Doa 8
Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan sekiranya Engkau tidak mengampuni kami dan mengasihani kami, nescaya jadilah kami daripada golongan orang yang rugi.
Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau gelincirkan hati-hati kami sesudah Engkau berikan petunjuk kepada kami dan kurniakanlah bagi kami rahmat daripada-Mu, sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.
Ya Allah, hidupkanlah kami dengan iman dan matikan/ah kami dengan iman dan himpunkanlah kami dengan iman dan masukkanlah kami ke dalam syurga berserta iman, dengan rahmat-Mu wahai Tuhan yang amat pengasih dan penyayang.
Ya Allah, kami pohon kepada-Mu keselamatan pada agama,kesihatan pada badan, pertambahan pada ilmu, keberkatan pada rezeki, dapat bertaubat sebe/um mati, mendapat rahmat ketika mati dan mendapat keampunan selepas mati. Ya Allah permudahkanlah ke atas kami sakaratulmaut dan terlepas daripada api neraka dan mendapat keampunan ketika hisab.
Wahai Tuhan kami, berilah kepada kami daripada isteri-isteri kami dan anak cucu kami pendingin pandangan mata dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertakwa.
Ya Allah, kami berlindung dengan-Mu daripada perasaan keluh kesah dan dukacita, dan kami berlindung dengan-Mu daripada sikap Iemah dan malas, dan kami berlindung dengan-Mu daripada sifat takut dan bakhil dan kami berlindung dengan-Mu daripada tekanan hutang dan kekerasan Ielaki.
Ya Allah ya Tuhan yang Maha Kaya, wahai Tuhan yang Maha Terpuji, wahai Tuhan yang Maha Pencipta, wahai Tuhan yang Maha Mengembalikan, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang, kayakanlah kami dengan perkara-perkara yang Engkau halalkan daripada yang Engkau haramkan dan dengan kelebihan atau kurniaan Engkau daripada mereka yang selain daripada Engkau.
Ya Allah Ya Tuhan kami, turunkan rezeki kepada kami , dan sebelum kami mati kami sempat bertaubat, dan ketika kami mati kami mendapat kesyahidan, dan lepas kami mati kami mendapat syurga dan nikmat syurga.
Ya Allah, baguskanlah kesudahan segala urusan kami sekaliannya dan elakkanlah kami daripada kehinaan dunia dan azab akhirat.
Wahai Tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada azab api neraka.
Ya Allah, khatamkanlah bagi’ kami (matikanlah kami) dengan sebaik-baik kesudahan dan janganlah Engkau tamatkan kami dengan sehodoh-hodoh kesudahan.
Dan semoga Allah mengurniakan kesejahteraan dan keselamatan ke atas Penghulu Kami Nabi Muhammad, dan ke atas keluarganya dan para sahabatnya. Maha Suci Tuhanmu Tuhan yang empunya kemuliaan daripada apa yang mereka sifatkan, dan selamat sejahtera ke atas para rasul, dan segala pujian bagi Allah Tuhan (yang mentadbir) sekalian alam.
Doa Penutup
Perkenankanlah! Perkenankanlah! Perkenankanlah wahai Tuhan (yang mentadbir) sekalian alam.
Wahai Tuhan kami, terimalah segala doa kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar Iagi Maha Mengetahui. Dan terimalah taubat kami wahai Tuhan, sesungguhnya Engkau penerima taubat Iagi Maha Penyayang.
Seruan mereka pada-Nya: ”Maha Suci Engkau ya AIlah” dan penghormatan mereka pada-Nya ialah selamat sejahtera dan akhir seruan mereka bahawa segala pujian itu adalah bagi Allah Tuhan (yang mentadbir) sekalian alam.
Semoga Allah menerima segala amalan kamu: Daripada kami dan juga daripada kamu terimalah ya (Allah) Yang Maha Mulia.
Mohon izin/kebenaran utk diamalkan…
Silakan
mohon diberikan tafsirnya sekali, agar yang membacanya faham apa yang dibacanya…terima kasih..
Insyaallah, akan diusahakan
mohon izin untuk diamalkan
Silakan
Assalammualaiku m…mohon utk copy dan print ya doa2 yang ada dlm website ini..dan mgkin akan share pada ahli keluarga dan rakan-rakan..
Silakan
Mohon izin utk diamal kan disebarkan
Silakan
Has anyone ever been to CigVape Angus Ecig Shop in 827 Eastern Blvd, Suite 8?
Admin izinkan saya mengamalkan doa nya ya…terima kasih