Doa Merawat Tekanan Darah Tinggi

Berikut kami kongsikan doa merawat tekanan darah tinggi yang kami amalkan pada setiap masa terutama sekali selepas menunaikan solat lima waktu ( fardu ).

Letak tangan kanan pada dada disebelah kiri dan bacalah kedua-dua doa ini. Amalkan selalu, insyaAllah mendapat kesembuhan dari Allah SWT.

  1. Baca surah Al – Fatihah – 1 kali . 

2. Baca Ayat Qursi – 1 kali

3. Baca surah Al – Hasyr – 1 kali – ayat 21 – 24 .

4. Selawat syifa – 7 kali . 

5. Doa merawat tekanan darah tinggi – 7 kali

6. Surah Yunus Ayat 57

Maksudnya:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.”

7. Surah Fussilat Ayat 44

Maksudnya:
“Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab? Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar) dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata).” (Surah Fushillat: Ayat 44)

1 – Surah Al – Fatihah.

Terjemahan surah di atas : Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (١)Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. (2) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (3) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). (4) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (5) Tunjukilah kami jalan yang lurus. (6) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, Bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (7)


2 – Surah Al – Hasyr – ayat 21 – 24 .

Terjemahan surah di atas : Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. (21) Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (22) Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya. (23) Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. / (24)

CARA MENGURUT

Pengalaman dan amalan Hj. Idris dapat mengekalkan tekanan darah 120/80 pada umurnya 61 tahun.
Apa yang diamalkan oleh beliau ialah mengurut urat belakang tengkok dan dada kiri sebanyak 20 atau lebih sebelum mandi pagi , tengahari atau petang , tiap-tiap hari.

Caranya ialah, mula-mula urut belakang tengkok dengan dua ibu jari kanan dan kiri dari arah atas turun ke bawah sebanyak 20 kali.

Kemudian menggunakan ibu jari kanan , urut bahagian dada kiri bermula dari atas bahagian collar bone turun ke bawah dada 20 kali atau lebih. Apabila selesai kedua-dua urutan barulah boleh mengenakan air pada badan untuk mandi.

Untuk mudah memahami cara meletakkan ibu jari dan tempat bahagian belakang tengkok dan dada kiri , sila klik url video di bawah ini , yang didemontrasikan oleh Hj Idris sendiri

Surah.

  • Surah Al-Ambiyaa’ ms 322,
  • Surah Al-Qasas ms 385,
  • Surah Hud ms 221 dan
  • Surah Kahfi ms 293

Ayat Ruqyah bagi Merawat Sakit Darah Tinggi

  1. Baca surah Al – Fatihah – 1 kali . 
  2. Baca Surah Al Ikhlas – 7 kali
  3. Baca Surah An Nas – 7 kali
  4. Baca Surah Al Falaq – 7 kali
  5. Baca Ayat Qursi – 7 kali
  6. Baca surah Al – Hasyr – ayat 21 – 24 . – 7 kali
  7. Selawat syifa – 7 kali . 
  8. Doa merawat tekanan darah tinggi – 7 kali

Urutan berdoa

Urutan Dalam Berdoa

Semua orang pasti ingin dikabulkan semua keinginan dan hajat terbaik nya. Namun, tahukah kamu, ada proses susunan yang harus di lalui dalam permohonan doa kita kepada Allah SWT.
Berikut saya rangkumkan urutan dalam Berdoa.
.

  1. Dimulai dengan Memuji Allah dan Rasul.
  2. Memohon agar kelak kita dimasukkan ke dalam Syurga dan dijauhkan dari Neraka.
  3. Jangan lelah untuk meminta kepada Allah Husnul Khatimah dan Istiqomah.
  4. Selalu mohon ampun untuk dosa kita dan juga orang tua.
  5. Mohon selalu kepada Allah agar di berilah petunjuk yang lurus dan hidayah terus menerus.
  6. Memohon untuk dijauhkan dari segala macam fitnah dunia.
  7. Berdoa agar Allah permudahkan segala masalah yang kita hadapi.
  8. Berdoa bebas silakan kita boleh sampaikan hajat terbaik kita.

Kredit : Ju Wan

Doa bila terjaga malam

  لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ. سُبْحَانَ اللهِ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ ، وَلاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ, رَبِّ اغْفِرْ لِيْ

Tiada Tuhan yang haq selain Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya kerajaan dan pujian. Dia-lah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang haq selain Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung’. ‘Wahai, Tuhanku! Ampunilah dosaku’. [2]

Bila Terjaga Di Malam Hari Bacalah Doa Ini, In Sha Allah Termakbul Segala Hajat

Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa ketika seseorang itu terjaga dari tidur pada malam hari jika ia berdoa maka akan dikabulkan doanya dan jika bangun kemudian solat maka solatnya akan diterima oleh Allah taala.

Pada malam hari ketika tengah tidur, kita mungkin pernah tiba-tiba terjaga dari tidur di tengah malam. Sebenarnya pada ketika itu ada zikir dan doa khusus yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w untuk kita baca.

Hal ini dijelaskan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari berikut ini.

Dari ‘Ubadah bin Shamit Radhiallahu’anhu, dari Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam beliau bersabda:

“Barangsiapa yang terjaga di malam hari, kemudian dia membaca:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، اَلْحَمْدُ لِلَّهِ، وَسُبْحَانَ اللَّهِ، وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ

Laa ilaaha illallaah, wahdahu laa syariikalah, lahul mulku wa lahul hamd, wa huwa ‘alaa kulli syai-in qodiir, alhamdulillaah, wa subhaanallaah, wa laa ilaaha illallaah, wallaahu akbar, wa laa haula wa laa quwwata illaa billaah.

Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya.
BagiNya kerajaan dan pujian. Dia-lah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Segala Puji bagi Allah, Maha Suci Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.

Kemudian dia mengucapkan:

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي

Allaahummaghfir lii.

Ya Allah, ampunilah dosaku.

Atau dia berdoa (dengan doa yang lain), maka akan dikabulkan doanya, jika dia berwudhu dan melaksanakan shalat maka akan diterima shalatnya.” HR. al-Bukhari 1103, Abu Dawud 5060, at-Tirmidzi 3414 dan Ibnu Majah 3878, shahih.

Imam Ibnu Baththal Rahimahullah berkata, “Bagi orang sampai kepadanya hadits ini, sepantasnya dia berusaha mengamalkannya dan mengikhlaskan niatnya (ketika mengamalkannya) untuk Allah Ta’ala.”
(dinukil oleh Imam Ibnu Hajar Rahimahullah dalam kitab Fathul Baari 3/41).

Jadual harian

Rahsia Surah Yassin Ayat ke-58

“Rahsia Surah Yassin Ayat ke-58”

Barang siapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut ‘SALAAMUN QAULAM MIR RABBIR RAHIM’

diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik, In shaa Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajat kita akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:
1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri, suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku…..
Aamiin Ya Allah.

Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda seramai orang yang boleh atau lebih, tiada kerugian bahkan digalakkan.

Ikhlaskanlah hatimu dalam menyampaikan dakwah ini kerana Allah. Dunia adalah pentas, akhirat jua lah tempatnya yang sebenar.

Jangan lupa share dan like.

Alhamdulillah