Doa Lumpuh

Doa-doa untuk rawatan lumpuh, bacaannya adalah

  1. Surah Al Fatihah 1 X
  2. Ayat Kursi 1 X
  3. Selawat Syifa’ 7 X
  4. Selawat Tafrijiyyah 7 X
  5. Baca doa dibawah 7 X
    1. Surah Al Anbiyaa’ : 30
    2. Doa Rihul Ahmar

Ayat Kursi

Selawat Syifa’

Selawat Tafrijiyyah

Surah Al Anbiyaa’ : 30

Doa Rihul Ahmar

Surah At-Talaq – Ayat Seribu Dinar

Surah Hud 119

Tiuplah pada air dengan sehalus jarum. Niatkan supayamenjadi penawar kepada si pesakit yang menghadapi dugaan tersebut. Berbisiklah pada air supaya menjadi ubat kepada pesakit dengan rahmat Allah SWT.

Berilah minum pada pesakit. Mintalah supaya pesakit membaca Al-Fatihah, Ayatul Kursi dan selawat sebelum meminum air tersebut. lakukan solat hajat dan berdoalah semoga perpeluang sembuh.

Sumber : Ubat, Doa dan Penyembuhan serta khasiat Surah-surah Al-Quran oleh Ustaz Sarhan Safie

DO’A PILIHAN

CUKUP DIBACA SEKALI SEUMUR HIDUP

MARI KITA BACA SEKARANG JUGA !

Do’a keselamatan dari kematian mendadak.
Di riwayat kan dari Rasulallah SAW, bahwasanya Allah Subhana Wa Ta’alla  berfirman:
Wahai (Kekasihku) Muhammad,tidak ada seorang pun dari Ummat Mu yang membaca do’a ini walaupun sekali dalam umur nya kecuali dengan kemulyaan dan keagungan Ku,

Aku akan menjamin untuk nya tujuh perkara :

1: Aku akan angkat kefakiran dari nya.
2: Aku akan amankan dia dari pertanyaan Mungkar dan Nakir.
3: Aku akan tuntun jalan nya di Shirat.
4: Aku akan menjaga nya dari kematian mendadak.
5: Aku akan haramkan neraka atasnya.
6: Aku akan menjaga nya dari himpitan kubur.
7: Aku akan melindungi nya dari kemurkaan Raja yang jahat dan dzalim.

BERIKUT INI DO’ANYA :

لَا اِلـهَ اَلٌَااللٌَهُ اَلْجَلِیْلُ الْجَبٌَارُ

Laa ilaaha illallahul jaliilul jabbaar,

لَا اِلهَ اِلاّ اللهُ الْوَاحِدُ الْقَهٌَار

Laa ilaaha illallahul waahidul qohhaar,

لَا اِلهَ اِلاّ اللهُ الْکَرِیْمُ السٌَتٌَار

Laa ilaaha illallahul kariimus sat taar,

لَا اِلهَ اِلاّ اللهُ الْکَبِیّرُ الْمُتَعَال

Laa ilaaha illallahul kabiirul mutta ‘aal

لَا اِلهَ اِلاّ اللهُ وَحْدَهُ لَا شَریکَ لَهُ اِلَهًا وَاحِدًا رَبًٌا وَ شَاهِدًا اَحَدًا وَصَمَدًا وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُوْنَ

Laa ilaaha illallahu wahdahu laa syarii ka lahu ilahan wahidan rabban wa syaahidan ahadan wa shamadan wa nahnu lahu muslimuun,

لَا اِلهَ اِلاّ اللهُ وَحْدَهُ لَا شَریْکَ لَهُ اِلَهًا وَاحِدًا رَبًٌا وَ شَاهِدًا اَحَدًا وَصَمَدًا وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُوْن

Laa ilaaha illallahu wahdahu laa syarii ka lahu ilahan wahidan rabban wa syaahidan ahadan wa shamadan wa nahnu lahu ‘aabiduun,

َلَا اِلهَ اِلاّ اللهُ وَحْدَهُ لَا شَریکَ لَهُ اِلَهًا وَاحِدًا رَبًٌا وَ شَاهِدًا اَحَدًا وَصَمَدًا وَنَحْنُ لَهُ قَانِتُوْن

Laa ilaaha illallahu wahdahu laa syarii ka lahu ilahan wahidan rabban wa syaahidan ahadan wa shamadan wa nahnu lahu kanituun,

ََلَا اِلهَ اِلاّ اللهُ وَحْدَهُ لَا شَریکَ لَهُ اِلَهًا وَاحِدًا رَبًٌا وَ شَاهِدًا اَحَدًا وَصَمَدًا وَنَحْنُ لَهُ صَابِرُوْنَ

Laa ilaahaillallahu wahdahu laa syarii ka lahu ilahan wahidan rabban wa syaahidan ahadan wa shamadan wa nahnu lahu shabiruun,

َلَا اِلهَ اِلاّ اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّه

Laa ilaaha illallaahu Muhammadar rasuulullah,

َاللَّهُمَّ اِلَیْکَ فَوٌَضْتُ اَمْری، وَعَلَیْکَ تَوَكَّلْتُ يَا اَرْحَمَ الرٌَاحِمٍیْنَ.

Allohumma ilaika fawadh’tu amrii,wa ‘alaika tawak kaltu yaa arhamar rahimiin,

َاللَّهُمَّ صَلٌِ عَلَى مُحَمَّدٍ وآلِ مُحَمَّدٍ كَما صَلٌَیْتَ عَلَى اِبْرَاهِیْم وَآلِ اِبْرَاهِیْم اِنٌَکَ حَمِیْدٌ مَجِیْدُ

Allahumma shalli ‘alaa Muhammad wa ali Muhammad kamaa shallaita ‘alaa Ibrahiim wa ali Ib’rahiim innaaka hamiidum majiid,

َوَبَارِکْ عَلَى مُحَمَّدٍ وآلِ مُحَمَّدٍ كَما بَارَکْتَ عَلَى اِبْرَاهِیْم وَآلِ اِبْرَاهِیْم فِي الْعالَمينَ اِنٌَکَ حَمِیْدٌ مَجِیْدُ.

Wa baarik ‘alaa Muhammad wa ali Muhammad kamaa barakta ‘alaa Ibrahiim wa ali Ibrahiim fil ‘aalamina innaka hamiidum majiid.

https://t.me/joinchat/AAAAAEkTbV4lkA9FZXhuLQ

Adab Berdoa

1.  Menghadap kiblat

2. Angkat tangan melepasi bahu

3. Memulakan doa dengan memuji Allah Taala dan berselawat kepada nabi

4. Selitkan dalam doa untuk ibu bapa, doakan semoga Allah ampunlan dosa mereka

5. Tidak tergesa-gesa makbul, doa akan dimustajabkan oleh Allah Taala tidak tergesa-gesa

6. Yakin bahawa doa kita kan dimakbulkan

7. Mesti dengan kyusuk, dengan hadir hati kita ketika memohon kepada Allah Subhanahuwwataala

Salawat Tafrijiyyah

Salaway_Tafrijiyyah

Terjemahan Selawat Tafrijiyyah

Ya Allah, anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, yang dengan berselawat ke atasnya terhurai apa yang tersimpul, terlepas daripada segala kesusahan, juga ditunaikan segala hajat, dan tercapai segala keinginan, dan akhir hayat yang baik, dan dicurahkan rahmat, hasil keberkatan wajahnya, yang mulia, kerahmatan dan kesejahteraan yang sempurna Engkau anugerahkan juga ya Allah, ke atas keluarga dan sahabatnya dengan kiraan setiap kerdipan mata, juga hembusan nafas dan setiap bi/angan i/mu yang ada bagi-Mu.

Salawat Syifa’

Salawat_syifa

Terjemahan Selawat Syifa’

Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat berselawat ke atas baginda, akan menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabat baginda.

doa akhir Ramadhan

Assalamualaikum…
*Doa Akhir Ramadan*

Ya Allah, jangan Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati2 kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa keampunan dosa2 kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan jejak2 ke syurga untuk kami.

Ya Allah, janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi sebelum Kau tutup rapat pintu azab dan neraka Mu daripada tergelinciran kaki kami.

Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dalam Ramadhan maupun selepas Ramadhan.

*Ya Allah, sebelum mentari akhir Ramadhan berlalu pergi, Kau ampunilah kami dan Kau terimalah taubat kami.*

Ya Allah, Kau sempatkanlah kami bertemu lagi dengan Ramadhan Al Mubarak yang akan datang.

Ya Allah, lindungilah semua anggota keluarga kami dari tipu daya dan fitnah dunia. Selamatkan setiap seorang dari kami dengan Iman dan taqwa.
Jadikan kami calon syurgaMu. Sempurnakan akhlak kami dan lindungi kami dari godaan syaitan dan hawa nafsu.

Ya Mujibbasailin.
Limpahilah kami dengan sifat2 kebaikan dan terpuji.
Jadikan kehidupan kami di dunia ini tenang dan penuh rahmah dan mawaddah.

_*Aamiin Ya Rabbal Alamiin.*_

doa

Assalamualaikum.

Malam ini, malam 27 Ramadhan..
Sudahkah kita membuat senarai doa?
Di bawah ini beberapa contoh doa yang boleh dimasukkan ke dalam senarai doa anda,, In shaa Allah:

1. Ya Allah kurniakanlah padaku kejayaan terbesar selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku ke dalam golongan orang yang beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan

3. Ya Allah kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkanlah aku mengucapkan Syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku Syafaat Rasulullah SAW

4. Ya Allah masukkanlah aku di dalam kalangan Rasulullah SAW, keluarganya baginda dan para sahabat di Syurga Firdaus

5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakanku yang bukan Islam dari neraka. Kurniakanlah mereka hidayah Islam

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu

7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku

8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkanlah pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahkanlah rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman

11. Ya Allah masukkan aku ke dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu

12. Oh Tuhanku! Tingkatkanlah keyakinan dan tawakkalku pada Mu. Janganlah ada keraguan dalam akidah dan kepercayaanku terhadap keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu

13. Ya Allah! Tingkatkanlah kecintaanku pada Mu dan Nabi Muhammad SAW

14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurniaan Rahmat dan Rezeki Mu

15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu

16. Ya Allah ya Rabb! Sucikanlah niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk-nunjuk dan mengungkit-ungkit nikmat

17. Oh Penciptaku dan Tuhanku! Jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku

18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku

19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka

21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah

22. Ya Allah, berkatilah hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku

23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini

24. Tuhanku, berkatilah hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, dan terbaik juga di akhirat nanti, seterusnya selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah!

25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan

27 Ya Allah, izinkan aku, isteri, dan ahli keluargaku menjadi antara jemaah menunaikan Haji dan Umrah sebelum kami dijemput olehMu..

28. Ya Allah lindungi kami dari iblis, syaitan dan jin. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka

29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil

30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripada Mu untuk mengurniakan bimbingan kepada belia, pemuda dan umat Islam seluruh dunia. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik

31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan Solat Subuh setiap hari

dan doakan untuk kami juga ya…

#cnp#

Zikir Harian

ZIKIR HARIAN

2. Ya Fattah 11 x

3. Ya Razaak 11 x

4. Baca Ayat 255 Surah Al Baqarah / Ayat Kursi 1 kali

AyatKursi

5. Surah Al Ikhlas 3 x.

alIkhlas

6. 4 Ayat terakhir Surah Al Hasyr.

59_21 59_22 59_23 59_24

7. Baca

laa hawla20 x ( @ 100 x sehari )

8. Bacalah istighfar

istighfar100 kali se hari (@ 100/5 = 20)

9. Baca zikir –

subhanallah

 

– 100 kali/pagi & 100 kali / petang

 

DOA SELEPAS MEMBACA AL-QURAN

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

doa_quran

Doa ini biasa di baca selepas membaca al-Quran memohon daripada Allah swt agar diberikan rahmat, cahaya, hidayah dan syafaat. Semoga bermanfaat.

Doa Hari Selasa

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ُِDoa pagi Selasa

doa1-1
doa1-2
selsyifa
This image has an empty alt attribute; its file name is selawattafrijiyyah.jpg

Ya Allah Ya Tuhan kami, kuatkanlah iman kami, tunjukkanlah jalan kepada kami untuk mendapatkan hidayah Mu. Mudah-mudahan kami menjadi insan yang taat kepada perintah Mu.

Ya الله berilah kami rahmat Mu Ya الله , letakkan kami dalam perlindungan Mu Ya الله dan hindarlah kami dari azab api neraka.

Ya Allah berilah kami kebahagiaan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat dan lindungilah semua insan yang kami sayangi.

Ya Allah berilah kami hati yang tenang, fikiran yang jerneh dan kuatkanlah kami dengan hati yang sabar.

Ya Allah الله anugerahkanlah kami taufiq dan hidayah Mu dan berilah kami kekuatan dan keupayaan untuk memelihara kehendak-kehendak agama, memelihara hak keistimewaan umatnya, menegakkan keadilan dalam undang-undang dan berpegang kepada keindahan Islam.

Ya الله, Engkau muliakanlah kami dan ampunlah segala salah dan silap kami.

Ya الله perkukuhkanlah iman kami dan terimalah segala amal kami yang tidak seberapa ini.

Ya الله sesungguhnya tiada daya upaya kami melainkan atas ketentuanMu.

Ya الله masukkan kami dalam golongan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat, bukannya orang-orang yang dimurkai dan bukan orang-orang sesat.

Ya الله tambahkanlah kepada kami ilmu, iman dan amal.

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami pada hari ini dan bukakanlah pintu-pintu rezeki dan segala pintu kebaikan buat kami semua.

Ya الله kami memohon kepada-Mu Ya Allah, berilah kepada kami rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Ya الله peringatkan kami apa yang kami lupa.

Ya الله sebagaimana Engkau telah cantikan rupa kami, maka cantikkanlah juga akhlak dan iman kami.

Ya الله kami memohon Ya الله , kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله .

Ya الله haramkan wajah ibu dan bapa kami dari disambar oleh api neraka dan kurniakan buat mereka syurga tanpa hisab. ََ

Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Ya Allah, bagi mereka yang telah kembali kepadaMu, kurniakanlah kepada mereka nikmat Syurga Mu semasa mereka di Alam Barzah.

Ya Allah kami memohon kepada Mu hati yang bersih dan lidah yang jujur.

Ya Allah kami memohon kepada Mu kebajikan yang Engkau ketahui dan berlindung kepada Mu dari kejahatan yang Engkau ketahui. Sesungguhnya Engkau mengetahui benda-benda yang ghaib.

Ya Allah Engkau yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami diatas agama Mu.

Ya Allah Engkau yang mengubah-ubah hati, ubahlah hati kami kepada ketaatan kami kepada Mu..

Ya Allah lembutkanlah tutur kata kami, bataskanlah dengan kemuliaan dan pemikiran yang waras, baikkanlah akhlak kami, indahkanlah pekerti kami, berilah kesabaran di setiap langkah kami dan Nur diwajah kami.

Ya Allah bersihkanlah hati kami dengan kasih sayang dan berilah kami sifat bersyukur dalam kami menjalani kehidupan hari ini.

Ya Allah jauhkanlah kami dari perasaan ‘ujub dan janganlah jadikan semua amalan kami sia-sia.

Ya Allah jadikanlah kami agen perubah kepada orang-orang Islam, agar kami meningkat maju dan kehadapan sehingga kami mencapai kemenangan keatas orang kafir.

Ya Allah bantulah kami, bimbinglah serta jadikanlah kami sebaik-baik manusia.

Ya Allah, tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan yang telah Engkau kurniakan kepada umat Islam yang telah menikmatinya, bukan sebagaimana orang yang Engkau murkai dan bukan juga orang yang sesat.

Ya Allah hindarilah kami daripada sebarang kesusahan, sejahterakanlah kami daripada segala yang boleh memudharatkan, peliharalah kami daripada segala buruk lagi keji dan tunaikanlah segala yang diharap dan dihajati.

Ya Allah harmonikanlah antara kami hingga kami sentiasa dalam keamanan dan keselamatan.

Ya Allah bebaskanlah kami dari segala kepayahan dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Merahmati segala yang penyayang.

Ya Allah jadikanlah kami kaum yang dihindarkan dari segala bala, halanglah kami daripada sebarang pencerobohan, bantulah kami menewaskan segala musuh dan orang yang dengki.

Ya Allah zahirkanlah kemarahanMu dan kemurkaanMu kepada orang yang melampau dan yang melakukan kerosakkan.

Ya Allah awasilah kami dengan penglihatanMu yang tidak pernah lena dan perlindungilah kami dengan bentengMu yang tidak pernah luput.Q

Ya Allah, hidupkan kami dalam Islam dan matikanlah kami dalam Iman. Ya Allah perlindungilah kami dari bisikan dan tipu helah syaitan.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ُِSalam pagi Sabtu
17 Nov 2018.

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْ

Ya Allah kurniakanlah kami kemampuan untuk beribadah dan solat di dalamnya, kurniakan kami didalamnya kesungguhan, semangat, kekuatan dan sikap rajin. Lalu lindungilah kami didalamnya dari berbagai fitnah.

Ya Allah terimalah amalan kami yang sedikit ini. Kami mengharapkan redhaMu Ya Allah.

Ya Allah sucikanlah diri kami dari segala nista dan perbuatan keji. Berilah kami kesabaran atas apa yang telah Engkau tetapkan.

Ya Allah anugerahkanlah kepada kami ketakwaan dan persahabatan dengan orang-orang yang baik dengan pertolongan-Mu.

Ya Allah ampunkanlah dosa dosa kami, berkatilah kami, rahmatilah kami, beri lah kami hidayahMu agar kami sentiasa dekat dengan Mu Ya Allah

Ya Allah jangan kami remehkan amalan yang pahalanya kecil kerana mungkin itulah yang mengundang redha Allah. Begitu juga Ya Allah janganlah kami memandang ringan dosa kecil kerana dibimbangi disitulah menjadi punca kemurkaan Mu Ya Allah.

Ya Allah, didiklah kami untuk sabar dalam meniti liku-liku hidup ini, tetapkanlah hati kami dalam agama Mu, kurniakanlah kepada kami rahmat dan kasih Mu, berilah kami hati yang tenang dan permudahkanlah perjalanan hidup kami.

Ya Allah Engkau tunjukkanlah kami kearah kebaikan, pertingkatkan iman kami agar amalan hidup kami sihat dari segi rohani dan jasmani serta menjadi contoh ikutan generasi akan datang.

Ya Allah, limpahkan dan lipat-gandakanlah rezki kami dengan rezeki yang halal.

Ya Allah, mudahkanlah semua urusan kami, jauhkanlah dari kami kesulitan apapun Ya Allah, kabulkan dan perkenankanlah doa kami.

Ya Allah janganlah Engkau sibukkan diri kami dan lalaikan kami dengan dunia dan segala isinya sehinggakan kami melupakan dosa dan kesalahan kami kepada Mu Ya Allah.

Ya Allah, sucikanlah hati kami dan lembutkan hati kami agar kami senang menerima teguran dan ilmu.

Ya Allah ringankanlah diri ini untuk memperbanyakkan ibadah kami kepadamu Ya Allah.
َ
َ Ya الله kami memohon Ya الله, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله . َ

Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 dan zuriat kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami, jiran2 kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله .

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ