Amalan Harian

Amalan Harian Yang Perlu Dijaga Secara Istiqamah:

1. Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh- Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yang terdahulu. Jangan ditinggalkan.

2. Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga zikir shj mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan minuman.

3. Kemudian bacalah surah Yasin- Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.

4. Kemudian selepas 26 min naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat- Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu.

5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20 minit selapas Isyraq (di antara jam 8-12 tghari). Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan orang-orang yg lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki.

6. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman- Nabi SAW bersabda: “Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak.

7. Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}

8. Kemudian baca Surah An-Naba’ – Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”

9. Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin-Allah janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya.

10. Kemudian bacalah surah Al-Waqiah-Allah janji sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan menemuinya.

11. Selepas Isya’ bacalah surah Al-Mulk-Allah janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.

12. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis. Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan

13. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.

14. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kpd Allah diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.

15. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah(muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.

16. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’. Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalh perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.

17. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh- Allah janji ‘cahaya’ di hari kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.’

18. Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa jua kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah ‘Lailahailallah’ sebagai amalan tetap dan berkekalan.

19. Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat, mintalah keizinan daripada suami-suami kamu.

20. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’. Sabda Nabi SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar.

21. Tatkala Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan mengeraskan hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati.

22. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga, lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.

Amalkan sedikit demi sedikit yg mana mampu. Semoga kita dpt amal dan sampaikan. Amin!!! Wallahua’lam

 

Doa Hari Selasa

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ُِDoa pagi Selasa

doa1-1
doa1-2
selsyifa
This image has an empty alt attribute; its file name is selawattafrijiyyah.jpg

Ya Allah Ya Tuhan kami, kuatkanlah iman kami, tunjukkanlah jalan kepada kami untuk mendapatkan hidayah Mu. Mudah-mudahan kami menjadi insan yang taat kepada perintah Mu.

Ya الله berilah kami rahmat Mu Ya الله , letakkan kami dalam perlindungan Mu Ya الله dan hindarlah kami dari azab api neraka.

Ya Allah berilah kami kebahagiaan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat dan lindungilah semua insan yang kami sayangi.

Ya Allah berilah kami hati yang tenang, fikiran yang jerneh dan kuatkanlah kami dengan hati yang sabar.

Ya Allah الله anugerahkanlah kami taufiq dan hidayah Mu dan berilah kami kekuatan dan keupayaan untuk memelihara kehendak-kehendak agama, memelihara hak keistimewaan umatnya, menegakkan keadilan dalam undang-undang dan berpegang kepada keindahan Islam.

Ya الله, Engkau muliakanlah kami dan ampunlah segala salah dan silap kami.

Ya الله perkukuhkanlah iman kami dan terimalah segala amal kami yang tidak seberapa ini.

Ya الله sesungguhnya tiada daya upaya kami melainkan atas ketentuanMu.

Ya الله masukkan kami dalam golongan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat, bukannya orang-orang yang dimurkai dan bukan orang-orang sesat.

Ya الله tambahkanlah kepada kami ilmu, iman dan amal.

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami pada hari ini dan bukakanlah pintu-pintu rezeki dan segala pintu kebaikan buat kami semua.

Ya الله kami memohon kepada-Mu Ya Allah, berilah kepada kami rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Ya الله peringatkan kami apa yang kami lupa.

Ya الله sebagaimana Engkau telah cantikan rupa kami, maka cantikkanlah juga akhlak dan iman kami.

Ya الله kami memohon Ya الله , kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله .

Ya الله haramkan wajah ibu dan bapa kami dari disambar oleh api neraka dan kurniakan buat mereka syurga tanpa hisab. ََ

Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Ya Allah, bagi mereka yang telah kembali kepadaMu, kurniakanlah kepada mereka nikmat Syurga Mu semasa mereka di Alam Barzah.

Ya Allah kami memohon kepada Mu hati yang bersih dan lidah yang jujur.

Ya Allah kami memohon kepada Mu kebajikan yang Engkau ketahui dan berlindung kepada Mu dari kejahatan yang Engkau ketahui. Sesungguhnya Engkau mengetahui benda-benda yang ghaib.

Ya Allah Engkau yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami diatas agama Mu.

Ya Allah Engkau yang mengubah-ubah hati, ubahlah hati kami kepada ketaatan kami kepada Mu..

Ya Allah lembutkanlah tutur kata kami, bataskanlah dengan kemuliaan dan pemikiran yang waras, baikkanlah akhlak kami, indahkanlah pekerti kami, berilah kesabaran di setiap langkah kami dan Nur diwajah kami.

Ya Allah bersihkanlah hati kami dengan kasih sayang dan berilah kami sifat bersyukur dalam kami menjalani kehidupan hari ini.

Ya Allah jauhkanlah kami dari perasaan ‘ujub dan janganlah jadikan semua amalan kami sia-sia.

Ya Allah jadikanlah kami agen perubah kepada orang-orang Islam, agar kami meningkat maju dan kehadapan sehingga kami mencapai kemenangan keatas orang kafir.

Ya Allah bantulah kami, bimbinglah serta jadikanlah kami sebaik-baik manusia.

Ya Allah, tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan yang telah Engkau kurniakan kepada umat Islam yang telah menikmatinya, bukan sebagaimana orang yang Engkau murkai dan bukan juga orang yang sesat.

Ya Allah hindarilah kami daripada sebarang kesusahan, sejahterakanlah kami daripada segala yang boleh memudharatkan, peliharalah kami daripada segala buruk lagi keji dan tunaikanlah segala yang diharap dan dihajati.

Ya Allah harmonikanlah antara kami hingga kami sentiasa dalam keamanan dan keselamatan.

Ya Allah bebaskanlah kami dari segala kepayahan dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Merahmati segala yang penyayang.

Ya Allah jadikanlah kami kaum yang dihindarkan dari segala bala, halanglah kami daripada sebarang pencerobohan, bantulah kami menewaskan segala musuh dan orang yang dengki.

Ya Allah zahirkanlah kemarahanMu dan kemurkaanMu kepada orang yang melampau dan yang melakukan kerosakkan.

Ya Allah awasilah kami dengan penglihatanMu yang tidak pernah lena dan perlindungilah kami dengan bentengMu yang tidak pernah luput.Q

Ya Allah, hidupkan kami dalam Islam dan matikanlah kami dalam Iman. Ya Allah perlindungilah kami dari bisikan dan tipu helah syaitan.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ُِSalam pagi Sabtu
17 Nov 2018.

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْ

Ya Allah kurniakanlah kami kemampuan untuk beribadah dan solat di dalamnya, kurniakan kami didalamnya kesungguhan, semangat, kekuatan dan sikap rajin. Lalu lindungilah kami didalamnya dari berbagai fitnah.

Ya Allah terimalah amalan kami yang sedikit ini. Kami mengharapkan redhaMu Ya Allah.

Ya Allah sucikanlah diri kami dari segala nista dan perbuatan keji. Berilah kami kesabaran atas apa yang telah Engkau tetapkan.

Ya Allah anugerahkanlah kepada kami ketakwaan dan persahabatan dengan orang-orang yang baik dengan pertolongan-Mu.

Ya Allah ampunkanlah dosa dosa kami, berkatilah kami, rahmatilah kami, beri lah kami hidayahMu agar kami sentiasa dekat dengan Mu Ya Allah

Ya Allah jangan kami remehkan amalan yang pahalanya kecil kerana mungkin itulah yang mengundang redha Allah. Begitu juga Ya Allah janganlah kami memandang ringan dosa kecil kerana dibimbangi disitulah menjadi punca kemurkaan Mu Ya Allah.

Ya Allah, didiklah kami untuk sabar dalam meniti liku-liku hidup ini, tetapkanlah hati kami dalam agama Mu, kurniakanlah kepada kami rahmat dan kasih Mu, berilah kami hati yang tenang dan permudahkanlah perjalanan hidup kami.

Ya Allah Engkau tunjukkanlah kami kearah kebaikan, pertingkatkan iman kami agar amalan hidup kami sihat dari segi rohani dan jasmani serta menjadi contoh ikutan generasi akan datang.

Ya Allah, limpahkan dan lipat-gandakanlah rezki kami dengan rezeki yang halal.

Ya Allah, mudahkanlah semua urusan kami, jauhkanlah dari kami kesulitan apapun Ya Allah, kabulkan dan perkenankanlah doa kami.

Ya Allah janganlah Engkau sibukkan diri kami dan lalaikan kami dengan dunia dan segala isinya sehinggakan kami melupakan dosa dan kesalahan kami kepada Mu Ya Allah.

Ya Allah, sucikanlah hati kami dan lembutkan hati kami agar kami senang menerima teguran dan ilmu.

Ya Allah ringankanlah diri ini untuk memperbanyakkan ibadah kami kepadamu Ya Allah.
َ
َ Ya الله kami memohon Ya الله, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله . َ

Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 dan zuriat kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami, jiran2 kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله .

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

Doa Hari Rabu

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ُِSalam Pagi Rabu

doa1-1
doa1-2
selsyifa
This image has an empty alt attribute; its file name is selawattafrijiyyah.jpg

Ya Allah ampunkanlah dosa dosa kami, samada yang kami sedari atau tidak, berkatilah kami, rahmatilah kami, berilah kami hidayahMu agar kami sentiasa dekat dengan Mu Ya Allah.

Ya Allah berilah kami taufik dan hidayah Mu. Ya Allah mudahkan segala urusan kami, murahkan rezeki kami dan kurniakanlah kami keluarga yang bahagia.

Ya Allah, sedarkan kami bahawa janji-janji Mu itu adalah benar, justru itu tetapkanlah hati kami di atas agama-Mu Ya Allah

Ya Allah, jadikanlah kubur kami sebagai satu taman dari taman2 syurga Mu dan janganlah ianya sebagai satu lubang dari lubang2 api neraka Mu.

Ya Allah kami berdoa Ya Allah muliakanlah diri kami, lapangkanlah hati kami, moga segala urusan kami dipermudahkan.

Ya Allah kabulkanlah cita-cita kami, jauhkan kami dari segala penyakit dan jauhkan kami dari segala Musibah

Ya Allah terimalah semua amal ibadah kami dan mudah²an ia dapat menerangi kubur kami.

Ya Allah, berilah kami kekuatan untuk memperbanyakkan tahajud kami supaya tempat berihat kami nanti tidak sempit,.

Ya Allah berilah kami keinginan untuk sentiasa mendampingi dan membaca Al-Quraan Mu supaya tempat persemadian kami tidak menjadi tempat yang paling sepi.

Ya Allah perbanyakkanlah sedekah kami, solat kami, amalan kami semoga kami bebas dari seksa kubur.

Ya Allah Yang Maha Hidup, yang Berdiri Sendiri, Pencipta langit dan bumi, Tuhan Yang Maha Besar dan Maha Mulia, Ya Allah tiada Tuhan yang patut disembah hanya Engkau, kami memohon kepadaMu semoga Engkau lindungilah hati kami dengan Nur hidayah Mu.

Ya Allah kami berlindung dengan Engkau dari kejahatan dari kami dan kejahatan syaitan yang menipu dan kejahatan orang mungkar lagi kejam.

Ya Allah sesungguhnya kami memohon kebajikan dan keselamatan didunia dan diakhirat.

Ya Allah tutuplah aib kami dan tenteramkanlah kami dari rasa takut.

Ya Allah peliharalah kami dan kami berlindung dengan kebesaran Mu agar kami tidak disiksa dipadang mashyar.

َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Doa hari Khamis

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Doa Hari Khamis

doa1-1
doa1-2
selsyifa
This image has an empty alt attribute; its file name is selawattafrijiyyah.jpg

Ya الله Allah Ya Tuhan kami, kami memohon ke hadratMu di hari ini, kami memohon taufik dan kesejahteraan dari-Mu. Anugerahkanlah kami kekuatan ilmu, taufik dan hidayah, supaya kami dapat memperbaiki diri kami , tambahkanlah ya الله Allah kepada kami ilmu, iman dan amal. Dorongkanlah kami untuk mempertingkatkan keimanan kami, menambah ilmu kami serta amalan baik kami.

Ya الله Allah Ya Qahhar…..kami memanjatkan rasa syukur kepadaMu kerana masih diberi nafas pada hari ini untuk meneruskan kehidupan seharian yang penuh dengan rahmatMu.

Ya الله Allah dihari yang mulia ini berilah kami rahmat Mu Ya الله Allah, letakkan kami dalam perlindungan Mu Ya الله Allah dan hindarkanlah kami dari azab api neraka.

Ya الله Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, limpahkanlah rahmat, keampunan dan kurniaanMu ke atas kami, cukupkanlah keperluan kami dan hindarkanlah kami daripada segala yang Engkau benci dan kami takuti.

Ya الله Allah kurnialah kami nikmat Mu dan berilah kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan kami, keluarga kami dan agama kami.

Ya الله Allah berikanlah kami kelebihan di sebalik kekurangan, berikanlah kami kekuatan disebalik kelemahan, berilah kami sukacita disebalik duka nestapa dan berikanlah kami harapan disebalik keraguan.

Ya الله Allah Engkau tunjukkanlah kami kearah kebaikan, pertingkatkan iman kami agar amalan hidup kami sihat dari segi rohani dan jasmani serta menjadi contoh ikutan generasi akan datang.

Ya الله Allah, jadikanlah hari ini dan hari-hari selanjutnya jauh lebih baik bagi kami dibanding hari-hari yang telah kami lalui.

Ya الله Allah, berilah kami keselamatan, kesihatan, keamanan, kedamaian, ketenteraman dan kesejahteraan bagi kami dan keluarga kami.

Ya الله Allah, limpahkan dan lipat gandakanlah rezeki kami dengan rezeki yang halal.

Ya الله Allah berikanlah kepada kami kesempatan yang baik-baik dan berita yang menggembirakan dan menyenangkan sahaja hari ini dan hari-hari selanjutnya.

Ya الله Allah, mudahkanlah semua urusan kami, jauhkanlah dari kami kesulitan apapun Ya الله Allah, kabulkanlah dan perkenankanlah doa kami.

Ya الله Allah kurniakanlah kami rezeki yang halal, rumahtangga yang bahagia , zuriat yang soleh, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar dan, keselamatan serta kesejahteraan dunia dan akhirat.

Ya الله Allah kami memohon kepadaMu Ya الله Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله Allah. َ

Ya الله Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله Allah.

Ya Jabbar Ya Muntaqim….jika ada dikalangan kami yang diuji dengan kesusahan, maka Engkau bantulah dia, permudahkanlah urusannya. Jika ada dikalangan kami yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepadanya. Jika ada dikalangan kami sedang berhajat akan sesuatu maka tunaikanlah hajatnya dan cukupkanlah keperluannya. Jika ada dikalangan kami yang diuji dengan sakit, maka sembuhkanlah dia, Ya الله Allah, agar dapat ia lebih tekun beribadah kepadaMu. Jika ada dikalangan kami yang derhaka kepada ibubapa atau terkurang dalam melayani mereka, maka ampunilah dia dan tukarkanlah ia menjadi anak yang taat dan berbakti. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar dan Maha Mengasihi.

Ya الله Allah kuatkanlah hati kami dan semangat kami ketika diuji, sematkan sifat sabar dalam jiwa kami ketika menerima dugaan Mu. Hanya pada Mu kami berserah.

Ya الله Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami dari segala yang telah kami kerjakan selama  ini dari apa yang menjadi larangan-Mu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk kami, dan Engkau telah mengajak kami untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat. Karena itu ya الله Allah, kami mohon keampunan-Mu dan berilah keampunan kepada kami dengan kemurahan-Mu. Segala apa yang telah kami kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau ridhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, kami mohon kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah, wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah.

Ya الله Allah ingatkan kami bahawa rezeki kami tidak akan diambil orang lain, maka tenangkan kami.

Ya الله Allah ingatkan kami bahawa amal-amal kami tidak mungkin dilakukan oleh orang lain, maka perkuatkanlah azam kami untuk beramal.

Ya الله Allah ingatkan kami bahawa Engkau sentiasa melihat apa yang kami lakukan, oleh itu jadilah ia penghalang bagi kami melakukan maksiat.

Ya الله Allah sedarkanlah kami bahawa kematian itu pasti, maka sempurnakanlah persiapan kami untuk beri jumpa dengan Mu Ya Allah.

Ya الله Allah mulikanlah kami, lapangkanlah hati kami, bahagiakanlah keluarga kami dan luaskan rezeki kami seluas lautan yang Engkau ciptakan.

Ya الله Allah mudahkan segala urusan kami, kabulkan cita-cita kami, jauhkan kami dari segala penyakit, fitnah dan perbuatan keji.

Ya الله Allah jauhkan kami dari segala musibah dan terimalah semua amal ibadah kami.

Ya الله Allah hanya kepada Mu kami berserah diri, hanya kepada Mu kami beriman, hanya kepada Mu kami bertawakkal, hanya kepada Mu kami kembali dan hanya kepada Mu kami menegakkan kebenaran.

Ya الله Allah sesungguhnya kami berlindung dengan kemuliaan Mu, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau Ya Allah.

Ya الله Allah Ya الله Allah sesungguhnya perancangan Mu itu indah. Ya الله Allah ketika kami bersedih datangkanlah kebahagiaan, ketika kami menangis datangkanlah senyuman, ketika kami diuji dengan segala ujian Mu, datangkanlah hikmah. sesungguhnya perancangan Mu itu indah.

Ya الله Allah, kami tidak layak untuk syurgaMu, tetapi kami tidak pula sanggup menangung seksa nerakaMu. Oleh itu Ya الله Allah ampunkanlah dosa-dosa kami, sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa Besar.

Ya الله Allah sesungguhnya Engkaulah yang menetapkan rezeki kami, Engkau lapangkanlah kami, sebaliknya janganlah Engkau menyempitkan kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui keperluan kami.

Ya الله Allah janganlah kami tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Ya Allah berilah kami ketakwaan dalam mencari rezeki.

Ya الله Allah bimbinglah kami dalam menjaga hati kami, bantulah kami dalam menjaga akhlak kami, pimpinlah kami dalam menjaga lisan dan perbuatan kami dan peliharalah diri kami daripada membeci dan dibenci.

Ya Allah…….hilangkan keseronokkan kami kepada maksiat dan perbuatan mungkar dan jauhkanlah kami dari apa jua musibah. Selamatkanlah kami dari azab kubur dan azab api neraka.

Kami memohon kepada-Mu ya الله Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله  Ya Rabbal Alamin

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين

Doa Hari Jumaat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ُِSalam Pagi Jumaat

doa1-1
doa1-2
selsyifa
This image has an empty alt attribute; its file name is selawattafrijiyyah.jpg

Ya Allah panjangkanlah umur kami, kurniakanlah kami kesihatan yang baik, terangilah hati kami dengan NUR pancaran iman Mu, dekatkan kami dengan kebaikan dan jauhkan kami dari segala kejahatan.

Ya Allah kurniakan kami kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari Mu dalam menempuh cabaran dan liku-liku kehidupan di dunia dan di akhirat.

Ya Allah, rahmatilah kami dengan Al-Quraan, jadikannya bagi kami ikutan, cahaya, petunjuk dan rahmat. Ya Allah ingatkan kami apa yang kami lupa daripadanya, ajarkan kami apa yang tidal tahu daripadanya dan jadikan maksudnya hujah bagi kami Ya Allah.

Ya Allah permudahkan segala urusan kami, lindungilah kami daripada kejahatan diri kami dan keburukan amalan kami, lindungi kami dari azab api neraka, azab kubur, fitnah hidup dan mati serta fitnah al-Dajjal.

” Ya ALLAH lapangkan kesulitan apa yang kami hadapi ini, Ya ALLAH keluarkan kami dari kesulitan ini, Ya ALLAH bantulah kami ..”.

Ya Allah lancarkanlah urusan kami pada hari ini, indahkanlah dengan silaturrahim yang baik dan limpahilah dengan rezeki yang berkat.

Ya Allah bantulah kami dalam menjalankan urusan agama kami dan elokkanlah urusan dunia kami.

Ya Allah elokkanlah juga urusan akhirat kami, tempat kami kembali untuk selama2nya.

Ya Allah Wahai Tuhan kami, lapangkanlah dada kami dan mudahkanlah kami menerima ilmu Mu.

Ya Allah jika hari ini ada diantara kami yang sedang sakit, kami mohon sembuhkan penyakitnya Ya Allah kerana hanya Engkau lah yang Maha Penyembuh.

Ya Allah jika hari ini ada diantara kami yang kesulitan rezeki, kami mohon bukalah jalan rezekinya Ya Allah kerana hanya Engkau sahaja yang Maha Pemberi Rezeki.

Ya Allah jika hari ini ada diantara kami yang sedang ada benih-benih sakit hati di hatinya, kami mohon bersihkan dan sucikanlah hatinya Ya Allah.

Ya Allah jika hari ini ada diantara kami yang merasa disakiti dan dizalimi karena kesalahan kami yang disengaja atau pun yang tidak disengaja, bukakanlah pintu hati mereka agar memaafkan kami.

Ya Allah Engkau rahmati dan jadikan hidup kami penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangMu.

Ya Allah terimalah amalan ibadah kami, terimalah taubat kami, ampunkanlah segala dosa kami, amankanlah kehidupan kami, kurniakanlah kepada kami syurgaMu yang maha luas nikmatnya.
ُ
Ya الله kami memohon Ya الله, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله . َ

Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Ya Allah, bagi mereka yang telah kembali kepadaMu, kurniakanlah kepada mereka nikmat Syurga Mu semasa mereka di Alam Barzah.

Ya Allah hidupkan kami dalamm Islam dan matikanlah kami dalam Iman. Ya Allah perlindungilah kami dari bisikan dan tipu helah syaitan.

Ya Allah berilah taufik dan hidayah kepada umatMu yang belum Islam dan juga kepada pemimpin, rakan dan jiran kami yang masih belum menerima Islam dengan sepenuhnya.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله .

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Doa Hari Sabtu

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Doa Pagi Sabtu

doa1-1
doa1-2
selsyifa
This image has an empty alt attribute; its file name is selawattafrijiyyah.jpg

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, dengan rasa rendah diri, kami memohon doa dengan penuh pengharapan kepadaMu Ya Allah, semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar.

Ya Fattahu Ya Alim, ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tidak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirMu.

Ya Allah takdirkanlah yang baik2 untuk diri kami, Janganlah Engkau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui. Ya Allah bukakanlah pintu2 rahmatMu untuk kami Ya Allah.

Ya Allah Ya Rabbul Jalil, sejahterakanlah kami dengan kesihatan yang baik supaya dengannya kami dapat beribadah kepada Mu dengan selesa.

Ya Allah ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepadaMu Ya Allah.

Ya Allah Ya Rahman Ya Raheem, ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami. Ya Allah Engkau ganti lah segala pengorbanan mereka dengan kebajikan yang boleh membawanya ke syurgaMu Ya Allah.

Ya Allah kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kami kealam barzakh, golongkanlah mereka dalam golongan orang2 yang Engkau redhai.

Ya Allah apabila tiba pula giliran kami menuju ke alam barzakh Mu maka Engkau ambillah kami dalam keadaan yang baik, dalam keampunan dan rahmatMu Ya Allah.

Ya Allah Ya Azizz kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram, hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab.

Ya Allah Engkau jauhkanlah daripada kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid Ya Rahman Ya Rahim jika ada di kalangan kami mereka yang diuji dengan kesusahan, maka Engkau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada mereka, jika ada di kalangan kami sedang berhajat dengan sesuatu keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka.

Ya Allah jika ada di kalangan kami ada mereka yang diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah, agar dapat beribadah bersama kami.

Ya Razzak Ya Fattahu Ya Alim, kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati dan jadikanlah dengan rezeki itu kami semakin dekat dengan Mu, sebaliknya janganlah Engkau jadikan kami daripada golongan yang lupa diri setelah mndapat kurniaanMu.

Ya Allah bantukanlah kami dalam menjalankan urusan agama kami, elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan, elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama2nya. Jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada

َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى
سَيِّدِنَا مُحَمَّدوَ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Doa Hari Sabtu

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Allah, ampunilah dosa kami, kedua ibubapa kami, pasangan hidup dan anak2 kami, zuriat dan keturunan kami, guru2 kami, sahabat2 kami, jiran tetangga kami, masyarakat dan saudara2 seIslam kami…

Ya Allah..
Jadikanlah hari SABTU ini bg kami lebih baik drpd semalam…
Ya  Allah..
Jika hari ini ada diantara kami..
Yang sedang sakit,
Mohon angkatlah penyakitnya ya Allah…
Berikanlah kesembuhan untuknya..
Kerana hanya Engkau lah yang Maha Menyembuhkan..

Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami,
Yang kesulitan rezeki
Mohon mudahkanlah dan bukalah jalan rezekinya ya Allah..
Karena hanya Engkau Yang Maha Pemberi Rezeki..

Ya Allah..
Jika hari  ini ada di antara kami
Yang hatinya sedang susah dan bersedih, dalam menerima dan menghadapi ujian-Mu…
Mohon Kuatkanlah dia utk dapat bertahan dan bersabar..
Dan hiburlah ia dengan penuh kurnia-Mu.

Kerana janji-Mu yang tak pernah Kau ingkari..
Setelah kesusahan ada kemudahan..

Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami
yang sedang ada benih-benih sakit hati di hatinya..
Sombong, iri hati, dengki dan dusta..
Mohon bersihkan dan sucikanlah ia ya Allah..

Ya Allah..
Mohon ampunilah segala dosa dan khilaf kami..
Pun jika sampai hari ini ada diantara kami, yg merasa tersakiti dan terzalimi kerana kesalahan kami yang disengaja atau pun yang tidak disengaja..
Bukakanlah pintu hatinya..
Agar memaafkan kami.

{رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ}

{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Doa hari Ahad

ُِSalam pagi Ahad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

doa1-1
doa1-2
selsyifa
This image has an empty alt attribute; its file name is selawattafrijiyyah.jpg

A’udzubillah – Kami berlindung pada Allah dari kekejaman manusia kejam, dari perdaya manusia dengki, dari kezaliman manusia zalim

Kami memuji Dia di atas pujian semua yang memuji

Ya Allah, Bimbinglah kami untuk mensyukuri segala nikmat-Mu yang memungkinkan kami mencapai ridhaMu
Bantulah kami menaati-Mu dan melazimkan ibadah pada-Mu, memastikan ganjaran-Mu dengan kurnia pertolongan-Mu..

Kasihanilah Kami, palingkanlah kami dari maksiat pada-Mu, selama Engkau menghidupkan kami, tuntunlah kami pada apa yang bermanfaat bagi kami selama Engkau menghidupkan kami

Dengan kitab-Mu, legakan dadaku
Dengan bacaannya, ringankan bebanku
Kurniakan padaku keselamatan agama dan diriku,
Jangan terlantarkan aku dari semua orang yang menjadi kerinduanku

Ya Allah bantulah hambaMu ini yang banyak dosa lagi lalai serta leka untuk memperbanyakkan doa dan munajat.

Ya Allah rengankan lidah kami agar kami suka beristighfar dan bertaubat. ..

Ya Allah jadilah hari ini baik bagi kami dan pengakhiranya juga yang baik dan dilindungi dari segala musibah.

Ya Allah Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon kepada Mu agar diberi taufiq dan hidayah untuk mencapai kesucian diri dan bertaqwa secara istiqomah denganMu.

Ya Allah jauhilah kami dari kebingungan, muliakanlah kami dengan cahaya ilmu dan fahaman.

Ya Allah hiasilah kami dengan sifat lambat marah dan pemaaf, perindahkanlah kami dengan kesihatan tubuh badan yang berterusan.

Ya Allah bukakanlah kepada kami pintu makrifat Mu dan mudahkanlah bagi kami pintu-pintu kurniaMu.

Ya Allah Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami berlindung dengan Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak pernah puas dan dari doa yang tidak diperkenankan.

Ya Allah dekatkan kami dengan orang-orang yang soleh dan solehah agar kami berjaya mengikuti jejak kesolehan mereka.

Ya Allah lancarkanlah semua urusan kami untuk hari ini dan hari hari seterusnya.

Ya Allah sinarilah hati kami dengan petunjuk Mu, sebagaimana Engkau telah meyinari bumi dengan cahaya matahari Mu.

Ya Allah berilah kami rezeki yang halal dan jauhkan kami dari perkara yang haram.

َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

doa1-8

Sila share.َ

Doa Petang Ahad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْ

Ya Allah,
Bimbinglah aku untuk mensyukuri segala nikmat-Mu yang memungkinkan aku mencapai ridhaMu
Bantulah aku menaati-Mu dan melazimkan ibadah pada-Mu, memastikan ganjaran-Mu dengan kurnia pertolongan-Mu..
Kasihanilah aku, palingkanlah aku dari maksiat pada-Mu, selama Engkau menghidupkan aku, tuntunlah aku pada apa yang bermanfaat bagiku selama Engkau menghidupkan aku

Dengan kitab-Mu, legakan dadaku
Dengan bacaannya, ringankan bebanku
Kurniakan padaku keselamatan agama dan diriku,
Jangan terlantarkan aku dari semua orang yang menjadi kerinduanku

Sempurnakanlah kebaikan-Mu padaku, pada seluruh sisa umurku, seperti Engkau telah berbuat baik, pada umurku yang telah lalu..

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Doa Hari Isnin

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Doa Hari Isnin

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

doa1-1
doa1-2
selsyifa
This image has an empty alt attribute; its file name is selawattafrijiyyah.jpg

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Selawat dan Salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. keluarga dan para sahabatnya.

Yaa Allah Ya Rahman Ya Rahiim Ya Dzal Jalali Wal Ikram…

Yaa ALLAH berikanlah kami kekuatan, berilah kami kemampuan, kuatkan-lah iman kami. Yaa ALLAH, kuatkan-lah agama kami dan Iman kami..

Ya Allah berkatilah kami dalam pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami dan keturunan kami.

Ya Allah terimalah taubat kami. Ya Allah Engkau yang Maha Menerima Taubat dan maha Penyayang.

Ya Allah jadikanlah kami orang yang bersyukur pada nikmat Mu, pemuji nikmatMu, menerima nikmatMu. Ya Allah sempurnakan nikmat kami kepada kami.

Ya Allah jauhkanlah kami dari riak, ujub dan takabbur tatkala kami menumpang di bumiMu ini Ya Allah, berlangitkan kekuasaanMu, bernafas dengan izinMu, berezeki dengan limpahan kurniaanMu.

Ya Allah, jauhkanlah kami daripada akhlak yang keji, amalan yang munkar, nafsu yang buruk dan pelbagai penyakit yang berat.

Yaa ALLAH, sekiranya kami keluar dari landasan`MU, berikanlah kami petunjuk`MU yang lurus dan yang haq.

Yaa ALLAH, semoga kami akan menjadi diri yang mukmin, yang soleh dan dekatkanlah hati kami pada`MU.

Yaa ALLAH Ya Tuhan kami berikanlah Nurr cahaya disetiap percakapan kami, pergerakan kami dan cahaya disetiap denyutan nadi kami, jantung kami dan cahaya dipenglihatan kami dan juga pendengaran kami.

Yaa ALLAH, tabahkan-lah, sabarkanlah sifat kami dan ikhlaskanlah hati kami dalam mengharungi bahtera kehidupan ini.

Yaa ALLAH sesungguhnya hanya kepada`MU-lah kami berserah diri.

Yaa ALLAH, seandainya saatnya tiba, ENGKAU memanggil kami tuk kembali ke sisi`MU, matikanlah kami dalam keadaan beriman dan bertaqwa kepada`MU.

Yaa ALLAH segala amal ibadah kami semua hanya tertuju kepada`MU. Terimalah amalan kami hari ini dengan keridhaan`MU hanya ENGKAU-lah yang menilai semua perbuatan kami .

Ya Allah sesungguhnya tiada daya dan kuasa melainkan dariMu juga.

Ya Allah Ya Tuhan kami terangilah cahaya pada hati-hati kami dengan cahaya hidayah Mu sebagaimana Engkau terangi bumi dengan cahaya matahari Mu buat selama-lamanya.

Ya Allah bukakanlah pintu kemenangan kepada kami dengan kemenangan yang nyata, kejayaan di dunia dan akhirat.

Ya Allah ampunilah dosa kami yang kami lakukan semenjak dari kami kecil lagi.

Wahai Tuhan yang Maha Pemberi keampunan dan penerima Taubat dan yang Maha Penyayang terimalah taubat kami dan sayangilah kami.

َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Ya Allah selamatkan lah diri kami, keluarga kami, saudara2 kami, rumah tangga kami, kampung kami dan negara kami dari sebarang ancaman luar dan dalam. Engkaulah Ya Allah tempat sebaik2 perlindungan.

Ya Allah akhirlah hidup kami dengan Islam, akhirlah hidup kami dengan membawa iman dan akhirlah hidup kami dengan husnul khotimah.

Ya Allah limpahkan ketaqwaan kepada kami serta berilah kami istiqamah dalam ibadah kami.

Ya Allah berilah kami kesihatan yang baik agar kami dapat melakukan kesemua ibadah kami dengan tenang dan selesa.

Ya Allah jadikanlah kami melakukan semua ibadah kami dengan bersungguh- sunguh semata mata untuk mendapat keredhaan dan ganjaran Mu.

Ya Allah kurniakanlah kepada kami kemampuan dan kesungguhan untuk beribadah dan lindungi kami dari berbagai fitnah.

Wahai Tuhan yang Maha Pemberi keampunan dan penerima Taubat dan yang Maha Penyayang. Ampuni lah kami dan terima lah taubat kami.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

آمِيْنُ… آمِيْنُ… آمِيْنُ… يَا رَبِّ الْعَالَمِين

Doa Petang

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Yaa Allah Ya Rahman Ya Rahiim Ya Dzal Jalali Wal Ikram…
Yaa ALLAH berikanlah kami kekuatan, berilah kami kemampuan, kuatkan-lah iman kami. Yaa ALLAH, kuatkan-lah agama kami dan Iman kami..

Yaa ALLAH, sekiranya kami keluar dari landasan`MU, berikanlah kami petunjuk`MU yang lurus dan yang haq.

Yaa ALLAH, semoga kami akan menjadi diri yang mukmin, yang soleh dan dekatkan
lah hati kami pada`MU.

Yaa ALLAH Ya Tuhan kami berikanlah Nurr cahaya disetiap percakapan kami, pergerakan kami dan cahaya disetiap denyutan nadi kami, jantung kami dan cahaya dipenglihatan kami dan juga pendengaran kami.

Yaa ALLAH, tabahkan-lah, sabarkanlah sifat kami dan ikhlaskanlah hati kami dalam mengharungi bahtera kehidupan ini.
Yaa ALLAH sesungguhnya hanya kepada`MU-lah kami berserah diri.

Yaa ALLAH, seandainya saatnya tiba, ENGKAU memanggil kami tuk kembali ke sisi`MU, matikanlah kami dalam keadaan beriman dan bertaqwa kepada`MU.

Yaa ALLAH segala amal ibadah kami semua hanya tertuju kepada`MU. Terimalah amalan kami hari ini dengan keridhaan`MU hanya ENGKAU-lah yang menilai semua perbuatan kami .
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Solat Sunat Wuduk

Solat sunat Wuduk disunatkan mengerjakan atas seseorang yang apabila telah selesai berwuduk sebanyak dua rakaat

Cara Mengerjakan Solat Sunat Wuduk
a. Niat solat sunat Wuduk

Ertinya:
“Sahaja aku sembahyang sunat wuduk dua rakaat kerana Allah Taala. ”

b. Membaca surah Al-Kafirun pada rakaat pertama setelah Al-Fatihah.
c. Dan membaca surah Al-Ikhlas (Qul huwallahu ahad) setelah membaca Al-Fatihah pada rakaat kedua.
d. Setelah selesai solat Wuduk membaca doa:

Ertinya:
“Allah Maha Besar” (baca 10 kali),

Ertinya:
“Segala puji bagi Allah ” (baca 10 kali),

Ertinya:
“Tiada Tuhan yang wajib disembah selain Allah ” (baca 10 kali)

Ertinya:
“Aku mohon ampun pada Allah ” (baca 10 kali),

Ertinya:
“Maha Suci Allah yang berkuasa lagi yang Maha Suci” (baca 10 kali),

Ertinya:
“Ya Allah, aku berlindung atas kerelaanMu dari kesempitan/kesukaran di dunia dan di akhirat kelak. ” (baca 10 kali)

Kelebihannya

Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“Wahai Bilal, ceritakan kepadaku akan amalan yang paling besar memberi pengharapan yang telah engkau amalkan di dalam Islam. Aku mendengar suara sepatumu di hadapanku di dalam syurga?
Bilal menjawab: Tidak suatu amal yang banyak memberi harapan, (di dalam Islam) selain tiada aku berwuduk, dari bersuci pada setiap saat baik malam ataupun siang, melainkan aku solat wuduk, dengan itu wuduk apa yang ditetapkan bagiku akan solatku. ”
(HR. Bukhari Muslim)

Solat Sunat Hari Raya

Solat Hari Raya yang dimaksudkan ialah solat Hari Raya Fitrah dan solat Hari Raya Adha, bagi semua umat Islam baik yang musafir, hamba sahaya dan sebagainya. Solat ini boleh dikerjakan berseorangan apatah lagi berjemaah.

Dari Ummu Aisyah ra.anha katanya:
“Disuruh kami keluar bersama-sama hamba dan wanita sedang haid, pada kedua-dua hari raya; menyaksikan kebaikan dan mengajak semua orang Islam. Wanita-wanita haid tidak pergi ke tempat solat.”
(Dipérsetujui oleh AI-Bukhari dan Muslim)

Bagaimanapun bagi orang yang mengerjakan haji tidak disunatkan berjemaah kerana kesibukan dengan kerja-kerja haji.

Waktu solat ini bermula dari naik matahari hingga gelincir ke arah Barat. Yang lebih afdalnya selepas matahari naik setinggi galah pada pandangan mata (kira-kira 7 hasta atau lebih kurang jam 8.00 hingga 9.00 pagi waktu Malaysia).

Solat ini dikerjakan sebanyak dua rakaat dengan ditentukan niat, sama ada solat hari raya Aidil fitri atau hari raya Aidiladha.

Lafaz niat solat sunat Aidilfitri:

niat_aidilfitri

Ertinya:
“Sahaja aku solat sunat hari raya Aidil fitri dua rakaat kerana Allah Taala. ”

Dilakukan sebanyak dua rakaat pada hari raya haji dengan berjemaah.
Lafaz niat solat sunat Aidiladha:

niat_aidiladha

Ertinya:
“Sahaja aku solat sunat hari raya Aidiladha dua rakaat makmum kerana Allah Taala. ”

Cara
Caranya sama dengan solat yang lain cuma sedikit berbeza tentang takbir dan bacaan-bacaan serta berkhutbah sesudah solat.

Dari Umar bin Syuib “Sesungguhnya Nabi SAW bertakbir ketika solat hari raya sebanyak 12 kali, 7 kali pada rakaat yang pertama dan 5 kali pada rakaat kedua.”

Sebaik sahaja selesai takbiratul-ihram pada rakaat pertama dikehendaki membaca doa iftitah, selepas setiap kali takbir dan membaca tasbih:

tasbih 1:

tasbih_raya1

@ tasbih 2:

tasbih_raya2

Begitulah diulangi melakukannya sebanyak 7 kali takbir dan 6 kali tasbih. Apabila ketujuh-tujuh takbir itu selesai, dikehendaki membaca Al-Fatihah.

Selepas membaca Al-Fatihah disunatkan pula membaca surah “Qaf” atau “Sabihismarobbikal a’la” (surah al-‘ala) dengan nyaring.

Pada rakaat yang kedua bertakbir sebanyak 5 kali lagi tidak termasuk Takbir Qiam. Amara satu takbir dengan satu takbir yang lain disunatkan membaca tasbih seperti pada rakaat pertama tadi. Setelah selesai kelima-lima takbir itu barulah membaca Al-Fatihah selepas itu surah Al-Ghosiah atau surah A1- Ikhlas/A1-qiyamah dengan bacaan yang nyaring. Setelah selesai solat dibacakan khutbah.

Takbir hari raya

Sama seperti takbir Hari Raya Aidilfitri

takbir_raya