …innama sana’uu kaidu saahir wa ka yuflihus saahiru haithu ataa”
Surah Taha: 69

وَأَلْقِ مَا فِي يَمِينِكَ تَلْقَفْ مَا صَنَعُوا
إِنَّمَا صَنَعُوا كَيْدُ سَاحِرٍ وَلَا يُفْلِحُ السَّاحِرُ حَيْثُ أَتَىٰ

“Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana ….sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada”.

Semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang memuliakan waktu Subuh.

JADUAL KEHIDUPAN HARIAN

JADUAL KHIDUPAN HARIAN YG DISUSUN USTAZ ISMAIL KAMUS

1. bangun malam ( sekitar jam 3 pg) – mandi dan ambil wuduk

2. solat sunat wuduk.

3. solat sunat taubat.

4. solat sunat tahajjud ( 8 rakaat).

5. solat sunat hajat ( mintak Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita mintak ).

6. solat sunat witir 3 rakaat.

7. istighfr 100x

8. tahlil 300x

9. لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ. 40x

10. tasbih 40x

11. solat sunat fajar.

12. solat subuh.

13. baca yaassin lepas subuh.

14. solat sunat dhuha 6 rakaat.

15. Solat Zohor. – solat sunat sebelum – solat sunat selepas

16.Solat Asar – solat sunat sebelum

17. Solat maghrib – solat sunat selepas

18. Solat Isya’ – solat sunat sebelum – solat sunat selepas

19. Sebelum tidur baca : – al-quran – surah Al-mulk – surah sajjadah – surah al-waqiah

20.setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit. “Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat.”

[ustaz Ismail Kamus]