Bismillahirahmanirohiim.
Assalamualaikum.
،، بسم الله الرحمن الرحيم ،، الحمد لله رب العا لمين، والصلا ة والسلا م على اشر ف الانبياء والمر سلين سيد نا محمد و على اله وصحبه اجمعين.
Ya Allah yaa Rahman yaa Rahiim, Lantunan puji syukur dan zikir yang terpancar dari qolbu kami yang amat dalam, hanyalah kami persembahkan kehadiratMu ya Allah, kerana Engkaulah Tuhan yang maha mulia tanpa cela, Tuhan yang maha suci tanpa noda, berkah Rahmat dan HidayahMu jualah Engkau satukan kami dalam barisan silaturrahim bertemu dengan sesama muslim semoga pertemuan ini mendapat perlindungan dan RedhaMu. Ya Allah ya jamaal wa yuhibbul jamaal, Tuhan yang maha indah dan mencintai keindahan, sungguh betapa besar rahmat dan nikmatMu yang Engkau curahkan kepada kami, kerana itu ya robbanaa terimalah rasa syukur kami, diantara hembusan nafas kami, diantara denyut dan detak jantung kami, diantara desiran darah yang mengalir pada tubuh kami dan diantara kedipan mata kami, jadikanlah pertemuan ini suatu pertemuan yang Engkau redhai dan jadikanlah setiap perpisahan, suatu perpisahan yang Engkau tuntun dengan keredhaan dan keampunan. Ya Allah Tuhan yang maha ‘Arif dan maha bijaksana, jadikanlah pertemuan ini yang membawa rahmat dan nikmat kepada kami, pautkanlah hati diantara kami dengan penuh persaudaraan dan silaturrahim yang mendalam dilubuk hati kami, janganlah Engkau pisahkan kami selama-lamanya, manakala harus berpisah akhirilah hayat kami dengan khusnul khatimah, serta perlakukanlah kami jauh dimata dekat dihati.
Ya Allah yaa ghofuururrahiim, ampunilah dosa dan kekhilafan kami, binalah persatuan dan kesatuan diantara kami, perkenankan doa dan harapan kami.ربنا اتنا فى الدنيا حسنة و فى الا خرة حسنة وقنا عذا ب النا ر، والحمد لله ر ب العا لمين
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, Laa Ilaaha illallah, Masya Allah, Astaghfirullah. Ya Allah, Ya Fattah, Ya Razzaq. Kirimkan kami tangan yang sentiasa memegang kami di saat kami jatuh. Anugerahkan kami mata yang sentiasa nampak kebaikan kami di saat kami selalu tidak sempurna dan berilah kami hati yang sentiasa menerima kami di saat kami dalam kesusahan. Aamiin
Ya Allah, Tuhan kami yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Ya Allah, kami adalah hambaMu yang sengsara dan amat memerlukan, hamba yang meminta pertolongan dan meminta bantuan, hamba yang penakut, yang minta di kasihani yang mengakui hanya Engkau yang mengetahui dosa- dosa kami yang lalu. Namun kami tetap mohon keampunanMu kerana Engkau Maha Pengampun. Kami mohon Engkau jadikan kami sebagai orang yang boleh di contohi bukan setakat boleh memberi contoh.Aamiin
Ya Allah, Ya Quddus, Ya Sallam.Allah yang Maha suci dan Maha Sejahtera. Anugerahkanlah kami husnul khatimah d akhir nafas kami. Ya Allah, berilah kami rezeki taubat nasuha atau sebenar-benarnya taubat sebelum meninggal. Ya Allah, wahai Sang Pembolak balik hati, tetapkanlah hati kami kepada AgamaMu. Aamiin, aamiin, aamiin Ya Robbal A’lamin
Ya Allah, Ya Awwal, Ya Akhir.Anugerahkan kami khusyuk dalam solat. Ikhlas dalam beramal. Makbul dalam berdoa. Dan mendapat syafaat junjungan kita Nabi Muhammad SAW di akhir nanti. Betulkanlah kehidupan dunia dan akhirat kami. Berkatilah dan limpahkanlah rezeki yang luas halal lagi berkat buat kami. Terimalah amal ibadah kami. Ampunilah dosa dosa kami.Satukanlah kami dengan kedua ibubapa dan keluarga kami di SyurgaMu. Aamiin
Ya Allah, Ya Mani’, Ya Darr. Sesungguh Engkau yang Maha Pencegah dan Engkau juga yang Maha mendatangkan mudharat atas kehendakMu. Ya Allah, Ya Mani’. Sempena hari Jumaat, Penghulu segala hari, Engkau tutuplah pintu hati kami dari berperangai buruk iaitu perasaan tamak dan hasad dengki, perangai baran dan mudah melenting, perasaan buruk sangka, perasaan cinta harta dunia hingga lalai akan akhirat, sikap terburu-buru dan melulu tanpa berfikir akan kesudahan yang merugikan serta berlebihan dalam menyukai sesaorang. Ya Allah, jauhi kami dari sikap sedemikian dan gantilah kami dengan sikap kebaikan yang Engkau redhai. Aamiin
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Sayangilah kami sebagaimana orang yang Engkau sayangi.Berilah berkah kepada apa yang kami terima dariMu. Jauhi kami dari keburukan atas apa yang Engkau qadarkan. Sesungguhnya orang yang Engkau bela tidak akan terhina, dan orang yang Engkau musuhi tidak akan mulia. Hanya kepadaMu ya Allah, kami berserah dan bersujud. Perkenanlah doa kami dan terimalah amalan kami. Aamiin, aamiin, aamiin Ya Allah Ya Mujiibassaailiin.
Ya Allah, Ya Ghafar, Ya Qahhar.Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Perkasa. Anugerahkan kami ketabahan ketika sedih. Anugerahkan kami kekuatan iman ketika lemah. Anugerahkan kami petunjuk ketika keliru. Anugerahkan kami cahaya dalam kegelapan. Semoga hari ini lebih baik dari hari sebelumnya dan semoga hari ini penentu yang baik untuk hari esok. Aamiin, aamiin, aamiin, Ya Robbal A’lamin.
Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami. Bebaskanlah kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhi kami dari kehinaan zahir dan batin. Limpahkanlah kepada kami keberkatan dunia dan akhirat. Ya Rahim, bantulah kami mengikut Sunnah RasulMu. Bantulah kami untuk mentaati KalamMu. Dan tunjukanlah kami jalan-jalan menuju keSyurgaMu, Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Aamiin
Assalamualaukum wbt. Ya Allah, Ya Mujib. Anugerahkan kami hati yang tenang dan jiwa yang memiliki nur (cahaya) sehingga dapat membezakan antara perkara yang benar dan salah, percakapan yang jujur dan yang bohong, perkara yang terpuji dan tercela, kerana itulah petunjuk yang datang dari jiwa seseorang yang melakukan kebaikan. Jauhi kami dari dosa yang membuatkan jiwa kami gelisah dan ragu-ragu.Aamiin
Allahumma Ya Allah, bantulah kami untuk selalu mengingatiMu. Supaya kami sentiasa bersyukur dan beribadah dengan sempurna kepadaMu. Bimbinglah kami di jalan yang Engkau redhoi. Murahkanlah rezeki kami dan perbaikilah akhlak kami. Ampunilah dosa- dosa kami, ibu bapa kami dan dosa-dosa seluruh orang Islam serta peliharalah kami daripada azab api neraka. Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A’lamiin
Allah Humma Solli ‘Alaa Saiyiddina Muhammad. Ya Allah, Ya Ghany, Ya Mughi. Allah yang Maha Kaya serta serba Lengkap dan yang sebaik-baik Mengkayakan dan Memakmurkan.Sucikan segala perbuatan kami dan cerahkan wajah kami dengan limpahan cahayaMu, ya Allah. Ya Ghany, kami memohon kepadaMu berilah ilham menuju petunjukMu dan peliharalah diri kami daripada sesuatu yang buruk. Aamiin
Ya Allah, perbaiki hidup kami, ibadah kami, rezeki kami serta akhlak kami juga hati kami. Ya Rahman, kami bersyukur atas nikmat yang Kau kurniakan. Nikmat sihat, nikmat waktu luang, nikmat silaturahim serta nikmat-nikmat yang tak terhitung oleh kami. Selawat dan Salam keatas Junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat baginda sekelian
Ya Allah, Allah Subha Nahu Wa’taa’la.Ya Malik, Ya Quddus.Sesungguhnya Engkau yang menjadikan Alam ini dan Menguasai seluruh isi Alam.Serta Engkau Zat yang Maha Suci.Ya Allah,Ya Qudus, di pagi Jumaat yang hening ini kami bersujud memohon kepadaMu agar curahan Rahmat dari sisiMu yang dengannya hati kami mendapat petunjuk. Ya Allah penuhi kami dengan kebaikan, kemudahan, kelancaran, keberkahan, kebahagiaan serta kenikmatan yang tiada tandingnya, Ya Rahman. Ya Rahim, luaskanlah rezeki kami dan kurniakan kami anak yang soleh dan solehah. Serta tambah baikkan urusan dunia dan akhirat kami.
Ya Allah, Kami memohon kepadaMu, agar RahmatMu sentiasa mengiringi setiap langkah kami sepanjang hari ini dan hari-hari seterusnya serta di permudahkan segala urusan kami samada urusan dunia atau urusan akhirat. Ya Allah yang Maha Pengasih, semoga Engkau ampuni kami, Ya Rahman, semoga Engkau makbulkan segala doa dan permintaan kami seterusnya himpunkanlah kami bersama hamba2Mu yang beriman dan taat kepadaMu.
Ya Allah, jadikanlah pagi ini awal yang indah. Bukakan pintu rezeki, pintu taubat dan pintu kebahagiaan dunia dan akhirat kepada seluruh hambaMu. Juga kurniakan kami kesihatan dan permudahkan segala urusan kami hari ini dengan diringi Redho dan RahmatMu. Allah Humma Solli ‘Ala Saiyidinaa Muhammad, Wa’Alaa Alihi Wasohbihi Wassalam Walhamdu lillaahi rabbil ‘aalamiin.
Ya Allah, Ya Wali, Ya Muta’ali, Ya Khaliq. Tiada Tuhan melain Allah, yang memerintah seluruh Alam ini. Kerana Engkaulah Yang Maha Tinggi dan yang paling Mulia.Ya Khaliq, Engkaulah yang telah mencipta tujuh Petala Langit dan tujuh Petala Bumi serta seluruh Alam ini.Ya Allah ampunilah segala dosa kami serta seluruh mukmin dan mukminah di mana juga mereka berada, dan yang telah kembali mengadapMu. Kami mohon Rahmat dan RedhoMu.Ya Allah, kami berlindung kepada-Mu dari hilangnya nikmat-Mu dan hilangnya kesehatan dari-Mu dan datangnya kutukan-Mu secara tiba-tiba dan dari segala kemarahan-Mu.
Ya Allah, Ya Hamid.Engkau Tuhan kami yang Maha Terpuji. Jadikanlah setiap langkah kami agar selalu dalam kebaikan dan jadikanlah sisa-sisa usia kami penuh dengan keberkatan.Kami mohon RedhoMu Berilah kami perasaan cinta dan makrifat kepadaMu. Lindungi kami dan keluarga kami dengan Kasih SayangMu. Sesungguhnya hidup kami dan mati kami adalah semata- mata keranaMu.
وصلي الله علي سيدنا محمد وعلي اله وصحبه وسلم والحمد لله رب العالمين. امين.
Ya Allah, dengan RahmatMu, berkahi kami dengan usia yang berkat, rezeki yang luas, berkat serta berterusan, kesihatan yang baik, kekuatan Iman, kemudahan dalam segala urusan dunia dan urusan kami untuk akhirat.Ya Allah, Rahmatilah kami dengan nikmat bersilaturahim dengan saudara dan sahabat sekelian. Jauhi kami dari sikap sombong dan bangga diri dalam pergaulan harian supaya persahabatan kekal bahagia hingga akhir hayat.Aamiin,ya Robbal ‘Alamin.
Ya Allah, Ya Quddus, Ya Salaam. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Suci serta Yang Sebaik-baik Penyelamat bagi kesejahteraan ummah.Ya Allah, Ya Quddus, Alhamdulillah, kami bersyukur keatas nikmat nafas dan sisa usia kami kurniaanMu.Ya Allah, Ya Salaam, hanya Engkau sahaja yang sudi mendengar luahan hati, keluhan jiwa hambaMu. Subhanallah. Ya Allah, semoga Engkau berterusan memberi kami kekuatan dan kemudahan keatas ujianMu yang telah d takdirkan. Lindungilah kami dari segala wabak bencana yang menjejaskan kehidupan hambaMu. Ampunilah dosa-dosa kami sekiranya ujian yang kami hadapi ini tanda kemurkaanMu terhadap hambaMu yang lemah dan lalai.Turunkanlah hidayahMu dan tunjukkan kami jalan yang lurus. Aamiin Ya Rabbassaailiin
Ya Allah, Ya Wadud, Ya Tawwab. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Penyayang serta Yang Maha PenerimaTaubat. Di hari Jumaat penuh barakah, di pagi yang mulia ini, Ya Allah, Ya Tawwab, ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, seluruh ahli keluarga kami, saudara-saudara kami, sahabat-sahabat kami dan seluruh umat Islam. Ya Allah, Ya Wadud, Panjangkanlah umur kami. Kurniakanlah kami keselamatan dan kesihatan yang sempurna. Tunjukkanlah kami jalan yang benar. Berkatilah hidup kami di dunia dan di akhirat, dan masukkanlah kami ke SyurgaMu. Hanya kepadaMu kami bersujud dan berserah.
Ya Allah, lapangkanlah jiwa kami, Ya Rahman, tenangkanlah hati kami, Ya Rahim, sihatkanlah tubuh badan kami. Bahagiakanlah hidup kami di dunia dan di akhirat. Terimalah amal ibadat kami.Permudahkanlah setiap urusan kami agar perjalanan hari ini dapat kami jalani dengan penuh semangat. Subhanallah Wabihamdih. ‘Adadaa kholkih.Waredho Napsih.Wazina Taarsih.Wamidaada kalimatih.
Ya Allah, kami sambut pagi ini dengan Bismillah. Semoga hari ini Engkau penuhi dengan kebaikan, kemudahan, kelancaran, keberkahan, kebahagiaan serta kenikmatan yang tiada tandingnya, Ya Rahman. Ya Rahim, luaskanlah rezeki kami dalam bentuk harta dan wang, kesihatan yang memuaskan, ketenangan yang membuahkan kejayaan. Juga kurniakan kami anak yang soleh dan solehah, sahabat yang baik serta keluarga Sakinah Mawardah warahmah. Amin ya Mujiibassaailiin.
Ya Allah, Ya Adzim, Ya Alim, Ya Rahman. Sesungguhnya Allah yang Maha Agong, Allah yang Maha Mengetahui, Allah yang Maha Pemurah. Janganlah Engkau jadikan sekelian yang ada di kalangan kami, mendapat kecelakaan, musibah atau bencana atau tersekat dari beroleh RahmatMu. Ya Rahman kami mohon limpah kurnia RahmatMu jua, Tuhan yang Maha Kuasa serta yang sebaik-baik pemberi Rahmat. Ya Allah kurniakan kebaikan di dunia serta di akhirat dengan berkat zatMu yang bersifat Al Karim.
Ya Allah, Ya Latif, Ya Halim. Sesungguhnya Allah yang Maha Lembut dan Halus serta Maha Penyabar. Ya Allah, Ya Halim, tanamkanlah dalam jiwa kami sifat sabar serta tekun dalam melaksanakan tugasan yang di amanahkan sama ada besar mahupun kecil tugasan tersebut serta permudahkan segala urusan kami. Ya Allah, Ya Halim, jadikanlah kami ummah yang berkualiti lagi cemerlang serta bermanfaat kepada masyarakat. Penuhi jiwa kami dengan ilmu pengetahuan yang boleh di gunakan untuk meningkatkan jatidiri dalam kehidupan harian. Aamiin, aamiin, aamiin ya Robbal ‘Alamin
Ya Allah, Ya Sami’, Ya Basir. Sesungguhnya Engkau yang sebaik-baik Pendengar dan yang Maha Melihat.Ya Allah, di pagi yang mulia ini, kami berdoa memohon kehadratMu, panjangkanlah umur kami, umur yang berkat serta sentiasa dalam keadaan sihat dan kekal beriman kepadaMu. Ya Allah, Ya Sami’ , satukanlah dan teguhkanlah hati-hati kami di bawah keredaanMu. Ya Basir, lahirkanlah perasaan persaudaraan, kasih sayang dan muafakat di kalangan kami.Aamiin, aamiin, aamiin, Ya Rabbal ‘Alamin
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Sesungguhnya Engkau Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang dan Maha Pengasih, satukanlah kami dalam Syurga FirdausMu dengan orang-orang yang kami sayangi semata- mata keranaMu, Ya Allah.Robbana Atina Fiddunnya Hasanatan, Wafil Akhirunti Hasanatan, Waqina Azabannar,Waqinnar Azabannar, Waqina Azabbanar.
Ya Allah, Ya ‘Alim, Ya Basit. Maha Suci Engkau Yang Maha Mengetahui serta Yang Maha Melimpah NikmatMu. Kami melangkah di pagi Jumaat yang penuh barokah ini, kami bersujud kepadaMu Ya Allah, mohon diberi kesihatan yang sempurna bagi diri kami, mohon di jauhi dari sebarang penyakit merbahaya, penyakit2 kronik yang boleh menjejaskan ibadah kami kepadaMu. Ya Basit, peliharalah penglihatan kami, pendengaran kami, lidah kami, kalbu kami, dari melihat, mendengar, bertutur perkara2 yang mendatangkan maksiat. Anugerahkanlah akal yang sempurna, semata2 untukMu, Ya ‘Alim. Kurniakan kami kemanisan beribadah. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau, Ya Allah..Laa Illaaha illallah.
Ya Allah, lindungilah kami dari apa jua kesakitan, kesusuhan dan segala penderitaan sama ada di dunia mahupun di akhirat. Ya Rahman, kami memohon kepadaMu agar kami selamat dari segala kepayahan, kesusahan, kesedihan, bahaya dan musibah. Ya Rahiim, janganlah Engkau menguji kami dengan sesuatu yang berat yang tak mampu untuk kami tanggung. Rabbana Atina Fiddunya Hasanah Wa Fil Akhiroti Hasanah Waqina ‘Adzabannar.
Ya Allah. Allah yang Maha Berkuasa. Laa huala wala quwata illa billaahil ‘aliyyil Adziim. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan kekuasaan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Ya Allah, panjangkanlah umur kami dalam keadaan sihat dan kekal beriman denganMu. Murahkanlah rezeki kami. Rezeki yang luas dan halal.Tetapkanlah iman kami dan jauhkan kami daripada melakukan sebarang maksiat serta Jauhkan kami dari sebarang masalah di mana jua kami berada. Allahumma Inni As Aluka Al ‘Aafiyah.
Ya Allah, Ya Ghaffar, Ya Qahhar. Allah, Tuhan kami Yang Maha Pengampun serta Maha Perkasa. Ya Allah, Ya Ghaffar, panjangkanlah umur kami yang berkat dan bermanfaat serta ampunilah semua dosa-dosa kami. Ya Allah, Ya Qahhar, semaikan semangat insaf diri agar musibah dunia terasa ringan bagi kami. Anugerahkan kami kemanisan beribadah serta tingkatkanlah kecenderungan kami untuk membaca dan merasai nikmat Al Quran.Aamiin, aamiin, aamiin, Ya Rabbal ‘Alamin.
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العلمين، والصلاة والسلام علي محمداشرف المرسلين و علي اله وصحبه اجمعين
Ya Allah Ya Tuhan kami, pada hari ini, kami memohon kpdMu, lapangkanlah hati kami, bahagiakanlah keluarga kami, luaskanlah rezeki kami dan mudahkanlah urusan2 kami.
Allahumma Ya Rahman, sesungguhnya Engkau yang menciptakan yang di langit juga yang dibumi dan segala apa di antara keduanya; dan kami berada dalam perjanjian denganMu. Kami berikrar kepadaMu dengan segala daya kemampuan kami, akan kami laksanakannya sebaik-baiknya janji kami. Lindungilah kami drpd tergelincir terhadap janji itu Ya Allah.
Ya Allah Ya Rahim Ya Razzak, limpahkanlah rezeki yang berpanjangan dan mencukupi lagi berkat kepada kami. Sihatkanlah tubuh badan kami, pendengaran kami juga penglihatan kami. Dan jadikanlah kami sentiasa di dalam keredhoanMu Ya Allah.
Kami berlindung denganMu Ya Allah daripada apa2 musibah, bala malapetaka dan kejadian yg tidak diingini keatas kami, keluarga, kaum kerabat dan kenalan kami Ya Allah.
Allahumma Ya Ghaffar, kami memohon keampunan ke atas segala dosa kami, dosa kedua ibubapa dan mertua kami, dosa anak2 dan pasangan kami, kaum keluarga kami, sahabat2 kami; dan, dosa sekalian mukminin mukminat muslimin muslimat di mana sahaja mereka berada.
Selawat dan salam keatas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli dan para sahabatnya. Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah Ya Rabbal Alaamiin.
Ya Allah, Ya Rahim, Ya Mu’izz. Engkau yang Maha Pengasih dan Yang mampu Memuliakan hambaMu. Ya Rahim, jauhi kami dari penderitaan, kesusahan hidup, serta kemiskinan yang tak mampu kami tanggung.Sesungguhnya Engkau ya Rahim, tempat kami mohon dikasihi.Kami mohon Kasih SayangMu serta jadikan kami hambaMu yang di muliai di sisiMu,
Ya Mu’izz. Anugerahkan kami keberkatan umur yang panjang serta sebagai hamba yang bemanfaat kepada agama, bangsa, negara dan seluruh masyarakat atas perjuangan ke jalanMu.
Ya Allah, Ya Fattaah, Ya Razzaaq. Allah yang sebaik-baik pembuka kejalan kebaikan dan yang sebaik-baik pemberi rezeki kepada seluruh isi Alam. Ya Dzal Jalaali Wal Ikraam. Ada di antara kami, hingga ke hari ini masih tercari-cari haluan hidup kami, matlamat dan masa depan kami.Ya Allah, yang Maha Mengetahui, berilah PetunjukMu. Halakan kami kejalan yang sememangnya menjadi arah dan rezeki yang telah Kau tentukan kepada kami.Aamiin,aamiin,aamiin, ya Rabbal ‘Alamiin
20/11/21 – Bismillahirahmaanirahiim. Assalamualaikum wbt. Ya Allah, Ya Mu’izz. Allah yang Maha Mengasihani dan Menghormati serta Memuliakan. Muliakan semua saudara dan sahabat kami yang menjawab Salam kami dan terima kasih atas segala nikmat kurniaanMu pagi ini. Ya Allah, jadikan setiap langkah kami kejalan kebaikan dunia dan akhirat. Lancarkanlah urusan kami hari ini.Bukalah pintu rezeki utk sekelian Muslimin dan Muslimat.Sesungguhnya hanya Engkau sahaja tempat kami mohon pertolongan.Aamiin.
21/11/21 – Bismillahirahmaanirahiim. Assalamualaikum wbt. Salallahhu ala Muhammad, Salallahhu alaihi Wassallam. Ya Allah, kami mohon perlindunganMu hari ini di mana jua kami berada. Kami mohon agar kami sentiasa di Rahmati dalam menjalani tugasan kami hari ini.Teguhi silaturahim sesama kami sepanjang masa agar kami sentiasa merasa bahagia bersama saudara dan sahabat sekelian.Allah Humma Inni As Aluka Ridhooka wal Jannah. Aamiin
22/11/21 – بسم الله الرحمن الرحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.
Ya Allah, kami berdoa dan memohon kepada Mu untuk mengurniakan bimbingan taufiq dan hidayah kepada kami dan keluarga kami. Ya Allah selamatkan kami semua daripada kufur, putus asa, salah laku dan syirik. Ya Allah selamatkan kami daripada musibah Covid19 dan lain2nya.
Ya Allah bantulah kami dari kesusahan dunia dan akhirat. Ya Allah hanya Engkaulah Yang kami tuju dan keredhoanMu kami pohonkan.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ.
آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن
23/11/21 – Bismillahirahmaanirahiim. Segala puji untukMu Ya Allah, di atas segala nikmat pemberian yang Engkau kurniakan kepada kami. Ya Allah, Ya Qawiy, sesungguhnya kami lemah, maka kuatkanlah kami untuk sentiasa kurbah kepadaMu, gerakkan kami kepada kebaikan.
Sesungguhnya kami miskin, maka berilah kekayaan yang tidak melalaikan kami. Rabbana Atinaa Fiddunya Hasanah, Wa fil Aakhirati Hasanah, Waqinaa Adzaabannaar.Aamiin
24/11/21- Bismillahirohmaanirohiim. Assalamualaikum wbt. Laa ilaaha illallahul jabbar. Laa ilaaha illallahul waahidul qohhaar. Ya Allah, ridhoilah setiap langkah kami ke jalan kebaikan. Jauhkan kami dari melakukan sebarang dosa terutama dosa besar yang boleh menggugat keimanan kami kepadaMu. Kurniakanlah sifat pemurah dan penyayang kedalam jiwa kami agar mudah merasa tersentuh oleh kesusahan yang di alami sesama insan, terutama kepada insan yang fakir dan miskin, anak-anak asnaf serta anak-anak yatim.Aamiin, aamiin.
25/11/21 –
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العلمين، والصلاة والسلام علي محمداشرف المرسلين و علي اله وصحبه اجمعين
Ya Allah Ya Tuhan kami, pada hari ini, kami memohon kpdMu, lapangkanlah hati kami, bahagiakanlah keluarga kami, luaskanlah rezeki kami dan mudahkanlah semua urusan kami.
Ya Allah, Ya Razzak, limpahkanlah rezeki yang banyak, halal dan berkat. Sihatkanlah tubuh badan kami dan jadikanlah kami sentiasa beribadah kepadaMu Allahumma Ya Ghaffar, kami memohon keampunan ke atas segala dosa kami, keluarga kami, dan dosa sekalian mukminin mukminat muslimin muslimat.
Selawat dan salam keatas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli dan para sahabatnya. Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah Ya Rabbal Alaamiin.
26/11/21 – Bismillahirrohmaanirrohiim. Assalamualaikum wbt. Ya Allah, Ya Quddus, Ya Salam. Yaa Allah Ya Tuhan kami. Di hari Jumaat yang barakah ini, kami bersujud kehadratMu memohon agar kami diberi Taufik, Inayah dan Hidayah. Ya Quddus, kurniakan kami iman yang sempurna, ilmu yang manfaat, rezeki yang luas dan halal serta berpanjangan. Jadikan zuriat kami anak-anak yang soleh dan solehah. Kurniakan rumahtangga yang bahagia. Usia yang berkat. Doa yang mustajab serta di makbulkan.Hajat yang tercapai, serta sentiasa dalam keselamatan dan kesejahteraan. Aamiin Ya Robbassaailiin.
27/11/21 – Bismillahirohmaanirohiim.Assalamualaikum wbt.Laa ilaaha illallahul kariimus sat taar.Ya Allah, Ya Jabbar.sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa. Panjangkanlah usia kami dalam keadaan sihat dan kekal beriman dan bertakwa kepadaMu.Sekiranya sampai ajal kami kurniakanlah pengakhiran hidup kami dalam hushul khatimah dan jauhkan kami dari mati mendadak serta jagalah kami dari himpitan kubur.Ya Sattar Amankan kami dari pertanyaan Munkar dan Nakir. Tuntunlah kami jalan ke Shirat. Haramkan neraka keatas kami.Aamiin, aamiin, aamiin Ya Robbal ‘Alamin
28/11/21 – Bismillahirohmaanirohiim. Assalamualaikum wbt. Robighfir lii Wa Hablii Mulkan Laa Yanbaghiii Liahadin Min Ba’dlii Innaka Antal Wahhab. Ya Allah jika Engkau takdirkan panjang umur kami, tetapkanlah kami pada jalanMu. Teguh menjalankan perintahMu dan tunduk patuh pada ketentuanMu. Jadikanlah kami dari golongan hamba-hambaMu yang selalu menjauhi laranganMu. Aamiin.
29/11/21 – Bismillahirohmaanirohiim. Ya Allah, Ya Dzal-Jalaali Wal- Ikraam. Allah yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. Allahhuma Ahsin Aaqibatanaa Fil Umuuri Kulliha Wa Ajirnaa Min Khizyid Dunyaa Wa Adzaabil Aakhiroh. Ya Allah jadikan urusan kami berakhir dengan baik. Dan lindungi kami dari bencana dunia dan azab akhirat. Aamiin Ya Mujiibas saailiin.
30/11/21 – Bismillahirohmaanirohiim. Assalamualaikum wbt. Ya Allah, Laa ilaaha illallaah Wallahu Akbar. Yaa Allah,Ya Zahir, Ya Batin, di pagi yang mulia ini, panjangkanlah umur kami, ampunilah segala dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, seluruh ahli keluarga kami, sahabat-sahabat kami dan seluruh umat Islam.Kurniakanlah kami keselamatan dan kesihatan yang baik. Hapuskanlah segala jenis penyakit yang ada dalam diri kami.Tunjukkanlah kami jalan yang benar. Berkatilah hidup kami di dunia dan di akhirat serta masukkanlah kami kedalam SyurgaMu Ya Allah.Aamiin ya Rabbal ‘aalamiin.
1/12/21 – Bismillahirohmaanirohiim. Ya Allah, Ya Maalikul Mulk. Sesungguhnya Engkau Pemilik Kedaulatan yang kekal selama-lamanya. Laa haula wala Kuwwata Illaa Billaah.Teguhkanlah semangat ukhuwah dan silaturahim kami. Ya Allah, kuatkan iman kami supaya sentiasa menjalani perintahMu serta tunduk kepada KetentuanMu. Jadikan kami sebagai hambaMu yang selalu menjauhi semua laranganMu. Agar hidup kami sentiasa di Rahmati dan tidak sia-sia usia kami. Aamiin ya Rabbassaailiin.
2/12/21 – Bismillahirromaanirrohiim. Ya Allah, Ya Wajid, Ya Majid. Allah Tuhan kami yang Maha Esa dan yang paling Mulia. Dengan linangan air mata keinsafan, Kami menadah tangan kepadaMu. Memohon pertolonganMu dan petunjukMu.Ya Allah tanamkanlah semangat nilai- nilai kemanusian yang jitu kepada kami. Dekatkanlah kami dengan sikap keprihatinan, kasih sayang, kejujuran, keikhlasan serta keimanan.Jauhi kami dari sikap kejam, rakus tamak haloba, nafsu yang tidak terkawal serta dalam kemungkaran. Aamiin. Ya Rabbal ‘aalamiin.
3/12/21 – Bismillahirohmaanirohiim. Yaa Allah, Tuhan yang memiliki seluruh alam ini. Dengan KeagunganMu serta segala KebenaranMu, KebesaranMu, KekuatanMu, keindahanMu dan PerlindunganMu. Panjangkanlah umur kami, murahkanlah rezeki kami, tetapkanlah iman kami, hindari kami dari sebarang masalah dan musibah serta jauhi kami dari segala bencana. Kurniakanlah kepada kami sebagaimana Engkau kurniakan kepada hamba-hambaMu yang soleh. Ya Allah cucuri Rahmat ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W.,kaum keluarga dan sahabat baginda sekelian. Aamiin.
4/12/21 –
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العلمين، والصلاة والسلام علي محمداشرف المرسلين و علي اله وصحبه اجمعين
Ya Allah Ya Tuhan kami, pada hari ini, kami memohon kpdMu, lapangkanlah hati kami, bahagiakanlah keluarga kami, luaskanlah rezeki kami dan mudahkanlah semua urusan kami.
Ya Allah, Ya Razzak, limpahkanlah rezeki yang banyak, halal dan berkat. Sihatkanlah tubuh badan kami dan jadikanlah kami sentiasa beribadah kepadaMu Allahumma Ya Ghaffar, kami memohon keampunan ke atas segala dosa kami, keluarga kami, dan dosa sekalian orang islam. Amin Ya Rabbal Alaamiin.
5/12/21 – Bismillahirohmaanirohiim.Assalamualaikum wbt. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim Lapangkanlah hati kami, tenteramkanlah jiwa kami, sihatkanlah fizikal kami, sembuhkanlah penyakit kami sekiranya ada di kalangan kami yang sedang sakit.Bahagiakanlah kami, semua keluarga kami,Jadikanlah anak-anak kami anak yang soleh dan solehah. Luaskanlah rezeki kami seluas lautan yang Kau ciptakan Bebaskanlah kami dari masaalah hutang piutang yang membebani kami. Mudahkanlah semua urusan kami. Kabulkanlah cita-cita dan harapan kami. Aamiin. Laa ilaaha illAllahu Wahdahuu Laa Syarikalah Lahulmulku Walahul Hamdu Wahuwa ‘Alaa kulli Sya’in qadiir.
6/12/21 – Bismillahirahmaanirohiim. Ya Allah, Ya Haqq, Ya Matin. Allah Tuhan kami yang Maha Benar dan yang Maha Teguh. Sesungguhnya solat kami, ibadah kami, hidup kami dan mati kami hanyalah untukMu Ya Allah, Tuhan seluruh Alam ini. Ya Haqq, Ya Matin, terimalah semua amal kebajikan kami, panjangkanlah usia kami, ampunilah segala dosa kami, hindarilah kami dari penyakit covid 19, serta sihat sejahtera sepanjang usia.Àamiin, aamiin, aamiin Ya Robbal ‘Alamin
7/12/21 – Bismillahirohmaanirohiim. Subhanallah Wabihamdihi, ‘Adada Khalqihii, Waridho Nafsihii, Wa Zinata ‘Arsyihii, Wamidaada Kalimaatih. Ya Allah, jadikanlan pagi ini, pagi yang indah, pagi yang penuh dengan kebaikan. Bukakanlah pintu-pintu rezeki buat kami, kurniakanlah kesihatan pada tubuh badan kami, supaya kami dapat menunaikan tanggungjawab kami sebagai Muslim sejati. Kami bersujud memohon keredhaan dan rahmaMu.Aamiin
8/12/21 – Bismillahirohmaanirohiim. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami. Didiklah kami untuk sabar dalam meniti liku-liku kehidupan. Tetapkanlah hati kami dalam AgamaMu. Kurniakanlah kepada kami Rahmat dan KasihMu.Tanamkanlah kedamaian kedalam hati kami. Permudahkanlah perjalanan hidup kami. Kurniakanlah pengakhiran yang baik bagi kami.Aamiin, aamiin, aamiin ya Robbal ‘Alamin
9/12/21 – Bismillahirohmaanirohiim. Allahumma Anta Rabbii Laa Ilaaha Illaa Anta, Khalaktani Wa Ana Abduka Wa Añaa ‘Alaa ‘Ahdika Wawa’dika Mas Tatha’tu, A’uudzubika Min Syarri Maa Shana’tu, Wa Abuu’u Laka Bini’matika’alayya Wa Abuu’u Bidzanmbii faghfirlii fa Innahu Laa Yaghfirudz Dzunuuba Illaa Anta.Ya Allah, anugerahkan kami rezeki yang di berkati, hidup yang di rahmati, ibadah yang di redhai, iman yang di restui, serta doa munajat yang di dengari.Aamiin
10/12/21 – Bismillahirrohmaanirrohiim. Assalamualaikum wbt. Allahumma Innir zuqni taubatan Nasuha Qablal Maut. Ya Allah, kurniakanlah kami rezeki taubat nasuha sebelum mati.Ya Allah sesungguhnya hari yang paling baik ialah hari Jumaat di mana Engkau menciptakan Adam dan juga Engkau masukkan Adam ke dalam SyurgaMu serta hari Jumaat juga Adam Alaissalam di turunkan dari SyurgaMu.Oleh itu Ya Allah, bantulah kami supaya sentiasa mengingatiMu. Bantulah kami untuk sentiasa bersyukur dan beribadah dengan baik kepadaMu. Ya Rozzaq murahkanlah rezeki kami dan perbaikilah akhlak kami supaya dapat menjadi Muslim sejati demiMu Ya Rabbanaa, Ampunilah dosa- dosa kami serta peliharalah kami dari azab api neraka. Aamiin
11/12/21 – Bismillahirohmaanirohiim. Assalamualaikum wbt. Ya Allah , Ya Hadi, Ya Baqi. Allah yang Memimpin dan Memberi Petunjuk dan Allah yang Maha Kekal. Ya Allah terimalah permohonan kami, terimalah taubat kami, tunjukkan kami ke jalan yang benar. Bukalah pintu hati kami supaya cintakan Al Quran, dengan berkat Kalammullah dan berkat kehormatan Rasul junjungan kami Muhammad SAW. Kasihanilah kami Ya Baqi, panjangkanlah usia kami, ampunilah dosa- dosa kami,kerana Engkau Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasahani. Aamiin
12/12/21 – Bismillahirohmaanirohiim.Assalamualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang , yang menguasai Hari Pembalasan. Ya Allah, hanya kepadaMu kami sembah dan hanya kepadaMu kami mohon pertolongan.Ya Rahman, tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan yang Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka.Jauhi kami dari mengikuti hamba-hambaMu yang Engkau murkai serta hindari kami dari terjerumus dengan hamba-hambaMu yang sesat.Aamiin
13/12/21 – Bismillahirohmaanirohiim. Assalamualaikum wbt. Ya Allah, tiada Tuhan melainkan Engkau yang Hidup Kekal yang berterusan menguruskan makhlukMu. Ya Rahman, panjangkanlah umur kami, hapuskanlah kesedihan kami. Ya Fattah, sembuhkanlah penyakit kami. Ya Sabur, tenangkanlah hati kami, Ya Rasyid, mudahkanlah segala urusan kami.Ya Razzaq, lapangkanlah rezeki kami.Ya Baqi, kurniakanlah kami kebahagian di dunia dan di akhirat. Aamiin
14/12/21 – Bismillahirohmaanirohiim. Assalamualaikum wbt. Ya Allah, Ya Nafi’, Ya Malik ul Mulk. Sesungguhnya Engkau yang Maha Pemberi Manfaat kpd hamba-hambaNya serta Pemilik Kedaulatan yang Kekal Abadi. Ya Allah, jadikanlah pagi ini Awalnya penuh dengan Keindahan, terbukanya pintu Rezeki, pintu taubat dan pintu Kebahagiaan.Ya Allah, Ya Nafi’, berikanlah kepada kami kesihatan yang baik. mohon di jauhi dari sebarang penyakit yang boleh menjejaskan dan membantut kemanisan kami beribadah. Juga mohon di permudahkan segala urusan dan diberi rezeki yang luas dan halal, di sertai dengan mendapat Rahmat dan Keberkatan serta RedhoMu.Aamiin Ya Rabbal ‘aalamiin.
15/12/21 – Bismillahirrohmanirrohiim. Assalamualaikum wbt. Ya Allah, Ya Ra’uf, Ya Muqsit.Sesungguhnya Engkau yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang juga Engkau yang Maha Saksama. Ya Allah, akhirilah zaman gelap kami dari bencana covid 19 berterusan. Bebaskanlah kami dari penderitaan dan kesusahan ini. Kami ingin menjadi insan yang lebih baik.Ya Allah, Ya Ra’uf , ubahlah pemikiran kami, pendirian kami, tindak tanduk kami ke arah yang lebih progresif dan berkesan.Ya Allah, berkatilah segala usaha dan doa kami ini. Permudahkanlan segala urusan dunia dan akhirat kami.
Sesungguhnya kepadaMu kami bersimpuh, bersujud dan berserah.aamiin
16/12/21 – Bismilahirahmaanirahiim. Assalamualaikum wbt. Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami kedalam SyurgaMu kerana iman. Ya Allah, Tuhan kami, ampunilah segala dosa dan kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan ibu bapa kami, sebagaimana mereka berdua mengasihi kami sejak kecil hingga kami dewasa. Ya Allah, akhirilah usia kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau akhiri hidup kami dengan kesudahan yang buruk.Aamiin
17/12/21 – Bismilahirahmaanirahiim.Assalamualaikum wbt. Ya Allah, Ya Quddus, di pagi Jumaat yang mulia ini, terangilah jiwa kami dengan cahayaMu, bimbingilah langkah kami dengan petunjukMu dan peliharalah kami dari seksa api neraka. Ya Quddus, bimbingilah kami agar sentiasa memperbaiki diri, menyesali setiap kesilapan dan berilah kekuatan agar kami mampu untuk tidak mengulangi sebarang kesilapan yang boleh membawa kepada kemurkaanMu. Ya Allah, kepadaMu kami bersujud untuk mohon keampunanMu. Aamiin
18/12/21 – Bismillahirahmaanirahiim. Assalamualaikum wbt. Ya Allah, Ya Dzal Jalaali Wal Ikrasm. Allah yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.Limpahkanlah kepada kami berkah dan kurniaanMu berupa kekuatan iman, Islam dan ihsan di sertai usia yang bermanfaat, rezeki yang cukup, badan yang sihat iaitu sihat rohani dan jasmani. Ya Allah berkahi kami dengan kemudahan dalam segala urusan, bahagia di dunia dan di akhirat.Ya Rahiim, kurniakan kami nikmat silaturahim hingga Jannah atas redhoMu dan di permudahkan mendapat kebaikan serta selalu dalam bimbingan dan naunganMu serta perlindunganMu.Ya Allah, Hanya kepadaMu jua kami serahkan semua urusan. Aamiin
19/12/21 – Bismilahirahmaanirahiim. Assalamualaikum wbt. Ya Allah, Ya al- Auwala wa al- Akhira Sesungguhnya Engkau adalah Tuhan kami Yang Auwal dan Yang Akhir. Rabbanna Aatina Min Ladunka Rahmatan Wahayyi’ lana min Amrina Rosyada. Wahai Tuhan kami kurniakanlah kami Rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan- kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan Agama kami. Allahumma Sholli Alaa Sayyidina Muhammad Wa’alaa Aali Sayyidina Muhammad. Ya Allah anugerahkan kami syafaat daripada Baginda Rasulullah s.a.w. Aamiin
20/12/21 – Bismillahirahmaanirahiim. Subhanallah, Alhamdulillah, Laailahailla Allah, Allahu Akhar. Ya Allah, dalam sujud kami bersyukur, dalam rukuk kami bertasbih, dalam naunganMu kami berlindung dan berdoa. Semoga segala amal ibadah kami Engkau terima Ya Allah. Kami mohon di permudahkan setiap urusan kami, di lapangkan hati kami serta ringankanlah langkah kami dalam melakukan kebaikan untuk dunia dan akhirat. Aamiin
21/12/21 – Bismillahirahmaanirahiim. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Ya Allah, kurniakan kepada kami jiwa yang tenang, lapangkanlah hati kami dan jernihkanlah fikiran kami.Jauhi kami dari hati yang berbolak balik. Berkatilah usia kami serta luaskanlah rezeki yang berkat lagi halal. Eratkanlah silaturahim kami bersama semua sahabat kami serta persahabatan yang tulus dan ikhlas keranaMu Ya Allah. Anugerahkan kami keluarga yang bahagia serta kehidupan yang sentiasa aman sejahtera Ya Rahim. Aamiin, aamiin, aamiin, Ya Rabbal ‘Aalamiin.
22/12/21 – Bismillahirrahmanirrahiim. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Mujib.Ampunilah segala dosa-dosa kami. Permudahkanlah segala urusan kami. Makbulkanlah doa kami.Kurniakan kami pengakhiran yang baik dalam urusan dunia dan akhirat. Jauhi kami dari azab nerakaMu. Allahumma yassir, wala tu’assir, rabbi tammim bilkhair birohmatika Ya Ar hamarrahimin. La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minadzdzolimiin.Aamiin.
23/12/21 – Bismillahirahmaanirahiim. Allahumma Innii As aluka ridhooka Wal Jannah. Ya Allah kami mohon ridhoMu dan masukkanlah kami keSyurgaMu. Wa A’uzubika min Sakhotika Wannaar. Jauhi kami dari kemurkaanMu dan nerakaMu.Ya Allah lancarkanlah lidah kami dalam membaca Al Quran dan bersihkanlah hati kami untuk mendengar Al Quran serta ringankanlah jasad kami untuk mengamalkan isi Al Quran. Aamiin
24/12/21 – Bismillahirahmanirahiim. Allahumma , Ya Ghani, Ya Wahhab, Ya Razzaq.Di pagi Jumaat yang hening, Jumaat Penghulu segala hari, dengan penuh khusuk dan tawaduk, kami bermohon Engkau kurniakan kami rezeki yang di berkati dan hidup yang di redhai. Lindungilah kami dari apa jua kesakitan, kesusahan dan segala penderitaan, sama ada di dunia mahu pun di akhirat. Ya Allah kami mohon kepadaMu agar kami selamat dari sebarang kepayahan, kesedihan, bahaya dan musibah dan janganlah Engkau menguji kami dengan sesuatu yang berat.Aamiin, aamiin, aamiin, ya Rabbal ‘Alamiin
25/12/21 – Bismillahirrahmaanirrahiim. Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami dan janganlah di timpa bencana keatas kami. Ya Allah, turunkan hujan di dataran tinggi, bukit- bukit, lembah- lembah serta tempat- tempat tumbuhnya pokok- pokok. Bawalah hujan ketempat yang tidak membahayakan hamba- hambaMu. Ya Allah, cucurilah kami dengan hujan yang memberi manfaat. Kami bersyukur kerana Engkau telah menurunkan hujan dengan limpah kurnia dan RahmatMu. Aamiin.
26/12/21 – Bismillahirrohmaanirrohiim. Ya Allah, Ya Fattah. Ampunilah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, sanak saudara kami, sahabat- sahabat kami serta semua Muslimin dan Muslimat. Ya Allah, masukkan kami dalam golongan hamba-hambaMu yang selalu mengingatiMu. Panjangkan umur kami. Permudahkan urusan kami. Kurniakan kami kebahagiaan.Lindungi kami dari mala petaka yang yang menyesatkan. Aamiin, ya Rabbal ‘Alamin
27/12/21 – Bismillahirrohmaanirrohiim. Alhamdulillah Ya Rabbi, terima kasih atas nikmatMu hari ini. Jadikanlah kami selalu berada di antara hamba- hambaMu yang bersyukur kepadaMu dalam situasi apa pun dan di mañapun kami berada. Ya Allah, makbulkan segala doa kami. Di ampuni segala dosa kami.Di terima segala amal kebajikan kami, di permudahkan segala usaha kami. Di lindungi kami dari segala musibah. Aamiin.
28/12/21 – Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi matahari yang menerangi alam di waktu siang, demi bulan yang menerangi alam di waktu malam, demi hujan yang meyirami pokok2, demi angin yang menerbangkan debu dan malaikat- malaikat yang membahagi-bahagikan urusan, dan sesungguhnya apa yang dijanjikan kepada hambaMu pasti benar dan sesungguhnya hari pembalasan itu pasti terjadi. Oleh itu Ya Allah, bantulah kami untuk selalu mengingatiMu. Supaya kami sentiasa bersyukur dan beribadah dengan sempurna kepadaMu. Bimbinglah kami di jalan yang Engkau redhoi. Murahkanlah rezeki kami dan perbaikilah akhlak kami. Ampunilah dosa- dosa kami, ibu bapa kami dan dosa-dosa seluruh orang Islam serta peliharalah kami daripada azab api neraka. Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal.
29/12/21 – Ya Allah, Engkau jadikan keindahan malam hari dengan cahaya bulan dan kerdipan taburan bintang, hambaMu bersyukur menikmati keindahan ciptaanMu ini. Ya Allah dengan segala kekuasaanMu dan perlindunganMu terhadap kami, ringankanlah langkah kami menuju kebaikan. Jauhi hati kami dari rasa iri dan dengki, panjangkanlah tali silaturahim kami. Jadilah kami kaum Muslim hambaMu yang sentiasa bersyukur. Kurniakanlah sisa- sisa hidup kami penuh keberkahan dan berilah kami pengakhiran hidup yang baik. Aamiin ya Rabbal ‘Alamiin
30/12/21 – Bismillahirohmanirohiim. Ya Allah, Ya Aziz, Ya Jabbar. Sesungguhnya Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Kuat. Apabila matahari di pudarkan cahayanya dan apabila bintang- bintang berjatuhan serta apabila banjir besar melanda alam, yakinlah kita akan kekuasaan dan kekuatan Allah. Oleh itu kami redha akan semua yg berlaku. Tolonglah kami agar boleh sabar dan mengambil hikmah untuk meningkatkan tahap taqarrub kepadaMu. Aamiin.
31/12/21 – Bismillahirohmanirohiim.Ya Allah, Ya Khaliq, Ya Qahhar, Tuhan kami yang Maha Pencipta dan Maha Perkasa. Hasbunallah Wanikmal Wakil. Dengan itu cukuplah Allah yang menjadi penolong kita.Ya Allah, di pagi Jumaat yang hening ini, Jumaat yang penuh barakah, berikanlah kesembuhan kepada jiwa yang sengsara, berilah kekuaan mental dan ketabahan hati kepada hamba- hambaMu yang Kau uji dgn musibah. Kami mohon keselamatan dari musibah jangkitan covid-19 juga jangkitan penyakit wabak akibat musibah banjir. Aamiin.
1/1/22 – Bismillahirrohmanirrohiim. Allahumma Sholli Alaa Sayyidina Muhammad, Wa ‘Alaa Alihi Wa Sohbihi Wassalam. Ya Allah Ya Hayyu, hidupkanlah kami dalam iman, Islam dan ihsan, Ya Allah, Ya Dzal Jalaali Wal Ikram, Ya Karim, muliakanlah kami di dunia dan di akhirat. Ya Allah, Ya Razzaq, berikanlah kami rezeki yang berkat, yang mampu membahagiakan keluarga kami dan untuk bekalan ibadah kepadaMu. Sembuhkan semua penyakit supaya kami dapat beribadah dg baik kepadaMu. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
2/1/22 – Bismillahirrahmanirrahiim. Ya Allah, serahkanlah catatan amal kami dengan tangan kanan dan mendapat syafa’at dari Nabi Muhammad S.A.W., melintasi Titian Sirat pantas saperti kilat. Basahi lidah kami dengan sentiasa berzikir dan berselawat. Ya Allah, jadikan keturunan kami tergolong di dalam zuriat yang menjaga solat. Sihatkanlah tubuh badan kami. Jauhkanlah kami dari penyakit dan bala bencana. Cukupkanlah rezeki kami dan permudahkanlah segala urusan dunia dan akhirat kami. Aamiin
3/1/22 – Bismillahirrahmanirrohiim. Ya Allah, di awal pagi Isnin yang dingin ini, kami bersyukur di atas nikmat kehidupan dan nikmat kesihatan yang tak mampu kami membalasnya. Kami mohon panjangkanlah umur kami dalam keadaan sihat dan kami kekal betakwa kepadaMu.Tetapkanlah iman kami, jauhi kami dari segala masalah dan musibah.Kami mohon ampuni dosa-dosa kami, dosa pasangan kami, dosa kedua ibu bapa kami, mertua kami, anak-anak kami, saudara- saudara kami, jiran tetangga kami, sahabat- sahabat kami, guru-guru kami dan semua umat Islam. Aamiin Ya Robbal ‘Aalamiin
4/1/22 – Bismillahirrohmanirrahiim. Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, terimalah kami sebagai hambaMu yang taat. Berilah redhoMu Ya Rabbal ‘Alamin. Masukkanlah kami, keluarga kami serta kedua orang tua kami ke dalam syurgaMu bersama Nabi Muhammad S.a.w. Ya Rahman.Ya Allah, Kurniakan kami syurga Firdaus dengan Rahmat dan Kasih SayangMu. Hindari kami dari azab kubur dan mudahkan kami dalam menjawab persoalan di Alam Barzakh, serta peliharakanlah kami dari siksa nerakaMu. Amin Ya Rabbassaailiin.
5/1/22 – Ya Allah, mantapkan kukuhkanlah iman kami kepadaMu dan RasulMu dengan sebenar-benar kepercayaan bahawa tiada Tuhan yang berhak di sembah dengan sebenar- benarnya melainkan Engkau, dan bahawa Nabi Muhammad itu adalah UtusanMu.Ya Allah, Ya Quddus, anugerahkan kami percaya teguh bahawa Al Quran dan segala pengajaran yang di bawa oleh Nabi Muhammad S.A.W., adalah benar datangnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Salam, selamatkan kami daripada mensyirikkanMu dengan sesuatu. Ya Allah, Ya Khaliq, Tolonglah kami untuk sentiasa mengerjakan perkara- perkara yang Engkau perintahkan dan menjauhkan diri dari perkara- perkara yang dilarang. Bismillaahil ladzii laa yadhurru ma’asmihi syai’un fil Ardhi walaa fis samaa i wahuwas samii’ul ‘aliim.Aamiin.
6/1/22 – Bismillahirrahmanirrahiim. Laa haula wala Quwwata illaa bilaahil’aliyyil ‘adziim. Ya Allah, Ya Bari’. Kuatkanlah semangat serta iltizam kami untuk meningkatkan diri dengan memperbanyakkan amalan sunat moga amalan sunat dapat menampal kecacatan amalan wajib serta dapat mendekatkan diri kami kepadaMu..Ya Allah, Ya Wahhab, eratkanlah hubungan silaturrahim kami denga ibu bapa, adik beradik, kaum keluarga, saudara mara, jiran tetangga, guru- guru dan ulama.Ya Allah, Ya ‘Alim, kurniakan rasa syukur di atas nikmatMu redho di atas ketentuan, bersabar di atas ujian daripadaMu. Aamiin
7/1/22 – Bismillahirrohmanirrohiim. Alhamdu lillahi Robil “aalamin. Allahumma Sholli wa Sallim wa Baarik ‘alaa Sayyidinaa Muhammad wa ‘alaa aali Sayyidina Muhammad.Ya Allah, Ya Rahman, Rahmatilah kami semua.Ya Allah, Ya Ghofuur, ampunilah segala dosa kami, dosa tersembunyi, dosa yang nyata, dosa yang kami sedari atau dosa tanpa kami sedari. Ya Allah, Ya Haadi, berilah kami petunjuk ke jalan yang lurus yang Engkau redhoi.Kami sentiasa berharap akan RedhoMu utk segala kebaikan dariMu. Aamiin
8/1/22 – Bismillahirrahmanirrahiim. Assalamualaikum wbt. Ya Allah, lapangkanlah jiwa kami, Ya Rahman, tenangkanlah hati kami, Ya Rahim, sihatkanlah tubuh badan kami. Bahagiakanlah hidup kami di dunia dan di akhirat. Terimalah amal ibadat kami.Permudahkanlah setiap urusan kami agar perjalanan hari ini dapat kami jalani dengan penuh semangat. Aamiin
9/1/22 – Bismillahirrahmanirrahiim. Ya Allah, kami memohon kepadaMu segala kebaikan yang ada pada hari ini. Jauhi kami dari kebatilan pada hari ini.Berikan kami iman yang sempurna. Ilmu yang memberi manfaat. Rezeki yang halal. Sahabat2 yang terbaik. Usia yang berkat. Doa yang mustajab. Hajat yang tertunai. Kesihatan yang berterusan. Keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Laa ilaaha illaa anta subhanaka innii kuntu minadzh-dzhaslimiin. Aamiin
10/1/22 – Bismillahirrohmanirrohiim.Ya Allah, limpahkanlah Rahmat keatas kami. Kurniakan kami hati yang sentiasa tenang. Tanamkan sifat keikhlasan di sanubari kami serta kekuatan iman yang teguh tanpa mudah diganggu gugat. Ya Allah, Ya Rahman, kami mohon lindungan, rahmat dan kasih sayangMu sepanjang hidup di bumi yang seketika ini sebelum kami melangkah ke alam akhirat yang kekal abadi. Aamiin.
11/1/22 – Bismillahirrohmanirrohiim. Ya Allah, Engkau jadikanlah diri kami sentiasa berdampingan rapat dengan hamba-hambaMu yang taat beribadat kepadaMu yang semata-mata mengharapkan keredhaanMu. Dan jauhi kami dari memalingkan pandangan kami kepada mereka yang hatinya lalai dari mengingati dan mematuhi ajaranMu di dalam Al Quran serta menurut hawa nafsu dan tingkah laku yang melampaui kebenaran. Aamiin
12/1/22 Bismillahirrahmanirrahiim. Ya Allah, jadikan keturunan kami tergolong di dalam zuriat yang menjaga solat. Sihatkanlah tubuh badan kami. Jauhkanlah kami dari penyakit dan bala bencana. Cukupkanlah rezeki kami dan permudahkanlah segala urusan dunia dan akhirat kami. Ya Allah, lindungi kami dari perasaan lemah, rasa malas, sifat pengecut, sentiasa berfikiran negatif, lesu , juga kikir dan bakhil. Ya Allah, kami berlindung kepadaMu dari siksa kubur serta bencana kehidupan dan kematian. Aamiin
13/1/22 Assalamualaikum wrt wbt. Bismillahirrohmanirrohiim. Ya Allah, Ya Mutakabbir, di pagi yang hening ini, kami mohon luaskanlah rezeki kami yang halal lagi berkat, kami pohon keampunan bagi dosa-dosa kami, dan dosa-dosa kedua ibu bapa kami dan seluruh umat Islam.Rahmatilah hidup kami. Redhoilah ibadah kami serta iman kami. Ya Allah, kabulkanlah doa-doa munajat kami. Sesungguhnya hanya kepadaMu kami menyembah dan memohon pertolongan. Aamiin
14/1/22 Assalamualaikum wrt wbt. Bismillahirrohmanirrohiim. Ya Allah, Ya Jabbar, di pagi Jumaat yang indah ini kami sembah sujud kehadratMu, mohon hindari kami dari penyakit hati yang menyebabkan kami tidak bahagia, iaitu pemarah, pendendam, hasad dengki, bakhil, tamak, tidak sabar, ego, riak serta cinta dunia semata. Sebaliknya, jadikanlah kami orang yang tetap sejuk di tempat panas, tetap manis di tempat yang begitu pahit, tetap merasa kecil meskipun telah menjadi besar dan tetap tenang di tengah badai yang paling berat. Aamiin
15/1/22
بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah…
*Kau ampuni dosa-dosa kami, *Dosa pasangan kami,
*Dosa kedua ibu bapa kami, *Dosa kedua ibu bapa mertua kami, *Dosa anak-anak kami,
*Dosa saudara-saudara kami, *Dosa jiran tetangga kami, *Dosa sahabat-sahabat kami,
*Dosa guru-guru kami,
*Ya Allah…
*jadikanlah zuriat keturunan kami tergolong di dalam zuriat yang menjaga solat..
*Sihatkanlah tubuh badan kami, jauhkanlah kami dari penyakit dan bala bencana, jauhkan kami dari wabak covid 19.
*Cukupkanlah rezeki dan permudahkanlah segala urusan kami di dunia dan di akhirat.
آَمِيّـٍـِـنْ… آَمِيّـٍـِـنْ يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
16/1/22 Assalamualaikum wth wbt. Bismillahirahmanirahiim. Ya Allah, izinkan kami bertaubat, terimalah taubat kami. Janganlah Engkau terus menghukum kami d atas kebathilan kami, janganlah Engkau tutup pintu rezeki kami, memberi kesakitan dan penderitaan yang berterusan. Sebaliknya bukalah seluas-luasnya pintu taubatMu, untuk kami menebus segala dosa kami serta menggantikan kami dengan kemanisan beribadah berterusan kepadaMu. Kami mohon PerlindunganMu dan RahmatMu sentiasa menyirami hidup kami. Allahumma Anta Rabbii Laa ilaaha illaa anta, khalaktani wa anaa abduka wa anaa ‘alaa ‘ahdika wawa’dika mastatha’tu, a’uudzubika min syarri maa shana’tu, wa abuu’u laka bini’matika’alayya waabuu’u bidzanmbii faghfirlii fainnahu laa yaghfirufz dzunuuba illaa anta. Aamiin.
17/1/22
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
Ya Allah terimalah amalan baik kami dan tingkatkan pahala dan rahmat Mu untuk kami, padamkan dan ampunkan dosa-dosa kami sepenuhnya.
Ya Allah limpahi rahmatMu untuk kami dan selamatkanlah kami dari kehinaan pada hari hitungan amal.
Ya Allah kurniakan kami, ibu bapa kami, keluarga dan anak istri kami bimbingan, ketabahan dan peningkatan iman.
Ya Allah Ya Tuhan kami, tingkatkan keyakinan dan tawakkal kami padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaan kami dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.
Ya Allah tingkatkanlah kecintaan kami untuk Mu dan Nabi Mu Muhammad SAW.
Ya Allah ampunilah kami dan tingkatkanlah kurniaan Rahmat dan Rezeki Mu keatas kami.
Ya Allah berilah kami lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaan Mu.
Ya Allah Ya Rabb, sucikan niat kami hanya untuk Mu semata dan lindungi kami dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Ya Allah selamatkan juga kami dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit keata nikmat Mu.
Ya Allah Ya Tuhanku, jangan biarkan kami sendirian. Berkati kami dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mata kami.
Ya Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ
Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. Segala puji pujian hanyalah untukMu Ya Allah.
آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن َ
Bismillahirrahmaanirrahiim. Assalamualaikum wbt. Ya Allah, Ya Quddus, Ya Salaam. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Suci serta Yang Sebaik-baik Penyelamat bagi kesejahteraan ummah.Ya Allah, Ya Quddus, Alhamdulillah, kami bersyukur keatas nikmat nafas dan sisa usia kami kurniaanMu.Ya Allah, Ya Salaam, hanya Engkau sahaja yang sudi mendengar luahan hati, keluhan jiwa hambaMu. Ya Allah, semoga Engkau berterusan memberi kami kekuatan dan kemudahan keatas ujianMu yang telah ditakdirkan. Lindungilah kami dari segala wabak bencana yang menjejaskan kehidupan hambaMu. Ampunilah dosa-dosa kami sekiranya ujian yang kami hadapi ini tanda kemurkaanMu terhadap hambaMu yang lemah dan lalai.Turunkanlah hidayahMu dan tunjukkan kami jalan yang lurus. Aamiin.
How can I find out more about it?
Thanks for posting. I really enjoyed reading it, especially because it addressed my problem. It helped me a lot and I hope it will help others too.