Terjemahan
1. Ya Allah, aku memohon kepadamu petunjuk, taqwa, budi yang luhur dan kekayaan
2. Ya Allah, aku memohon daripada Mu petunjuk dan kebenaran.
3. Ya Allah, Tuhan yang berkuasa mengubah hati-hati manusia, tetapkanlah hati kami supaya terus taat kepada Mu
4. Ya Allah, aku memohon perlindungan dengan Mu daripada sengsara akibat bencana, ditimpa kesusahan, takdir buruk dan musuh yang bergembira.
5. “Ya Allah, Ya Tuhanku cukupkanlah rezeki daripada apa yang Engkau kurniakan bagiku, dan berkatilah ia buat diriku, dan Engkau gantikanlah bagiku setiap yang hilang daripada diriku dengan sesuatu yang lebih baik”.
6. Ya Allah, perbaikilah agamaku yang menjadi perkara paling penting padaku. Perbaikilah duniaku yang menjadi kehidupanku. Perbaikilah akhiratku yang menjadi perkara paling penting padaku, perbaikilah duniaku yang menjadi kehidupanku. Perbaikilah akhiratku yang menjadi tempat aku kembali. Jadikanlah hidup ini sebagai tambahan segala kebaikan bagiku. Jadikanlah kematian itu sebagai istirahatku daripada segala kejahatan.
7. Ya Allah, aku memohon perlindungan-Mu daripada perasaan lemah dan malas, perasaan takut dan usia yang terlalu tua dan sifat kedekut. Aku memohon lindungilah daku daripada seksa kubur dan daripada fitnah kehidupan dan ujian mati.
8. Ya Allah, ampunilah aku, kasihanilah aku, berilah petunjuk kepada ku selamatkanlah aku dan berilah aku rezeki.
9. Ya Allah, sungguh aku banyak menganiayai diriku sendiri. Tiada lain yang dapat mengampuni dosa-dosaku, kecuali engkau, ya Allah. Maka ampunilah aku dengan keampunan yang langsung datang daripada Mu. Kasihanilah aku, ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
10. Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku, kebodohanku, dan keterlampauanku dalam apa yang aku kerjakan, dan apa sahaja yang Engkau lebih ketahui daripada diriku sendiri.
11. Ya Allah, ampunilah segala kesalahanku yang datang daripada kesungguhanku dan daripada senda gurauku, dan daripada apa yang aku tidak sengaja dan daripada sengajaku dan segala sesuatu yang datang daripadaku.
12. Ya Allah, ampunilah kesalahan-kesalahanku yang lalu, dan yang akan datang, yang aku rahsiakan dan yang aku pamerkan dan segala sesuatu yang engkau lebih ketahui daripada diriku sendiri. Engkaulah yang maha mendahulukan dan maha mengakhirkan dan Engkau maha berkuasa atas segala-galanya.
13. Ya Allah, aku bermohon, lindungilah aku daripada bahaya apa-apa yang aku kerjakan dan daripada bahaya apa yang aku tidak kerjakan
14. Ya Allah, aku memohon kepada Mu lindungilah aku daripada hilang nikmat Mu, hilang kesihatan yang Engkau berikan kepada aku, pembalasanMu yang mendadak dan daripada segala macam kemarahan Mu.
15. Ya Allah, lindungilah aku daripda rasa lemah dan malas, dan daripada sifat kedekut dan usia terlalu tua dan daripada seksa kubur.
16. Ya Allah, sematkan ke dalam jiwaku rasa taqwa kepada Mu dan sucikanlah hatiku kerana Engkau sahajalah yang dapat menyucikannya. Engkaulah yang maha menguasai serta menjadi Tuhannya.
17. Ya Allah, aku bermohon, lindungilah aku daripada ilmu pengetahuan yang tidak berguna, daripada hati yang tidak khusyuk, daripada nafsu yan tidak pernah puas dan daripada doa yang tidak diterima.
18. Ya Allah, kepada Mu kuserahkan diriku, kepada-Mu aku beriman, kepadaMu aku serahkan segala urusan ku, dengan bantuan Mu aku berjuang, kepada Mu aku merujuk berkaitan hukum-hakam. Maka ampunilah kesalahan-kesalahanku yang lalu dan yang akan datang, yang aku rahsiakan dan yang aku pamerkan. Engkau yang maha mendahulukan dan maha mengakhirkan, tiada Tuhan melainkan engkau. Tiada upaya, melainkan dengan pertolongan Mu, ya Allah.
19. Ya Allah, lindungi aku daripada ujian neraka, seksa neraka, bahaya kekayaan dan bahaya kemiskinan
20. Ya Allah, lindungi aku daripada kelakuan yang buruk, perbuatan yang keji dan hawa nafsu yang keji
21. Ya Allah, lindungi aku daripada kejahatan pendengaranku, kejahatan penglihatanku, kejahatan lidahku, kejahatan hatiku dan kejahatan kemaluanku.
22. Ya Allah, lindungi aku daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit yang buruk-buruk.
23. Ya Allah, lindungi aku daripada kelaparan kerana ia adalah seburuk-buruk kawan tidur. Dan juga lindungi aku daripada khianat kerana ia adalah sejahat-jahat kawan yang dekat.
24. Ya Allah, berikanlah secukupnya kepadaku rezeki yang halal supaya tidak sampai termakan haram, dan perkayakanlah aku dengan kurniaan Mu sehingga aku tidak memerlukan selain daripada Mu.
25. Ya Allah, berikanlah aku ilham untuk melakukan amalan yang baik dan lindungi aku daripada kejahatan aku sendiri.
26. Ya Allah, Ya Tuhanku, Aku memohon kepada Mu selamatkanlah aku didunia dan di akhirat.
27. Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati. Tetapkan hatiku atas agama Mu.
28. Ya Allah, ya Tuhanku, Aku memohon kepada Mu cinta Mu ya Allah. Aku memohon kepada Mu supaya Engkau menjadikan aku ini hamba Mu yang mencintai orang yang mencintai Mu ya Allah.
29. Aku memohon kepada Mu supaya aku diberi kekuatan untuk melakukan amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu, ya Allah.
30. Ya Allah jadikan cinta-Mu lebih aku cintai berbanding cintaku kepada diriku sendiri, ahli keluargaku atau benda-benda yang menyeronokkan nafsu ku.
31. Ya Allah, Tuhan yang maha perkasa lagi Maha Mulia
32. Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu sebaik-baik yang diminta oleh Nabi Muhammad. Dan lindungi aku daripada apa yang Nabi Muhammad minta perlindungan daripada Mu. Engkaulah tempat meminta bantuan dan engkaulah yang memberikan kecukupan. Dan tiada daya, tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah.
33. Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu, segala yang mendatangkan rahmat daripada-Mu, segala yang menyebabkan pengampunan-Mu, yang menyebabkan terselamat dari semua dosa, yang menyebabkan mendapatnya semua kebaikan, berbahagianya dengan syurgadan terselamatnya dari api neraka.
34. Ya Allah, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia, kebaikan diakhirat dan lindungilah kami daripada seksa api neraka.
panjangnye terjemahan dia.
Tambah sendiri ke ape tu
A-ha, betul la. Lupa nak masukkan yang lain. Terjemah saja
Doa penuh dengan terjemahan yang di tulis takde ke?
Bgs nya