“KEGEMBIRAAN WAKTU SUBUH – JANGAN TINGGALKAN 10 PERKARA”
Kita sebagai umat Rasulullah ﷺ diberi banyak keistimewaan dengan ganjaran pahala yang tidak diberikan kepada umat terdahulu…betapa besarnya rahmat dan kasih sayang Allah kepada kita.
Waktu subuh mempunyai ganjaran yang begitu besar jika seseorang itu mengetahui kelebihannya. Kita wajib mensyukuri dan akan ketahui akan nikmatnya ketika menutup mata, berada di Padang Mahsyar dan di hari Kiamat kelak.
JANGAN TINGGALKAN 10 PERKARA….
1. Solat sunat sebelum subuh (selepas fajar sadiq).
#Rasulullah ﷺ bersabda yang bermaksud: “Dua rakaat fajar (solat sunat sebelum Subuh) lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (Riwayat Abu Daud, Muslim dan al-Nasa’i)
Malah disebabkan nilainya yang begitu tinggi, disunatkan mengqada solat sunat fajar itu sekiranya terlewat waktunya, sama ada setelah selesai solat Subuh atau setelah terbit matahari.
2. Ketika solat sunat fajar isi dengan bacaan surah. Saiyidina Umar ketika bertamu di rumah Rasulullah ﷺ “aku selalu mendengar Rasulullah ﷺ membaca surah al Kafirun (rakaat pertama) dan al-Ikhlas (rakaat ke-2). Surah ini berkaitan dengan aqidah, maka hendaklah dipasakkan dalam diri agar dapat mengukuhkan keimanan kita.
Di samping itu, boleh juga baca surah al Insyirah dan al Fiil sebab ulama berkata “tidak akan terkena padanya yang menyakitinya hari itu.” Membaca kedua-dua surah tersebut sebagai pendinding di awal pagi.
3. Solat subuh (samada berjemaah atau tidak).
Rasulullah ﷺ bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang solat pada dua waktu yang dingin, maka dia akan masuk syurga.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ibn Hibban). Dua waktu yang dingin yang dimaksudkan dalam hadis itu ialah solat Subuh dan Asar.
4. Sesiapa yang solat Isyak berjemaah ( sekurangnya 2 orang) baginya pahala seumpama membangunkan ibadah separuh malam.
Diriwayatkan dari Uthman bin Affan r.anhu bahawasanya Nabi ﷺ bersabda:
“ Sesiapa yang solat Isyak secara berjemaah akan mendapat pahala seolah-olah bangun separuh malam dan sesiapa yang solat subuh berjemaah akan mendapat pahala bangun sepenuh malam.[ HR Imam Muslim]
5. Sesiapa yang solat Subuh berjemaah kemudian berdoa,
اللهم زقنا الإستقامة
“Allahumma zugna istiqamah”
Ya Allah rezekikan kami istiqamah
Umpama beribadah sepenuh malam mulai daripada waktu Maghrib hingga Subuh.
5. Selepas memberi salam solat Subuh, jangan dirongkai kaki (duduk tawaruk) dan jangan bercakap lalu membaca zikir tersebut.
Rasulullah ﷺ bersabda, sesiapa yang membaca zikir berikut 10 kali sesudah solat Maghrib dan Subuh:
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ
لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ بِيَدِهِ الْخَيْرُ
يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ.
Tiada Tuhan melainkan Allah yang tunggal tiada sekutu bagi-Nya,
Bagi-Nyalah kerajaan dan puji-pujian, ditangan-Nya kebaikan,
Yang menghidupkan dan mematikan serta Dia berkuasa membuat segala sesuatu.
Maka akan dicatat baginya ganjaran untuk setiap kali bacaan 10 pahala, dihapuskan 10 dosa, diangkat 10 darjatnya, di samping itu menjadi perlindungan dari syaitan.
6. Jangan tinggalkan membaca:
اَللّهُمَّ اَجِرْنَا مِنَ النَّارِ (×7)
Siapa yang selesai solat Subuh dan Maghrib lalu membaca “Allahumma ajirna minannar (Ya Allah, lindungilah kami dari api neraka)” 7 kali, jika meninggal pada malam itu nescaya Allah menulis baginya perlindungan dari api neraka.” (HR Nasa’i dan Abu Dawud dari al Harist bin Muslim)
Dengan membaca doa ini, api neraka akan berkata kepada Allah, “Ya Allah, jauhilah orang itu daripada aku Ya Allah.”
7. Sebelum ke masjid/surau, selepas solat sunat Subuh, rebahkan badan di rusuk sebelah kanan lalu baca doa “Allahumma robba Jibril wa robba Mikail wa robba Israfil wa robba Muhammad, ajirna minnar ”
اللَّهُمَّ رَبَّ جَبْرَائِيلَ وَمِيكَائِيلَ وَإِسْرَافِيلَ …اَجِرْنَا مِنَ النَّارِ
“Ya Allah, Rabb Jibril, Mikail, Israfil dan Muhammad, lindungilah kami dari api neraka.”
**Perbuatan merebahkan badan sebagai 1. Sunnah Nabi 2. Kedudukan badan dalam kubur 3. Kedudukan jantung 4. Menunjukkan betapa lemahnya kita –
tidak mampu melakukan apapun tanpa kekuatan dari Allah.
8. Jangan lupa bawa dan masukkan duit dalam tabung masjid/surau. Jika tidak sempat sediakan “Tabung Subuh” di rumah, dikumpulkan setiap hari dan disedekahkan kepada masjid/surau.
Dari Abu Hurairah, dia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,
مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلاَّ مَلَكَانِ يَنْزِلاَنِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا ، وَيَقُولُ الآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا
“Ketika hamba berada di setiap pagi, ada dua malaikat yang turun dan berdoa, “Ya Allah berikanlah ganti pada orang yang suka berinfak.” Malaikat yang kedua berdoa, “Ya Allah, berikanlah kebinasaan bagi yang enggan bersedekah (memberi nafkah).” (HR. Bukhari dan Muslim)
9. Jangan tinggal selepas solat Subuh membaca zikir ini dengan ucapan “Subhanallahi wa bihamdihi ‘adada khalqihi, wa ridhoka nafsihi, wa ziinata ‘Arsyihi, wa midada kalimatihi ” (HR Muslim).
Maknanya: Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya sebanyak bilangan makhlukNya, dan sebesar redha diriNya, dan seberat ‘Arasy-Nya,dan sebanyak hitungan kalimatNya).’ (HR Muslim)
10. Baca ” …innama sana’uu kaidu saahir wa ka yuflihus saahiru haithu ataa”
Surah Taha: 69
وَأَلْقِ مَا فِي يَمِينِكَ تَلْقَفْ مَا صَنَعُوا
إِنَّمَا صَنَعُوا كَيْدُ سَاحِرٍ وَلَا يُفْلِحُ السَّاحِرُ حَيْثُ أَتَىٰ
“Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana ….sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada”.
Semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang memuliakan waktu Subuh.
amat membantu saya
Terima kasih atas perkongsian ilmu.