Doa khusus Hari Jumaat

Baca doa khusus 70 X setiap hari Jumaat

Doa untuk Ibu

Kepenatan seorang insan bergelar ibu yang telah mengandung dan melahirkan cahaya mata tidak dapat dibalas dengan wang. Sebagai anak, anda boleh membaca doa untuk ibu agar sentiasa dilindungi oleh Allah SWT.

Doa pendek yang dikongsikan ini mudah sahaja dan boleh dibaca setiap kali selepas selesai menunaikan solat. Ikuti perkongsian lanjut di bawah.

Baca juga: Sedih Kematian Bayi, Ini Cara Solat & Doa Jenazah Anak Lelaki Serta Perempuan

DOA UNTUK IBU BOLEH DIBACA SETIAP HARI

DOA UNTUK IBU

Doanya adalah:

اللهم ارزق أمي
بركة في عمرها
ونورا في قلبها
وضياء في وجهها
وسعة في رزقها
ورضا في نفسها
واصرف عنها كل سوء ومرض

  • Allahummarzuk ummi,
  • Barokatan fi ‘umurihaa
  • Wa nuuron fi qalbihaa
  • Wa dhiyaa an fi wajhiha
  • Wasi’atan fi rizqihaa
  • Waridhon fi nafsiha
  • Wasrif ‘anha kulla suuin wa maradh

Maksudnya: “Ya Allah kurniakanlah ibuku keberkatan pada umurnya dan cahaya di hatinya serta cahaya di wajahnya dan keluasan pada rezekinya dan keredaan pada dirinya dan palingkanlah darinya pelbagai kejahatan dan penyakit.

Amalan Murah Rezeki

Baca doa ini 3X siang @malam

Bacaan Sebelum Tidur

Di anjurkan amalan sebelum tidur sebagai berikut :

1. Bacalah Surat Al-Ikhlas tiga kali, dengan begitu seakan-akan kau mengkhatamkan seluruh Al-Qur’an.” [Bismillaahir rahmaanir rahiim, Qulhuallaahu ahad’ Allaahushshamad’ lam yalid walam yuulad’ walam yakul lahuu kufuwan ahad’ (3x)].

2. Bacalah sholawat untukku dan para Nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafa’at di hari kiamat“. [Bismillaahir rahmaanir rahiim, Allaahumma shallii ‘alaa Muhammad wa aali Muhammad (3x)].

3. Beristighfarlah (memohonkan ampunan) untuk para Muslimin, maka mereka semua akan meridhaimu“.(Astaghfirullaahal ‘adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum, dzul jalaali wal ikram wa atuubu ilaih (3x)

4. Perbanyaklah bertasbih (menyucikan Alla), bertahmid (mensyukuri Allah), bertahlil (mentauhidkan Allah) dan bertakbir (mengagungkan Allah), maka seakan-akan kau telah melaksanakan ibadah Haji dan Umrah“. (Bismillaahir rahmaanir rahiim, SubhanAllaahi alhamdulillaahi walaa ilaaha illa Allahu wAllaahu akbar (3x)

Murah Rezeki

Kelebihan Surah At-Taubah Ayat 128- 129

Baca 11 X sebelum tidur

Buatlah selama 7 hari berturut

Tujuan

  • Sembuh penyakit
  • Lunaskan hutang
  • Murah Rezeki

Doa agar Mata Rabun Semboh

Baca dan ditiupkan pada belakang kedua ibu jari tangan kanan dan kiri serta disapukan pada kedua mata.

lakukan amalan ini selepas selesai solat fardhu setiap hari. Mudah-mudahan Allah swt menyembuhkan penyakit mata kiat. Amiiin

  • Sehari dibaca 100X

QS Qaf : 22

Fa Kashafna ‘Angka Ghitha’ aka Fa Basharukal – yauma hadid

Artinya : “Maka Kami singkapkan tutup (yang menutupi )mata mu, sehingga penglihatan mata mu pada hari ini sangat tajam. (QS Qaf : 22)

Doa minum air

Baca 1x waktu minum air.

Doa Sebelum Minum Air

Bismillahirrahmanirrahim Nawaitu syifa’ bibarokati Musthofa shallallahu ‘alaihi wasallam.\

Artinya: “Aku niat memperoleh kesembuhan dengan berkat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.”

Bismillaahi ladzii laa yadhurru ma’asmihi syai un fil ardhi wa laa fis sama’i wahu was samii’ ul allim

Doa Setelah Minum Air Putih

Mengutip kitab Al-Adzkar karya Imam An-Nawawi, setelah minum air putih, umat Muslim dianjurkan melafalkan doa berikut ini.

لْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ اَطْعَمَ وَسَقَى وَسَوَّغَهُ وَجَعَلَ لَهُ مَخْرَجًا

Alhamdulillahil ladzii ath’ama wa saqoo wa sawwaghahuu wa ja’ala lahu makhraja

Artinya: “Segala puji bagi Allah yang telah memberikan makan dan minum, dan memudahkan makanan dan minuman masuk dan menjadikan makanan dan minuman tersebut jalan keluar.”

Doa untuk rawatan dalam perut

Doa-doa untuk rawatan penyakit dalam perut, sambil meletakkan tangan pada tempat yang sakit. bacalah ;

  1. Surah al-Fatihah 1X
  2. Ayat Kursi 1X
  3. Selawat Syifa’ 7X
  4. Baca doa dibawah 7X bersama air rebusan buah delima

Surah Al-An’am : 99

Surah Al-An’am : 141

Amalan Harian 2

Power of Doa

TUKAR CARA BERDOA

INSYA ALLAH siapa yang betul-betul amalkan, The Power of Doa ini, boleh mengubah hidup kita menjadi yang lebih baik. Biiznillah.

?FORMULA 1

Sebelum ini kita selalu berdoa, ” Ya ALLAH berikanlah aku kekuatan.” Jika kita berdoa begitu, maka ALLAH akan sentiasa uji untuk test kekuatan kita. Faham faham?Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah,” Ya ALLAH lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya ALLAH keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya ALLAH bantulah aku)’.

?FORMULA KE 2

Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa, “Ya ALLAH berilah aku…”. Jadi, selepas ini kita tukar sikit doa iaitu,” Ya ALLAH kurniakanlah aku…”Kerana apa? Jika kita sebut beri maka bila-bila masa ALLAH boleh ambil balik. Namun, jika sebut kurnia, maka ALLAH akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila INSYA ALLAH.

?FORMULA KE 3

Satu lagi, selalu saya dengar dan nampak orang doa begini, “semoga DIMURAHKAN rezeki”. Selepas ini, latihkan baca doa begini,” semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat.”Nampakkan dua perbezaan doa itu? Doa kena betul, sebab setiap doa kita ALLAH dengar dan yakin ALLAH makbulkan doa kita. Jadi dengan doa ini saya nampak betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.

?FORMULA KE 4

Selain itu, selalu kan kita berdoa seperti ini, contonya, “Ya ALLAH, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah.” Dan setiap kali itu jugalah kita akan berasa kecewa, stress bila doa tidak dimakbulkan ALLAH.Kalau selama ni kita hanya minta pada ALLAH sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai.

Maka hari ini, ayuh kita tukar cara berdoa seperti ini, contohnya,’ Ya ALLAH, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya ALLAH..Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah..Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya ALLAH..Kerana Engkau sahajalah sebaik2 perancang dan Engkaulah Rabb Yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku. ‘Amin Ya Mujib.Sebabnya, bilamana kita berdoa seperti di atas ini, matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata, tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada ALLAH yang memberikan nikmat itu.

?FORMULA KE 5

Selalu juga, bila kita berdoa kita minta macam-macam pada ALLAH.. Hingga kita lupa nak bersyukur atas segala nikmat yg telah ALLAH beri.. Kita lupa nak bersyukur dengan rezeki yg sudah ada di hadapan kita..Jadinya, bersyukur dulu atas apa yg ALLAH dah beri, maka ALLAH akan tambahkan lagi.. Sebagai contoh,’ Ya ALLAH, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepada Mu. Dan redhalah kepadaku ya ALLAH..’

?FORMULA KE 6

Satu lagi cara berdoa adalah dengan mendoakan orang lain. Kerana bila mendoakan orang lain, seluruh malaikat di arasy akan turut mengaminkan doa kita.. satu contoh,’ Ya ALLAH, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan ya ALLAH.. bantu lah dia ya ALLAH, lapangkan kesulitannya.. permudahkan perjalanan hidupnya ya ALLAH.

‘Moga Allah makbulkan setiap permintaan kita. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamiin.Sumber :

Tanyalah ustaz via Hasmah Solan