Cara Solat Sunat Istikharah
Solat Istikharah adalah satu solat sunat yang dilakukan bagi mendapat petunjuk daripada-Nya mengenai sesuatu perkara yang diragui. Solat Sunat Istikharah dilakukan bagi mendapat jawapan atas persoalan yang bermain di minda seorang Muslim. Disaat mereka mempunyai dua pilihan iaitu pilihan A dan pilihan B. Solat Sunat Istikharah dapat membantu seseorang Muslim itu mendapat jawapan pasti atas persoalan antara dua pilihan itu.
Di dalam hidup seharian kita seringkali kita berhadapan dengan antara dua pilihan. Jarang sekali kita boleh memilih kedua-dua pilihan itu secara serentak. Memilihan pilihan pertama dan harus melepaskan pilihan kedua. Itulah kehidupan di dunia ini, manusia sering diberi pilihan. Di dalam kita memilih pilihan yang diberi adakah pilihan kita itu tepat atau sebaliknya? Solat Sunat Istikharah merupakan langkah yang terbaik bagi mendapat jawapan di atas persoalan yang bermain di fikiran seseorang Muslim. Solat Sunat Istikharah dapat membantu seseorang Muslim untuk membuat pilihan tepat.
Dengan Solat Sunat Istikharah Insyaallah kita akan diberi petunjuk oleh-Nya untuk memilih pilihan yang paling terbaik. Bagaimanakah cara untuk menunaikan Solat Sunat Istikharah?
Cara Solat Sunat Istikharah:
Dilakukan sebanyak 2 rakaat. Sebaik-baiknya dibuat di tengah malam.
Lafaz niat
Surah-surah.
Didalam sujud akhir dibaca.
- Rasullullah SAW
- Sahabat-sahabat Nabi
- Wali-wali Allah
- Sekalian muslimin dan muslimat
Doa 1
Doa 2 .
*Waktu yang terbaik untuk Solat Sunat Istikharah adalah pada 2/3 malam(sekitar 2 pagi).
Jangan bercakap-cakap lagi, hanya bulatkan di dalam hati menyerahkan perkaa ini kepada allah untuk menunjukkan sesuatu alamat di tempat tidur itu. Tidurlah dengan berwudhuk dan berpakaian yang bersih. Insya Allah dapatlah alamat samada baik atau tidak