1. Setelah didustakan orang
Surah Al-Mu’minun, 23: 26
“Wahai Tuhanku tolonglah daku, kerana mereka mendustakan seruanku”.
2. Tempat berlabuh (kapal)
Surah Al-Mu’minun, 23: 29
“Wahai Tuhanku, turunkanlah daku di tempat turun yang berkat, dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi tempat ‘”
3. Tidak diletakkan bersama orang zalim
Surah Al-Mu’minun, 23: 93
“Wahai Tuhanku, kiranya Engkau hendak memperlihatkan kepadaku (azab) yang dijanjikan kepada mereka (di dunia), –
4. Surah Al-Mu’minun, 23: 94
“Maka wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan daku tinggal dalam kalangan kaum yang zalim itu”.
5. Perlindungan daripada syaitan
Surah Al-Mu’minun, 23:97
“Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan
6. Surah Al-Mu’minun, 23:98
“Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku”.
7. Memohon ampun dan dikasihani
Surah Al-Mu’minun, 23:109
“Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat”.
8. Surah Al-Mu’minun, 23:118
“Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!”