Doa

MARI SELAWAT KEATAS NABI

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
? Allahumma Sholli Ala Sayyidina Muhammad Wa’Ala Ali Sayyidina Muhammad?

Semoga ALLAH SWT Melimpahkan Rezeki Yang Berkah, KeampunanNya, RahmatNya & HidayahNya Kepada Kita. Serta berilah kesihatan buat diri , Keluarga & sahabat kami terutamanya yg sed20ang sakit dan menerima rawatan. Sembuhkan dari penyakit yg mereka hadapi. Permudahkan segala urusan mereka. Kepada yg tiada Ibubapa, sama sama kita doakan semoga Roh kedua Ibubapa kita ditempatkan dikalangan orang orang yg beriman dan beramal Soleh serta Surga jua tempat kekal mereka. In shaa Allah. Aamiin Ya RabulAlamin.

Ya Allah hindarkanlah kami dan keluarga kami dari penyakit #Covid 19 dan lenyapkan virus ini dari muka bumi ini. Aamiñ

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Ya Allah ya Rabb, sucikan niat kami hanya untuk Mu semata dan lindungi kami dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan kami dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

Wahai Allah yang mencipta kami, jangan biarkan kami sendirian. Berkati kami dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mata kami.

Ya Allah, jadikanlah kami dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapa kami.

Selamatkanlah kami dari Fitnah Dajjal.

Selamatkanlah kami dari azab kubur dan azab api neraka.

Ya Allah, tingkatkanlah usaha kami dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

Ya Allah, berkati hidup kami dengan kesihatan yang baik, agar kami dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayat kami.

Ya Allah, lindungi kami dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

Ya Allah, berkati hidup kami dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah kami dari api neraka. Sesungguhnya kami memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

Ya Allah tingkatkanlah kesyukuran kami semata-mata kepada Mu.

Ya Rabb, selamatkan kami dari kemunafikan.

Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga & mengasihi kami ketika kami masih kecil.

Ya Allah, kami berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

Ya Allah berikan kami kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga kami dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

Ya Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن َ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *