Solat Sunat Fajar

Solat sunat Fajar ini dilakukan 2 rakaat sahaja dan waktunya ialah sebelum waktu Subuh/pada ketika terbit
fajar sadik.

Cara Melakukan Solat Sunat Fajar
a. Bacaan niat solat sunat Fajar

niat_fajarErtinya:
“Sahaja aku solat sunat Fajar dua rakaat kerana Allah Taala. ”

b. Bacaan pada rakaat pertama surah Al-Kafirun setelah Al-Fatihah.
c. Bacaan pada rakaat kedua surah All-Ikhlas (Qulhuwallah ahad) setelah membaca Al-Fatihah

d. Setelah selesai solat Fajar membaca:

doa_fajarErtinya:
“Ya Allah, ya Tuhan Jibril dan Mikail dan Israfil dan Izrail dan Tuhan Muhammad SAW, selamatkanlah aku dari api neraka. ” (baca tiga kali)

Bahawasanya Rasulullah SAW membaca pada solat Fajar (rakaat pertama) dengan (Qulya ayuhal Kafirun)
dan (rakaat kedua) dengan (Qul huwallahu ahad) dibaca dengan suara perlahan. (HR. Ahmad)

Sabda Nabi SAW yang bennaksud:
“Dua rakaat solat sunat Fajar lebih baik daripada dunia berserta isinya. ”
(HR. Muslim)

10 thoughts on “Solat Sunat Fajar”

  1. Alhamdulillah..terang lagi bersuluh..JOM kita beristiqamah dlm beramal.Semoga ALLAH trs menerangi hati2 kita dgn cahaya RabbaniNYA utk kita melihat kebenaran dgn sejelas2nya lantas mengikutinya dan melihat kebatilan dgn sejelas2nya lantas menghindarinya…ALLAHUAKBAR

  2. Assalamualaikum saudara/saudari..

    Terima kasih atas perkongsian panduan solat sunat fajar. Saya mohon keizinan daripada saudara/saudari untk copy page panduan ini sebagai rujukan. Semoga Allah merahmati dan memberkati saudara/saudari. Amin.

    Terima kasih.

  3. Subhanaulah.. senang sekali diamalkan.. terima kasih sdh berkongsi 😉 semoga Allah permudahkan lg dakwah anda saudara, amin3

  4. Doanya pelik sekali.. tuhan jibril mikail izrail dan israfil tuhan muhammad saw? Sy tak begitu faham berkenaan ini. Ada sesiapa yang boleh terangkan pada saya tak?

  5. Salam.
    Saya pernah belajar dimasjid bahawa solat sunat fajar boleh dilakukan selepas solat subuh selagi dalam waktunya.kerana ia tidak termasuk dalam 6 solat sunat yg dilarang selepas subuh.

Leave a Reply to Jafizah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *