Doa Merawat Tekanan Darah Tinggi

Berikut kami kongsikan doa merawat tekanan darah tinggi yang kami amalkan pada setiap masa terutama sekali selepas menunaikan solat lima waktu ( fardu ).

Letak tangan kanan pada dada disebelah kiri dan bacalah kedua-dua doa ini. Amalkan selalu, insyaAllah mendapat kesembuhan dari Allah SWT.

  1. Baca surah Al – Fatihah – 1 kali . 

2. Baca Ayat Qursi – 1 kali

3. Baca surah Al – Hasyr – 1 kali – ayat 21 – 24 .

4. Selawat syifa – 7 kali . 

5. Doa merawat tekanan darah tinggi – 7 kali

6. Surah Yunus Ayat 57

Maksudnya:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.”

7. Surah Fussilat Ayat 44

Maksudnya:
“Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab? Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar) dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata).” (Surah Fushillat: Ayat 44)

1 – Surah Al – Fatihah.

Terjemahan surah di atas : Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (١)Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. (2) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (3) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). (4) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (5) Tunjukilah kami jalan yang lurus. (6) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, Bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (7)


2 – Surah Al – Hasyr – ayat 21 – 24 .

Terjemahan surah di atas : Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. (21) Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (22) Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya. (23) Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. / (24)

CARA MENGURUT

Pengalaman dan amalan Hj. Idris dapat mengekalkan tekanan darah 120/80 pada umurnya 61 tahun.
Apa yang diamalkan oleh beliau ialah mengurut urat belakang tengkok dan dada kiri sebanyak 20 atau lebih sebelum mandi pagi , tengahari atau petang , tiap-tiap hari.

Caranya ialah, mula-mula urut belakang tengkok dengan dua ibu jari kanan dan kiri dari arah atas turun ke bawah sebanyak 20 kali.

Kemudian menggunakan ibu jari kanan , urut bahagian dada kiri bermula dari atas bahagian collar bone turun ke bawah dada 20 kali atau lebih. Apabila selesai kedua-dua urutan barulah boleh mengenakan air pada badan untuk mandi.

Untuk mudah memahami cara meletakkan ibu jari dan tempat bahagian belakang tengkok dan dada kiri , sila klik url video di bawah ini , yang didemontrasikan oleh Hj Idris sendiri

Surah.

  • Surah Al-Ambiyaa’ ms 322,
  • Surah Al-Qasas ms 385,
  • Surah Hud ms 221 dan
  • Surah Kahfi ms 293

Ayat Ruqyah bagi Merawat Sakit Darah Tinggi

  1. Baca surah Al – Fatihah – 1 kali . 
  2. Baca Surah Al Ikhlas – 7 kali
  3. Baca Surah An Nas – 7 kali
  4. Baca Surah Al Falaq – 7 kali
  5. Baca Ayat Qursi – 7 kali
  6. Baca surah Al – Hasyr – ayat 21 – 24 . – 7 kali
  7. Selawat syifa – 7 kali . 
  8. Doa merawat tekanan darah tinggi – 7 kali

Doa bila terjaga malam

  لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ. سُبْحَانَ اللهِ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ ، وَلاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ, رَبِّ اغْفِرْ لِيْ

Tiada Tuhan yang haq selain Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya kerajaan dan pujian. Dia-lah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang haq selain Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung’. ‘Wahai, Tuhanku! Ampunilah dosaku’. [2]

Memohon Kebaikan Agama, Dunia dan Akhirat

Doa Selepas Solat 7

Seorang sahabat Rasulullah SAW dan ahli ibadah yang terkenal dengan nama Abu Darda’ telah mengamalkan doa di bawah ini setiap lepas Subuh dan Maghrib.

Doa ini bertujuan untuk memohon perlindungan dan keselamatan daripada Allah SWT bagi diri, ahli keluarganya dan harta bendanya dari gangguan dan kejahatan jin, syaitan, haiwan dan manusia.

Menurut riwayat, beliau mengamalkan doa di bawah ini yang didapatinya daripada Rasulullah SAW.

Berikut adalah doa tersebut:

Segala puji hanyalah bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas tuan kami, Nabi Muhammad semulia-mulia nabi dan rasul, (selawat dan salam ini juga dilimpahkan) ke atas ahli keluarga Baginda, dan para sahabatnya sekalian.

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada tuhan (yang layak disembah melainkan Engkau). Aku hanya bertawakkal kepadaMu , dan Engkaulah Tuhan bagi ‘Arasy yang besar. Apa yang dikehendaki oleh Allah pasti akan berlaku, dan apa yang tidak dikehendakinya pasti tidak akan berlaku.

Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Aku mengetahui bahawa Allah Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu, dan bahawa ilmu Allah meliputi segala perkara. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada kejahatan diriku dan kejahatan setiap binatang yang melata yang Engkau memegang ubun-ubun mereka (berkuasa ke atas setiapnya). Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus.

Semoga Allah melimpahkan selawat ke atas tuan kami, Nabi Muhammad, ahli keluarga Baginda, para sahabatnya, dan berilah kesejahteraan (kepada mereka). Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Doa Selepas Solat 6

Doa 2

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam atas semulia-mulia para nabi dan rasul, junjungan kami Muhammad dan ats keluarga dan sahabat Baginda seluruhnya. Ya Allah, ya Tuhan kami! Terimalah solat dan doa kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Berilah keampunan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Ya Allah, jadikanlah agama kami agama Nabi Muhammad. Keislaman kami, Islam yang sebenar-benarnya. Keimanan kami, iman yang sempurna. Solat kami, solat yang khusyuk. Amal kami, amal yang soleh. Niat kami, niat yang ikhlas. Jadikanlah dosa-dosa kami, dosa-dosa yang terampun.

Jadikanlah hidup dan kehidupan kami, hidup dan kehidupan para ulama. Mati kami dengan mati syahid. Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam syurga bersama dengan para Nabi.

Ya Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat. Jauhkanlah kami daripada seksaan neraka. Semoga Allah mencurahkan kesejahteraan ke atas sebaik-baik makhluknya, junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Maha suci Tuhan yang Maha Mulia daripada sebarang kekurangan. Salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Amalan / ubat sakit dalaman

Baca

  1. Ayat 57 Surah yunus 3x tiup pada tapak tangan kanan,
  2. gosok didada sambil baca salawat 7x

Ash-Shu’ara 78-83

Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dialah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku; (78)

Dan Tuhan yang Dialah jua memberiku makan dan memberi minum, (79)

Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku; (80)

Dan (Dialah) yang mematikan daku, kemudian Dia menghidupkan daku; (81)

Dan (Dialah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat; (82)

Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan agama dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh; (83)

Amalan mudahkan urusan

Baca ayat 44, Surah Al-Ghafir setiap pagi dan petang

” .. dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya”.

Memohon kepada Allah kebaikan Dunia dan Akhirat