Month: July 2020
Memohon Syurga dan Keselamatan dari Neraka
100 doa sahih dari Al Quran dan Hadis
Doa Ketika Keletihan
Doa-doa untuk rawatan ketika keletihan, sambil meletakkan tangan pada tempat yang sakit bacalah:
- Surah Al Fatihah 1 X
- Ayat Kursi 1 X
- Selawat Syifa’ 7 X
- Baca doa dibawah 7 X
5 Doa Ini Amalan Dari Rasulullah Cepat Sembuh Dari Penyakit
Berikut beberapa doa cepat sembuh, semoga yang sakit cepat disembuhkan atas izin allah swt :
- Al Fatihah
2. Doa Sembuh Dari Penyakit Nabi Ayub Ketika Isterinya Sedang Sakit
Dan baginda Nabi Muhammad Saw juga membacakan doa ini untuk kesembuhan keluarganya dengan mengusapkan tangan kanan beliau sambil berdoa :
Ertinya : “Ya Allah, Tuhan manusia, lenyapkanlah segala penyakit, sembuhkanlah, Engkau Tuhan yang menyembuhkan, tiada kesembuhan kecuali kesembuhan-mu, iaitu kesembuhan yang tidak meninggalkan satu penyakitpun (HR. Bukhari dan Muslim).”
3. Doa cepat sembuh Rasulullah ketika menziarah keluarga yang sedang sakit tenat
Dalam hadist Riwayat ( HR. Bukhari dan muslim ), Aisyah R.A berkata bahwa Rasulullah SAW pada suatu ketika berziarah kepada seorang keluarga yang sedang sakit keras. Beliau kemudian mengusapkan tangan kanannya pada kepala keluarga yang sakit tersebut sembil melafalkan :
4. Doa cepat sembuh Rasulullah ketika melawat orang sakit
Dalam Hadist Riwayat Abu Dawud, Attimidzi, dan Alhakim disebutkan bahawa Ibnu Abbas R.A pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda bahwa barang siapa yang melawat orang sakit sebelum tiba ajal baginya, Bacakanlah doa ini sebanyak 7 kali, Supaya Allah menyembuhkan ia dai penyakit tersebut. doa cepat sembuh yang di maksud :
Bacaan: “Asalullahal adhim, robbal Arsyil adhim an-yasyfiyaka wa yusfika”
Ertinya: “Aku mohon kepada Allah yang Maha Agung, Tuhan yang mempunyai arasy yang besar, semoga Allah menyembuhkan engkau.”
5. Doa cepat sembuh untuk orang sakit dan ketika sakit
Banyak doa cepat sembuh yang diajarkan Rasulullah kepada kita untuk orang yang melawat mahupun untuk orang yang sedang sakit.
Rasulullah juga mencontohkan kepada kita bagaimana orang yang sedang sakit untuk berdoa demi kebaikan dan kesembuhan dirinya sendiri, dengan cara meletakkan tangan kanannya pada bahagian tubuh yang sedang sakit sambil berdoa
Bacaan: “Bismillah A’uudzu Bi’izzatillahi wa Qurdratihi Min Syarri Maa Ajidu wa Uhaadziru”.
Ertinya: “Dengan menyebut nama Allah, aku berlindung dengan keperkasaan Allah dan kekuasaan-Nya, dari kejelekan yang aku rasakan dan yang aku khawatirkan”.
6. Doa cepat sembuh untuk orang yang sakit parah
Jika anda mahu atau sedang melawat orang yang sakit parah, Sehingga doktor berpendapat bahawa ini sudah sulit untuk disembuhkan lagi, lebih baik kita mendoakan orang tersebut dengan doa seperti :
7. Doa cepat sembuh dengan selawat Tibbil Qulub
Kita juga dapat mengamalkan selawat tibbil qulub agar kita selalu di jaga dari kesihatan, selawat yang memang mengandungi ringkasan untuk dijadikan pengubatan untuk kita . Dibaca 10 kali sambil sentuh bahagian tubuh yang sakit :
Bacaan: “Allahumma Shalli ‘alaa Sayyidina Muhammadin Tibbil Quluubi Wadawaaiha Wa’aafiyatil Abdaani Wasyifaaihaa Wanuuril Abshaari Wadiyaaihaa wa’alaa aalihi washohbihi wabaarik wasallim”
Ertinya : “Ya Allah curahkanlah rahmat kepada junjungan kita nabi Muhammad Saw, sebagai ubat hati dan penyembuhan, Penyihat badan dann kesembuhannya dan sebagai penyinar penglihatan mata beserta cahayanya di dalam jasmani mahupun rohani, semoga selawat dan salam tercurahkan pula kepada keluarga serta para sahabat-sahabatnya”.
Bacaan dan amalan yang ada di atas anda boleh praktikkan ketika anda sedang sakit atau sedang melawat orang sakit.
Insya allah dengan bertawakal dan berikhtiar kepada Allah Swt dan atas izin-Nya penyakit yang sedang diderita boleh di sembuhkan, kerana sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mampu menyembuhkan segala penyakit.
Jangan pernah sesekali anda berputus asa, mengeluh menghadapi suatu penyakit atau masalah. Anggaplah musibah yang sedang di rasakan bentuk ujian Allah kepada kita untuk menjadikan kita lebih beriman dan bertaqwa kepada Allah swt. Semoga bermanfaat untuk kita semua dan lebih mendekatkan diri kepada yang menciptakan kita Allah swt. Aminn!
Doa sendiri mengobati anggota yang sakit.
- ulang 7 x sambil meletakkan tapak tangan di tempat yang sakit
Doa Darah Tinggi
Doa-doa untuk rawatan darah tinggi , yang di baca adalah:
- Surah Al Fatihah 1 X
- Ayat Kursi 1 X
- Selawat Syifa’ 7 X
- Baca doa dibawah 7 X
Ya Allah , kasihanilah kulitnya yang lembut, tulangnya yang halus dan uratnya yang sempit daripada panas. Wahai Ummi Wildan, jikalau engkau sesungguhnya beriman kepada Allah yang agung maka janganlah kau sakiti kepala, janganlah engkau pahitkan mulut Dan janganlah kau minum darah. Berpindahlah daripadanya kepada orang yang menyekutukan Allah dengan tuhan yang lain
Doa Kencing Manis
Doa-doa untuk rawatan kencing manis, bacaannya adalah:
- Surah Al Fatihah 1 X
- Ayat Kursi 1 X
- Selawat Syifa’ 7 X
- Baca doa dibawah 7 X
Sumber : Ubat, Doa dan Penyembuhan serta khasiat Surah-surah Al-Quran oleh Ustaz Sarhan Safie
Doa Rihul Ahmar
MAKSUD DOA RIHUL ANGIN AHMAR
Dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. DenganNya kami mohon pertolongan, dengan nama Allah, bersama Allah, dari Allah, kepada Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar, Maha Mulia, Maha Agung, yang aku takut dan bimbang terhadapNya. Allah Maha Besar dengan segala kebesaranNya, segala pujian bagi Allah sebanyak-banyak pujian, Maha Suci Allah setiap pagi dan petang. Dengan nama Allah yang menyembuhkan, dengan nama Allah yang mencukupkan, dengan nama Allah yang menyihatkan, dengan nama Allah yang tiada apa jua dibumi dan dilangit berkuasa memudaratkan, Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan sebahagian dari Al-Quran menjadi penawar dan rahmat untuk orang-orang mukmin.
Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan. Aku berlindung denganMu dari kejahatan yang telah Engkau takdirkan. Allah Maha Besar 3x. Aku berlindung dengan Allah, Rabbku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta rupabentukku dan Pemberi rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah dari sekalian kebinasaan, segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala jangkitan, kemalasan, kemunduran dan kebinasaan. Ya Allah, lindungilah penanggung (pengguna) surat ini dengan nama-namaMu yang Maha Agung dan sifat-sifatMu yang sempurna, wahai Pemilik kebesaran dan kekayaan, wahai Pemiliki kerajaan dan sekelian alam malakut, wahai Pemilik keagungan dan sekelian alam jabarut (jinn)!!!
Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai Pencipta segala langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung bagi mereka yang penuh-sesal (akan dosa-dosa mereka), wahai Pengasih terhadap orang-orang miskin, wahai Pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Pembelas-kasih dan ehsan, wahai Tuhan yang penuh kasih sayang, wahai Tuhan yang banyak pemberian,wahai Tuhan yang Maha Gagah dan tiada sesiapapun yang mampu mengalahkanNya, wahai Pelindung yang tidak memerlukan perlindungan, akuberlindung denganMu dari azab badan dan kesempitan, aku berlindung denganMu dari Rihul Ahmar, penyakit kronik yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan daging, tulang dan kulit, urat dan urat saraf. Maha Suci Engkau yang apabila menghendaki sesuatu Engkau hanya mengatakan “Jadilah! makajadilah ia”. Allah Maha Besar 3x.
Wahai Yang menjadikan, wahai Yang membuat kebajikan, wahai Yang memberi pertolongan, wahai Yang Maha Gagah, wahai Yang Maha Adil, wahai Yang Berdiri dengan keadilan, wahai Yang mendengar tangisan orang-orang yang meminta pertolongan. Wahai Yang memulakan (dari tiada kepada ada), wahai Yang mengembalikan, wahai Yang menolak, wahai Yang Mencukupkan, wahai Yang menyembuhkan, wahai Yang meng’afiatkan, wahai Yang memberi pertolongan terhadap orang yang memohon pertolongan, wahai Yang menerima kesyukuran, wahai Yang banyak memberi balasan atas kesyukuran, wahai Yang Maha Kasih Sayang, wahai Yang Maha Belas Kasihan, wahai Yang memberi pertolongan, wahai Yang Maha Berkuasa, wahai Yang Maha Gagah, wahai Yang Penuh Berkuasa, wahai Yang Maha Agung, wahai Yang mendahulukan, wahai Yang mengemudiankan, wahai Yang hidup, wahai Yang berdiri dengan sendiriNya,wahai Yang membalas mereka dengan balasan ke atas apa yang mereka usahakan, wahai Yang memerintahku, wahai Yang memilikiku, wahai Yang memberi perlindungan, wahai Yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan dan kami dedahkan, wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Pemerintah sekalian orang-orang yang beriman, wahai Pembantu orang-orang yang dhaif dan miskin, wahai Yang Mencukupi keperluan orang-orang yang bertawakkal, wahai Yang mendatangkan malam ke atas siang dan siang ke atas malam, wahai Yang Gagah (mengalahkan) setiap syaitan yang sangat durhaka, wahai Yang mengalahkan setiap orang yang sombong lagi degil, wahai Sebaik-baik Pemerintah, wahai Sebaik-baik memberi pertolongan, wahai Pemberi rezeki anak-anak yang kecil, wahai Yang Maha Pengasih terhadap orang tua-renta, wahai Pemerintah orang-orang yang beriman, wahai Tuhan bagi orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian, wahai Pengasih kepada orang-orang yang bertaubat, wahai Pengasih dari kalangan yang mengasihi, wahai Sebaik-baik pengampun dari yang mengampuni, wahai Sebaik-baik pewaris, wahai Sebaik-baik Pemberi Keputusan, wahai Pemerintah pada Hari Pembalasan!!!
Ya Allah, hanya Engkau yang aku sembah, hanya pada Engkau aku memohon pertolongan, padaMu aku bertawakkal, padaMu aku gemar dengan apa yang ada di sisiMu, padaMu aku berharap dan hanya Engkau yang aku takuti. Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan hidup dan penyakit-penyakit, segala kesakitan, kesusahan dan darah hitam.Ya Allah, peliharalah aku dari penyakit yang merbahaya, dari Rihul Ahmar, penyakit darah kuning, segala kebinasaan, segala maksiat dan ketidak-sedaran, kerunsingan, kesedihan, dukacita dan terpenjara. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas, binatang yang melata, serta permusuhan (benci membenci) orang awam, dan dari kekalahan dan kejahatan syaitan dan raja, kemarau, kemahalan barang keperluan, gempabumi, bala bencana, keruntuhan bangunan, dan serangan musuh. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang jahat, tipudaya orang-orang yang melampau, dari sesuatu yang menyelinap silih berganti oleh malam dan siang melainkan yang datang adalah dengan baik, wahai Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan setiap kejadian yang Engkaulah pemegang ubun-ubunnya, sesungguhnya Tuhanku di jalan yang tegak dan lurus. Engkau Tuhanku, pada Engkau jua aku bertawakkal, Engkaulah yang Mencukupkan aku, sebaik-baik Wakil, sebaik-baik Pemerintah, dan sebaik-baik Pemberi Pertolongan. Tiada daya upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Cukuplah kami oleh Allah, sebaik-baik yang mewakili sebagai Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Allah yang mencukupkan, Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi a’fiat. Dan selawat Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan para sahabatnya, selamat sejahtera, dan segala pujian bagi Allah Pemerintah Semesta Alamraya. Amin!!
Sumber : Ubat, Doa dan Penyembuhan serta khasiat Surah-surah Al-Quran oleh Ustaz Sarhan Safie
Doa Lumpuh
Doa-doa untuk rawatan lumpuh, bacaannya adalah
- Surah Al Fatihah 1 X
- Ayat Kursi 1 X
- Selawat Syifa’ 7 X
- Selawat Tafrijiyyah 7 X
- Baca doa dibawah 7 X
- Surah Al Anbiyaa’ : 30
- Doa Rihul Ahmar
Ayat Kursi
Selawat Syifa’
Selawat Tafrijiyyah
Surah Al Anbiyaa’ : 30
Doa Rihul Ahmar
Surah At-Talaq – Ayat Seribu Dinar
Surah Hud 119
Tiuplah pada air dengan sehalus jarum. Niatkan supayamenjadi penawar kepada si pesakit yang menghadapi dugaan tersebut. Berbisiklah pada air supaya menjadi ubat kepada pesakit dengan rahmat Allah SWT.
Berilah minum pada pesakit. Mintalah supaya pesakit membaca Al-Fatihah, Ayatul Kursi dan selawat sebelum meminum air tersebut. lakukan solat hajat dan berdoalah semoga perpeluang sembuh.
Sumber : Ubat, Doa dan Penyembuhan serta khasiat Surah-surah Al-Quran oleh Ustaz Sarhan Safie